ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PERISIAN PENGAUTOMATAN PROSES ROBOTIK KOFAX MENCIPTA ROBOT YANG LEBIH PINTAR

Thursday 21/06/2018



Kapow 10.3 Menambah Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin dan Peningkatan Lain 

IRVINE, Calif., 21 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, penyedia terkemuka perisian untuk mengautomatikkan dan mengubah proses maklumat intensif secara digital, hari ini mengumumkan penambahan Kecerdasan Buatan (AI), pembelajaran mesin dan peningkatan lain dalam perisian Pengautomatan Proses Robotik (RPA) 10.3 Kapow™nya.

Kapow, #originalbot, mengautomatikkan dan mengubah pelbagai proses intensif manusia dan maklumat merentasi operasi hadapan dan belakang pejabat. Ia membenarkan pengguna untuk menghasilkan dan mengerahkan robot pintar yang memimik tindakan manusia yang dalam masa yang sama memacu peningkatan berterusan menggunakan AI dan pembelajaran mesin. Robot Kapow berinteraksi dengan lancar merentasi perisian desktop, perusahaan tradisional, sistem dan laman web berdasarkan pelayar, mengumpulkan data, menukarnya kepada maklumat yang boleh bertindak, mencetus maklum balas dan berkomunikasi dengan aplikasi lain.

Kapow 10.3 memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin untuk mengautomatikkan proses intensif manusia dan maklumat menggunakan penguasaan peneraju pasaran dan teknologi RPA, dan untuk membina robot yang lebih pintar untuk menyokong objektif transformasi digital organisasi. 

Ia juga menambah keupayaan untuk mempercepat pembangunan dan pengerahan robot, termasuk:
  • Automasi skrin pintar untuk menyokong aplikasi berasaskan Citrix dan persekitaran desktop lain yang sama:
    Kapow "mempelajari" imej aplikasi dan mengenal pasti unsur antara muka pengguna (UI) seperti label dan butang, menghasilkan pembangunan robot yang lebih cepat.
     
  • Enjin pelayar yang dipertingkatkan dan terbenam untuk membina robot yang mengakses sistem dan laman web berasaskan pelayar:
    Kapow menyokong pembangunan dan pengerahan robot yang pesat dan kini mengendalikan keperluan pengautomatan yang lebih rumit.
     
  • Sokongan yang diperluaskan untuk robot berkendali yang direka untuk pemantauan dan interaksi pengguna:
    Robot berkendali boleh dicetuskan oleh pengguna, arahan desktop atau peristiwa lain dan sesuai untuk mengautomatikkan meja perkhidmatan, meja bantuan dan aktiviti pusat panggilan yang lain.
Dengan beratus ribu robot perisian Kapow dikerahkan di lebih daripada 600 perusahaan pelanggan, penyedia BPO dan pusat perkhidmatan bersama di seluruh dunia, Kofax telah membolehkan peningkatan luar biasa dalam kecekapan operasi, keresponsifan dan penjimatan kos. Keupayaan pengautomatan Kapow dimanfaatkan merentasi pelbagai penggunaan dalam perbankan, insurans, pengilangan, peruncitan, logistik, kerajaan dan pasaran tegak lain. 

Kofax menawarkan Kapow sebagai produk perisian RPA kendiri dan sebagai sebahagian daripada platform transformasi digital lengkap yang dinamakan sebagai Kofax TotalAgility® yang merangkumi penguasaan berbilang saluran, pengautomatan proses, pengurusan komunikasi pelanggan, tandatangan elektronik, mudah alih dan keupayaan analitik. 

Petikan Sokongan
“AMN Healthcare melaksanakan penyelesaian RPA Kapow untuk mencapai matlamat penjimatan kos dan kecekapan,” kata Jeff Stratton, PMP, CPA, Pengurus Projek Senior, AMN Healthcare. "Pengerahan Kapow telah membolehkan pengguna perniagaan kami untuk mengarahkan sebahagian besar masa mereka kearah aktiviti yang lebih penting. Kami juga telah membuka peluang untuk penjimatan wang utama serta dalam proses untuk menggantikan perkhidmatan penyumberluaran dengan penyelesaian Kapow.” 

“Kerjasama kami dengan Kofax telah memperkasakan kami untuk terus menjadi barisan hadapan pasaran pengautomatan proses perniagaan. Setiap lelaran perisian membawa fungsi yang lebih canggih yang membolehkan kami menyelesaikan lebih banyak masalah," kata Frank DeGeorge, CTO dan Rakan Kongsi, Impact Networking, LLC. “Bekerjasama dengan Kofax memberikan kami kelebihan untuk bersaing. Pembelajaran mesin dan ciri mesra Citrix Kapow 10.3 ialah apa yang pelanggan kami perlukan untuk mencapai matlamat tranformasi digital komprehensif mereka.” 

“Dengan menggabungkan pembelajaran mesin dan teknologi AI, kami telah membezakan Kapow dengan lebih lagi dalam pasaran,” kata Reynolds C. Bish, Ketua Pegawai Eksekutif Kofax. “Dan Kapow 10.3 menambah keupayaan menukar permainan yang memberikan kecekapan yang belum pernah dicapai dalam pembangunan robot yang lebih kompleks. Bersama-sama dengan portfolio kami yang besar, Kofax ialah satu-satunya vendor yang betul-betul mampu menyediakan platform tranformasi digital gabungan yang lengkap.”

Sumber Sokongan
Panduan Utama untuk Memilih Penyelesaian Pengautomatan Proses Robotik yang Betul eBook
Gambaran Keseluruhan Produk Teknikal Kofax Kapow kertas putih
Pengautomatan Proses Robotik dalam Dunia Sebenar: Bagaimana 3 Syarikat Berinovasi dengan RPA webinar 

Perihal Kofax
Kofax ialah penyedia terkemuka perisian dan penyelesaian untuk mengautomatikkan dan mengubah pelbagai proses intensif manusia dan maklumat merentasi operasi hadapan dan belakang pejabat. Ini boleh meningkatkan penglibatan pelanggan secara dramatik, mengurangkan kos operasi dengan banyak, mengurangan risiko pematuhan serta meningkatkan daya saing, pertumbuhan dan keberuntungan. Pelbagai perisian dan penyelesaiannya boleh digunakan dalam awan atau pada premis, dan termasuk pengautomatan proses robotik, pengurusan proses perniagaan, penguasaan berbilang saluran dan keupayaan kritis penting yang lain. Ini memberikan pulangan cepat dalam pelaburan kepada lebih daripada 20,000 pelanggan Kofax dalam perkhidmatan kewangan, insurans, kerajaan, penjagaan kesihatan, rantaian pembekal, penyumberluaran proses perniagaan serta pasaran lain. Kofax memberikan perisian dan penyelesaiannya melalui jualan langsung dan organisasi perkhidmatan serta lebih daripada 650 saluran rakan kongsi tidak langsung di lebih daripada 60 negara merentasi Amerika, EMEA dan Asia Pasifik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati kofax.com

© 2018 Kofax, Inc. Kofax dan Kofax TotalAgility ialah tanda dagangan berdaftar dan Kofax Kapow ialah tanda dagangan Kofax Limited.

Sumber: KOFAX

Hubungan Media:  
Sylvia Chansler  
Pengurus Kanan
Hubungan Awam  
+1 (949) 783-1476  
sylvia.chansler@kofax.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.