ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LAWATAN KERJA MENTERI TENAGA MANUSIA KE PERKESO PADA 22 MEI 2018

Tuesday 22/05/2018



KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjadi agensi pilihan untuk dilawati sehari selepas mengangkat sumpah oleh YB Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson, sebagai Menteri Tenaga Manusia.  Lawatan kerja ini turut disertai oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Manusia, YBhg. Dato' Mohamed Elias Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Tenaga Manusia; Encik Amir Bin Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Tenaga Manusia serta Puan Betty Binti Hasan, Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Tenaga Manusia.
 
YB Menteri telah mendengar taklimat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Amat, Pengerusi PERKESO dan YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO berkenaan fungsi, peranan dan hala tuju PERKESO yang melaksanakan program-program perlindungan keselamatan sosial di Negara ini.

YB Tuan Kulasegaran dalam maklumbalasnya sangat positif dengan peranan serta pencapaian yang dilaksanakan oleh PERKESO selama ini dan pada masa yang sama beliau akan memberi perhatian kepada ruang-ruang penambahbaikan untuk menjadikan PERKESO sebagai sebuah agensi yang unggul dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial untuk seluruh warga kerja di Malaysia selaras dengan hasrat Kerajaan dalam teras pertama untuk meringankan beban rakyat dan menjamin kesejahteraan hidup seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
 
Antara penambahbaikan yang disyorkan adalah untuk mewujudkan mobile clinic di kawasan pekan-pekan dan pasar-pasar awam untuk mendekati rakyat luar bandar atau di bandar-bandar kecil seluruh Malaysia agar bebanan rakyat dapat diringankan supaya tidak perlu datang ke Pejabat PERKESO yang sedia ada.
 
Galeri gambar boleh diperolehi melalui laman sosial Facebook Pertubuhan Keselamatan Sosial di https://www.facebook.com/PERKESO.Official/posts/1984943804851803

Sumber : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Pengurus Unit Perhubungan Awam & Media
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan 
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
Tel : (Office): +603 4264 5000 (DL) | +603 4264 5194 | (HP) 012 6040964 
Faks: +603 4256 7798 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.