ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​23 KOLEJ DAN UNIVERSITI SHENYANG SERTAI PERIKATAN UNIVERSITI "SATU JALUR DAN SATU JALAN "

Tuesday 12/06/2018



AsiaNet 73954

LANZHOU, China,12  Jun, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 7 Jun, wakil-wakil 23 institusi pengajian tinggi Shenyang mendaftar untuk perikatan universiti "Satu Jalur dan Satu Jalan ” di Universiti Lanzhou. Pada masa yang sama, perikatan itu mengumumkan bahawa kerja persiapan "cawangan perikatan Shenyang" akan diketuai oleh Universiti Northeastern.
 
Perikatan universiti "Satu Jalur dan Satu Jalan" ditubuhkan pada tahun 2015. Sebanyak 170 universiti telah menyertai perikatan itu, dan Universiti Lanzhou berfungsi sebagai unit setiausaha agung.
 
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, perikatan universiti " Satu Jalur dan Satu Jalan" telah memberikan sumbangan yang besar untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama yang komprehensif dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, budaya dan bidang lain di kalangan universiti di sepanjang jaluran dan jalan, yang telah membentuk pengaruh yang besar dan satu kesan demonstrasi terkemuka di negara-negara di sepanjang jaluran dan jalan itu.
 
Shenyang adalah rangka utama "enam koridor dan enam jalan" dalam pembinaan "Satu Jalur dan Satu Jalan” dan Shenyang juga merupakan laluan penting Timur Laut dari koridor ekonomi "China, Mongolia dan Rusia". 
 
Kerajaan Perbandaran Shenyang menganjurkan universiti-universiti Shenyang untuk menyertai perikatan dan memulakan persediaan untuk penubuhan cawangan perikatan  Shenyang. Universiti Shenyang akan menganjurkan beberapa forum tema dan aktiviti komunikasi mengenai pembinaan " Satu Jalur dan Satu Jalan", pembangunan koridor ekonomi antara China, Mongolia dan Rusia, peningkatan Timur Laut Asia dan pemulihan asas industri lama timur laut China. Cawangan perikatan Shenyang juga akan memberi khidmat kepada pembangunan ekonomi dan sosial serantau dan menerokai penubuhan "saluran utara" untuk latihan bakat antarabangsa.
  
Sumber: Kerajaan Perbandaran Shenyang 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.