ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM "BINA MUMTAZ GURU" DAERAH KLANG

Tuesday 22/05/2018



KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Julung julung kalinya Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah mengadakan satu program “Bina   Mumtaz   Guru”   bagi guru- guru   Kafa   Daerah   Klang   yang telah berlangsung  di     Dewan     Al-Ghazali, Pejabat  Agama  Islam  Daerah  Klang. Program   ini   adalah   di bawah anjuran   Jawatankuasa    Guru-guru      Agama Daerah   Klang   dan Seramai   120   orang guru-guru    kafa    yang    mengajar    Sekolah   Rendah   Agama   (SRA)   dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) sekitar     daerah     Klang     menghadiri program ini.
 
Antara   objektif   program   ini   diadakan   adalah   untuk   memberi   pendedahan   secara mendalam kepada para guru-guru KAFA dan SRA tentang konsep pendidikan Abad ke 21, konsep pengurusan bilik darjah dan susun atur bilik darjah abad ke 21. Di samping itu juga  turut  didedahkan  tentang  kaedah  dan  strategi  pengajaran  Pendidikan  Islam  yang bersesuaian  dengan  Pendidikan  Abad  ke  21  serta  teknik  pengurusan  stres.  Antara pensyarah  Fakulti  Pendidikan,  Kolej  Universiti  Islam  Antarabangsa  Selangor  (KUIS) yang terlibat adalah Dr Zetty Nurzuliana Rashed, Dr Mohd Faeez Ilias, Ustaz Mohamad Fuad Hj. Ishak, Tuan Haji Rekeman Bin Kusut dan Cik Nurul Syuhaida Bt. Aman.  Sesi perkongsian ilmu ini  berjalan dengan lancar dengan menggunakan pendekatan dua hala. Sesi program ini mengambil masa selama dua hari.
Sambutan untuk program ini adalah amat menggalakkan.

Disediakan Oleh: Dr Zetty Nurzuliana Rashed
Dekan Fakulti Pendidikan

SUMBER : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : 
Dr Zetty Nurzuliana Rashed
Dekan Fakulti Pendidikan
Tel : 03-89117000 ext 1201
Emel : zetty@kuis.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.