ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  CUSHMAN & WAKEFIELD MENGEMUKAKAN PENYATA PENDAFTARAN UNTUK CADANGAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

Thursday 21/06/2018



CHICAGO, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cushman & Wakefield hari ini mengumumkan bahawa ia telah memfailkan satu penyata pendaftaran secara terbuka pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat (SEC) berhubung dengan cadangan tawaran awam permulaan bagi saham biasa mereka. Bilangan saham yang akan ditawarkan dan julat harga untuk penawaran yang dicadangkan itu masih belum ditetapkan.

Morgan Stanley, J.P. Morgan, Goldman Sachs & Co. LLC dan UBS Investment Bank akan bertindak sebagai pengurus bersama penaja jaminan dan wakil bagi penaja jaminan berkenaan untuk tawaran tersebut. Barclays Capital Inc., BofA Merrill Lynch, Citigroup Global Markets Inc., Credit Suisse Securities (Amerika Syarikat) LLC dan William Blair & Company, L.L.C. juga akan bertindak sebagai pengurus bersama penaja jaminan bagi tawaran itu.

Tawaran itu akan dibuat hanya melalui sebuah prospektus. Apabila tersedia, salinan bagi prospektus awal yang berkaitan dengan tawaran itu boleh diperolehi daripada Morgan Stanley & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 180 Varick Street, Tingkat 2, New York, NY 10014, J.P. Morgan Securities LLC, Perhatian: Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, e-mel: prospectus-eq_fi@jpmchase.com, Goldman Sachs & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, NY 10282, telefon: (866) 471 -2526 atau e-mel: prospectusny@ny.email.gs.com dan UBS Securities LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 1285 Avenue of the Americas, New York, NY 10019, telefon: 888-827-7275 atau e-mel: olprospectusrequest@ubs.com.

Sebelum penutupan bagi tawaran yang dicadangkan itu, Cushman & Wakefield akan menyusun semula dari DTZ Jersey Holdings Limited, sebuah syarikat terhad Jersey, entiti yang memfailkan penyata pendaftaran itu pada hari ini, kepada sebuah syarikat berhad awam yang diperbadankan di England dan Wales, yang akan dinamakan Cushman & Wakefield plc.

Satu penyata pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah difailkan dengan SEC, tetapi belum lagi dikuatkuasakan. Sekuriti ini tidak boleh dijual atau ditawar untuk dibeli diterima sebelum tempoh masa penyata pendaftaran itu menjadi efektif. Siaran berita ini tidak akan dijadikan sebagai satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli mahupun tidak ada penjualan bagi sekuriti ini di dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, penjualan atau permintaan itu akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa itu.

Maklumat mengenai Cushman & Wakefield

Cushman & Wakefield adalah sebuah firma perkhidmatan hartanah global terkemuka yang memberikan nilai yang luar biasa dengan meletakkan idea menjadi tindakan untuk penghuni dan pemilik hartanah. Cushman & Wakefield adalah di antara firma perkhidmatan hartanah terbesar dengan 48,000 orang pekerja di kira-kira 400 pejabat dan 70 buah negara. Pada tahun 2017, firma itu telah memperolehi hasil sebanyak $6.9 bilion merentasi perkhidmatan teras iaitu hartanah, kemudahan dan pengurusan projek, pajakan, pasaran modal, penilaian dan perkhidmatan lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180620006071/en/

Hubungi
Cushman & Wakefield
Brad Kreiger
+1 312 424 8010
Brad.Kreiger@cushwake.com

Sumber : Cushman & Wakefield

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.