ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  CHINA LANCAR ROKET PERTAMA YANG DIREKA OLEH SYARIKAT PERSENDIRIAN

Monday 21/05/2018



AsiaNet 73627
 
CHONGQING, China, 21 Mei, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sebuah roket OS-X yang dinamakan "Chongqing Liangjiang Star" menyaksikan penerbangan sulungnya berakhir pada pukul 7:33 pagi pada 17 Mei di sebuah lapangan ujian di Barat Laut China.
 
Pelancaran roket "Chongqing Liangjiang Star", yang dibangunkan oleh OneSpace Technology, sebuah firma persendirian yang berpangkalan di Beijing, menandakan kali pertama sebuah roket China bukan buatan negara telah berjaya memasuki orbit. Roket itu adalah berukuran sembilan meter panjang dan mempunyai berat 7,200 kilogram. Ia mempunyai ketinggian maksimum 38.742 kilometer dan kelajuan maksimum lebih dari 5.7 kali kelajuan bunyi semasa penerbangan sulungnya yang meliputi 273 kilometer dan bertahan selama 306 saat.
 
Penerbangan itu bukan sahaja menguji fungsi roket siri-X itu, tetapi juga melengkapkan tugasan penyelidikan saintifik tertentu, seperti mengesahkan pengurangan seretan dan pengurangan haba bagi topang pneumatik, yang akan membantu menyediakan sokongan teknikal bagi reka bentuk produk untuk masa hadapan. Ia juga membantu mengesahkan keadaan ujian tertentu seperti ketinggian maksimum (40 km) dan nombor Mach (4-6). Sementara itu, kejayaan penerbangan tersebut membuktikan keberkesanan kerjasama di antara institusi-institusi pendidikan tinggi dan syarikat-syarikat, menurut Shu Chang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi OneSpace.
 
Roket OS-X itu adalah platform yang membawa penerbangan yang direka khusus untuk ujian teknologi aeroangkasa. Mereka membantu mengisi jurang di dalam industri ujian penerbangan China industri dan akan mempromosikan amalan dan aplikasi teknologi aeroangkasa termaju.
 
OneSpace Technology telah menubuhkan sebuah cawangan di Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing, yang mana memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pemasangan manakala ibu pejabat di Beijing mengkhususkan kepada penyelidikan dan pembangunan.
 
Kejayaan pembangunan roket OneSpace itu telah mengangkat daya saingan perindustrian kawasan baharu aeroangkasa ke tahap yang baharu. Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing telah membangunkan sebuah kelompok perindustrian yang komprehensif dengan kehadiran di penerbangan serbaguna, penerbangan pengangkutan dan aeroangkasa. Kawasan baharu itu akan memanfaatkan kekuatan akademik dan pembangunan perindustrian untuk mempromosikan pertumbuhan sektor itu, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing.
 
Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing adalah kawasan baharu yang ketiga yang diluluskan secara langsung oleh Majlis Negeri selepas Kawasan Baharu Pudong Shanghai dan Kawasan Baharu Binhai Tianjin. Ia juga merupakan kawasan baharu terbuka kebangsaan yang pertama di China.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://english.liangjiang.gov.cn/
 
SUMBER: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.