ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​@COSME UMUM "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2018 PRODUK-PRODUK BAHARU PERTENGAHAN TAHUN"

Thursday 14/06/2018



AsiaNet 73965

TOKYO, 14 Jun, 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

– "LASTING-FINE a CREAM PENCIL EYELINER" keluaran Dejavu Memenangi Hadiah Utama –

istyle Inc. (TSE Seksyen Pertama, Kod Syarikat: 3660) -- sebuah pengendali yang berpangkalan di Tokyo bagi @cosme, satu daripada tapak ulasan dan maklumat kecantikan yang terbesar di Asia, mengumumkan “@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2018 Produk-produk Baharu Pertengahan Tahun” pada 14 Jun, 2018.
 
(Imej 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/201806114859-O1-HKECg997)
 
Maklumat mengenai @cosme:
@cosme adalah satu daripada laman web maklumat mengenai kecantikan yang terbesar di Asia, dengan satu pangkalan pengguna setia yang terdiri daripada wanita Jepun. Maklumat dan ulasan yang disiarkan di @cosme membuat ia berguna untuk penjagaan kecantikan harian wanita, sekali gus membolehkan ia memperolehi sokongan yang meluas.
 
(Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/201806114859-O2-18F32aMz)
 
Maklumat mengenai "@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 Produk-produk Baharu Pertengahan Tahun":
Anugerah itu meliputi produk-produk yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari 1 November, 2017, hingga 30 April, 2018. Anugerah-anugerah ini mengiktiraf produk-produk yang telah mendapat sokongan paling banyak daripada pengguna, berdasarkan kepada ulasan yang ditulis oleh ahli-ahli di @cosme. Anugerah itu menggambarkan sudut pandangan daripada pengguna dan produk-produk yang menang adalah penting dan diiktiraf oleh pengguna dan juga kalangan profesional yang berada di dalam industri kecantikan.
 
"LASTING-FINE a CREAM PENCIL EYELINER" keluaran Dejavu Memenangi Hadiah Utama
Hadiah Utama itu, produk yang paling meluas disokong oleh pengguna, telah dianugerahkan kepada "LASTING-FINE a CREAM PENCIL EYELINER" keluaran dejavu. Selama bertahun lamanya, kosmetik telah bertambah baik dari segi fungsi dan kini telah meningkatkan tahapnya untuk pembezaan produk. Di bawah keadaan itu, faktor seperti "pakej reka bentuk," "bau" dan "tekstur" yang melibatkan lima deria telah menjadi semakin penting bagi motivasi pembelian oleh pengguna. "LASTING-FINE a CREAM PENCIL EYELINER" membolehkan pengguna “untuk dengan bebas menyapukan garis yang ultra tipis sehingga tebal," adalah "kurang berkemungkinan untuk terdapat kesan palitan atau memudarkan" dan "melalukannya dengan lancar." Penggaris mata atau celak ini telah menerima ulasan yang sangat baik bagi kedua-dua fungsi dan teksturnya.
 
(Imej 3: https://kyodonewsprwire.jp/img/201806114859-O3-F0sAeN9I)
 
Sila rujuk kepada laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bahasa Jepun: http://www.cosme.net/bestcosme/2018_half
Bahasa Inggeris: http://us.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Cina Tradisional: http://tw.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Cina Dipermudahkan: http://cn.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Korea: http://kr.cosme.net/bestcosmeRankings
 
SUMBER: istyle Inc.
 
Hubungi:
Tomoko Noda
Kumpulan Perhubungan Awam
istyle Inc.
Tel: +81-3-5575-1286
Faks: +81-3-5575-1261
E-mel: istyle-press@istyle.co.jp
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.