ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  WESTINGHOUSE MENGISI BAHAN API DI LOJI TENAGA NUKLEAR AP1000® KEDUA

Friday 22/06/2018



Haiyang Unit 1 menyertai Sanmen 1 di dalam proses permulaan 

HAIYANG, China, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Westinghouse Electric Company dan pelanggan mereka, Perbadanan Teknologi Tenaga Nuklear Negara China (SNPTC) dan Shangdong Nuclear Power Company Limited (SDNPC) hari ini mengumumkan bahawa Haiyang Unit 1, loji tenaga nuklear AP1000 yang terletak di Haiyang, Wilayah Shandong, China, telah mula mengisi bahan api. 

"Ini adalah satu hari yang hebat buat Westinghouse, rakan kami di China dan industri nuklear. Haiyang Unit 1 terus menunjukkan keupayaan kami untuk memberikan penyelesaian yang selamat dan berinovatif untuk penjanaan kuasa," kata José Emeterio Gutiérrez, presiden dan ketua pegawai eksekutif Westinghouse. Beliau menambah, "Westinghouse akan terus menggunakan teknologi AP1000 di seluruh dunia dan menunjukkan kepimpinan teknikal kami di dalam industri tenaga nuklear." 

Pengisian bahan api di Haiyang Unit 1 bermula pada pukul 7:36 malam. (GMT+8) hari ini. Pada awal musim panas ini, sebagai persediaan untuk pengisian bahan api, Haiyang Unit 1 berjaya menyelesaikan pengujian dan kajian pengawalseliaan yang diperlukan yang dijalankan oleh Pentadbiran Keselamatan Nuklear Kebangsaan (NNSA) China. Haiyang Unit 1 memenuhi kesemua kriteria itu, sekali gus mengesahkan keupayaan bagi teknologi AP1000 Westinghouse. 

Proses permulaan loji itu termasuk melengkapkan fasa pengujian, pengisian bahan api yang sedang dilakukan sekarang, kegentingan awal dan penyelarasan ke grid elektrik termasuk peningkatan kepada 100 peratus tenaga. Pengujian akan dilakukan sepanjang tempoh fasa ini untuk memastikan operasi loji itu selamat sehingga unit itu berjaya mencapai 100 peratus tenaga. 

"Pelajaran yang diperolehi dan sumber yang dikongsi bersama di antara Sanmen dan Haiyang sepanjang kesemua fasa pembinaan dan permulaan telah meningkatkan penambahbaikan dari segi kualiti dan pelaksanaan, yang akan memberi manfaat kepada armada AP1000 yang akan datang," kata Gavin Liu, presiden Westinghouse – Wilayah Asia. "Kami akan terus bekerjasama seiringan dengan pelanggan kami di China dan memastikan kejayaan bagi pengujian selebihnya." 

Selain itu, David Durham, naib presiden kanan Westinghouse, Perniagaan Projek-projek Baharu, menambah, "Perkongsian kami dan keyakinan pelanggan terus dipaparkan menerusi pencapaian projek kami yang berjaya di kedua-dua Sanmen dan Haiyang." 

Westinghouse pada masa ini mempunyai enam loji tenaga nuklear AP1000 yang sedang berkembang melalui pembinaan, pengujian dan permulaan. Projek-projek ini termasuk dua unit di Sanmen, Wilayah Zhejiang, China, dua unit di Haiyang, Wilayah Shandong, China, serta dua unit yang sedang dibina di Loji Penjanaan Elektrik Alvin W. Vogtle di Waynesboro, Georgia, Amerika Syarikat. 
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180621006275/en/ 


Hubungi
Westinghouse Electric Company
Sarah Cassella, +1 412-374- 4744
Pengurus, Perhubungan Luar
cassels@westinghouse.com
www.westinghousenuclear.com 

Sumber : Westinghouse Electric Company 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.