ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  DELTA AIR LINES MENJADI PENGENDALI PELANCAR KABIN ATMOSPHÈRE DENGAN TEMPAHAN BAHARU UNTUK 20 BOMBARDIER CRJ900

Thursday 21/06/2018



MONTRÉAL, 21 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bombardier Commercial Aircraft mengumumkan pada hari ini bahawa Delta Air Lines, Inc. dari Atlanta, Georgia (Delta Air Lines) telah menandatangani perjanjian pembelian untuk 20 pesawat CRJ900 – justeru menjadi pengendali pelancar kabin ATMOSPHÈRE baharu untuk jet serantau Siri CRJ.
 
Berdasarkan penyenaraian harga pesawat CRJ900, tempahan itu dianggarkan bernilai sebanyak US$961 juta.
 
“Kami teruja kerana Delta terus memilih Siri CRJ dalam langkahnya untuk menghadapi pertumbuhan operasi serantau yang akan datang,” kata Fred Cromer, presiden Bombardier Commercial Aircraft. “Bersama Delta, kami telah memacu pembangunan penerbangan serantau di A.S. dan kami bersedia untuk meningkatkan lagi pelancongan udara serantau dengan melancarkan kabin ATMOSPHÈRE dengan pelanggan setia dan terhormat kami.”
 
Pesawat CRJ900 baharu dengan kabin ATMOSPHÈRE akan diterbangkan di bawah jenama Delta Connection dalam konfigurasi jet serantau dua kelas yang selesa dengan 70 tempat duduk.
 
Delta Air Lines akan mengambil penghantaran kabin ATMOSPHÈRE pesawat CRJ900 pertama di dunia pada hujung tahun 2018.
 
Termasuk tempahan Delta Air Lines yang diumumkan hari ini, Bombardier telah merekodkan tempahan untuk 1953 buah pesawat Siri CRJ.
 
Perihal kabin ATMOSPHÈRE

Kabin ATMOSPHÈRE telah menjadi standard baharu pengalaman penumpang dalam segmen pasaran jet serantau. Ciri utama bahagian dalaman kabin termasuklah ruang penumpang yang lebih besar, ruang beg roda yang besar, tandas yang lebih besar, pilihan sambungan yang lebih banyak, semua disepadukan dalam rekaan kontemporari dan bahan terpilih. Malah, reka bentuk kabin ATMOSPHÈRE membolehkan setiap penumpang membawa dan menyimpan beg roda yang “sangat besar” dalam ruang beg yang mengurangkan keperluan untuk menyemak beg di kaunter atau pintu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: DiscoverAtmosphere.com
 
Perihal Bombardier

Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.
 
Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier
 
Nota untuk Editor

Imej CRJ900 dengan hiasan Delta dan juga gambar kabin ATMOSPHÈRE baharu disiarkan bersama hebahan berita ini di www.bombardier.com.
 
Artikel ringkas tentang pesawat CRJ900 tersedia di Hab Media BCA
 
Untuk maklumat tentang Delta, lawati: www.delta.com
 
Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Bombardier Commercial Aircraft.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS Laman Web Bombardier.

Bombardier, Atmosphère, CRJ900 dan Siri CRJ adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya.
 
Untuk Maklumat

Nathalie Siphengphet
Bombardier Commercial Aircraft
+1 416-375-3030
nathalie.siphengphet@aero.bombardier.com
www.bombardier.com
 
Dua foto untuk pengumuman ini tersedia di
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ff620384-13bd-438a-b8ae-43e03359d897
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/eb54620f-10c2-472c-a3c9-66dd88bc5734
 
Sumber : Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.