ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​PENGAMBILAN MBA ADALAH KUAT, DENGAN 4 DARIPADA 5 SYARIKAT MERANCANG UNTUK MENGAMBIL SISWAZAH BEKERJA PADA 2018

Friday 22/06/2018



Siswazah MBA Meminta Gaji yang Tinggi

RESTON, Va., 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) telah mengeluarkan laporan tinjauan tahunannya yang ke-17, laporan Tinjauan Perekrut Korporat GMAC 2018 dan dapatan menunjukkan pengambilan MBA masih kuat. Secara keseluruhan, 81 peratus syarikat yang memberi maklum balas merancang untuk mengambil siswazah MBA bekerja pada 2018.

Di kalangan semua responden dari seluruh dunia, 52 peratus syarikat merancang untuk meningkatkan gaji asas permulaan MBA pada tahun ini. Di seluruh dunia, siswazah MBA terus meminta gaji yang tinggi relatif dengan pengambilan terus dari industri dan pengambilan sarjana muda. Median terunjur gaji asas permulaan untuk siswazah MBA terbaru di Amerika Syarikat pada 2018 adalah US$105,000, berbanding US$85,000 untuk pengambilan baharu terus daripada industri dan US$65,000 untuk pengambilan baharu sarjana muda.

Data menunjukkan sedikit penurunan dalam unjuran pengambilan di kalangan majikan AS dan Eropah berbanding kepada rancangan pengambilan 2017: 85 peratus syarikat AS dan 64 peratus syarikat Eropah yang memberi maklum balas merancang untuk mengambil siswazah MBA baharu bekerja pada 2018. Permintaan untuk bakat MBA adalah terkuat di Asia Pasifik, yang mana 90 peratus majikan yang memberi maklum balas merancang untuk membuat pengambilan MBA pada 2018—bahagian yang sama seperti tahun lalu.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah melihat trend positif dalam pengambilan siswazah MBA dan sarjana perniagaan,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Siswazah meminta pampasan yang tinggi dan syarikat telah menaikkan gaji permulaan. Pengurangan dalam jumlah hasrat pengambilan untuk AS dan Eropah mencerminkan kadar pertumbuhan ekonomi global yang dapat kita lihat serta isu politik lazim dan mobiliti pelajar. Di rantau Asia Pasifik, unjuran pengambilan kekal kuat. Daripada analisis secara keseluruhan, kami melihat bahawa pengambilan secara keseluruhan MBA adalah kuat, namun kami melihat percampuran anjakan secara geografik.”

Tinjauan juga mendapati bahawa hasrat majikan AS untuk mengambil siswazah sekolah perniagaan antarabangsa telah menurun pada tahun ini. Empat puluh tujuh peratus syarikat merancang untuk atau sanggup untuk mengambil bakat antarabangsa bekerja pada 2018, menurun daripada 55 peratus yang membuat perancangan sedemikian pada 2017. Sebagai perbandingan, majikan Eropah mempunyai peratusan yang lebih kurang sama dalam merancang untuk atau sanggup untuk mengambil bakat antarabangsa bekerja pada 2018 (65 peratus) berbanding 2017 (64 peratus).

“Hasrat yang dinyatakan oleh majikan AS ini dalam pengambilan siswazah antarabangsa bekerja adalah berpotensi daripada maklum balas kepada perubahan – atau perubahan berpotensi – kepada peraturan visa dan imigresen,” kata Chowfla. “Walaupun peraturan visa H1-B masih belum berubah, terdapat persepsi bahawa ia mungkin berubah pada masa akan datang dan sesetengah majikan mungkin menunggu untuk melihat situasi yang akan terjadi. Pasaran pekerjaan di AS pada masa kini adalah teguh dan syarikat sentiasa perlu menilai prospek mereka dan cara terbaik untuk mengisi jawatan kosong mereka dengan bakat yang menyerlah.” 

Jamie Belinne ialah Penolong Dekan di Kolej Perniagaan Bauer, Universiti Houston dan Presiden Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kerjaya dan Perikatan Majikan MBA (MBA CSEA), yang telah bekerjasama dengan GMAC pada Tinjauan Perekrut Korporat. “Tinjauan GMAC mencerminkan Tinjauan Trend Perekrut MBA CSEA terbaru, yang mana 68% daripada sekolah menunjukkan penurunan dalam pengambilan untuk pelajar antarabangsa MBA sepenuh masa berbanding masa yang sama pada tahun lepas,” kata Belinne. “Hasilnya, banyak sekolah lebih aktif untuk mempromosikan pencarian kerja global serta mencipta hubungan dengan majikan di negara asal para pelajar.”

Dapatan Tambahan

Siswazah dalam data analitik adalah dalam permintaan yang tinggi
Secara keseluruhan, 71 peratus majikan yang memberi maklum balas merancang untuk meletakkan siswazah sekolah perniagaan terbaru ke jawatan data analitik pada 2018. Ini meletakkan data analitik di antara tugas kerja teratas yang majikan akan berikan kepada siswazah sekolah perniagaan baharu pada 2018, di samping pembangunan perniagaan (74 peratus), pemasaran (70 peratus) dan kewangan (69 peratus).

Untuk kali pertama, tinjauan mengumpulkan data sohor kini untuk pengambilan Sarjana Data Analitik. Secara keseluruhan, separuh daripada syarikat yang memberi maklum balas (52%) merancang untuk mengambil siswazah Sarjana Data Analitik bekerja pada 2018, berbanding 35 peratus yang mengambil mereka bekerja pada 2017. Tinjauan mendapati permintaan pengambilan untuk siswazah Sarjana Data Analitik adalah paling kuat di kalangan majikan Asia Pasifik, antara 62 peratus yang dirancang untuk diambil bekerja pada 2018. Lebih kurang separuh dari majikan di Eropah (50 peratus) dan Amerika Latin (47 peratus) merancang untuk membuat pengambilan yang sama.

Bantuan pendidikan daripada majikan meningkat
Berdasarkan tinjauan, kebanyakkan syarikat AS (61 peratus) menawarkan bantuan kewangan untuk pendidikan dan pembangunan bakat pekerja. Di kalangan syarikat-syarikat ini, 2 daripada 3 (66 peratus) telah meningkatkan bajet untuk pendidikan dan pembangunan bakat pekerja berbanding lima tahun lalu.

Faedah baharu yang ditanya dalam tinjauan tahun ini ialah bantuan pembayaran balik pinjaman pelajar. Dinyatakan sebagai “faedah pekerja paling hangat 2017” oleh Forbes, ia dilihat oleh majikan sebagai cara efektif untuk menarik dan mengekalkan bakal millennial terbaik. Tinjauan mendapati sembilan peratus daripada syarikat AS kini menawarkannya sebagai sebahagian daripada pakej faedah keseluruhan mereka.

Latihan amali adalah laluan ke pekerjaan
Tinjauan mendapati kebanyakkan majikan merancang untuk mengambil pelajar latihan amali MBA pada 2018. Latihan amali MBA banyak dilakukan di Asia Pasifik dan Amerika Syarikat, yang mana 65 peratus dan 62 peratus daripada majikan merancang untuk menawarkannya, mengikut aturannya. Latihan amali terus menjadi laluan pantas ke pekerjaan untuk ramai siswazah sekolah perniagaan. Latihan amali memberikan cara untuk memahami syarikat, budaya serta jangkaan dan kekal menjadi peluang yang baik untuk mendapatkan jawatan tetap.

Trend pengambilan lain di luar Amerika Syarikat – MiM, Macc & Mfin

  • Majoriti syarikat diluar Amerika Syarikat merancang untuk mengambil bakat Sarjana dalam Pengurusan (MiM) bekerja pada 2018. Di antara 7 daripada 10 syarikat di Asia Pasifik (73 peratus), Eropah (72 peratus) dan Amerika Latin (69 peratus) merancang untuk mengambil siswazah MiM bekerja pada 2018. Di kalangan syarikat AS, 39 peratus merancang untuk mengambil siswazah MiM bekerja.
     
  • Sementara unjuran pengambilan Sarjana Perakaunan kekal stabil di kalangan majikan Eropah, unjuran di antara majikan Asia Pasifik kelihatan menurun pada 2018. Empat puluh empat peratus syarikat Eropah, 43 peratus syarikat AS, 40 peratus syarikat Amerika Latin dan 37 peratus syarikat Asia Pasifik merancang untuk mengambil siswazah Sarjana Perakaunan terbaru bekerja pada 2018. Mengikut rantau dunia, syarikat Amerika Latin mempunyai peningkatan terbesar di antara kadar pengambilan sebenar 2017 mereka (25 peratus) dan kadar unjuran pengambilan 2018 (40 peratus).
     
  • Ramalan pengambilan untuk bakat Sarjana Kewangan adalah sama di kalangan majikan Eropah berbanding tahun lalu dan menurun sedikit di kalangan majikan Asia Pasifik dan AS. Dua per tiga syarikat Amerika Latin (67 peratus) merancang untuk mengambil bakat Sarjana Kewangan bekerja—bahagian terbesar di sebarang rantau di dunia. Kebanyakan syarikat Eropah juga merancang untuk mengambil siswazah Sarjana Kewangan bekerja tahun ini (57 peratus).
Sejak 2001, GMAC bersama dengan rakan tinjauan dan Perkhidmatan Kerjaya dan Perikatan Majikan MBA (MBA CSEA) telah menjalankan Tinjauan Perekrut Korporat. Tinjauan ini memberikan gambaran keseluruhan permintaan pengambilan bekerja majikan pada masa kini untuk MBA dan siswazah sarjana peniagaan serta meneliti amalan dan trend pengambilan kerja oleh industri dan rantau dunia. Tinjauan dijalankan pada Februari dan Mac 2018, dengan kerjasama pejabat perkhidmatan kerjaya di 96 sekolah perniagaan siswazah yang menyertai di seluruh dunia. Maklum balas tinjauan diterima daripada 1,066 pekerja di 42 negara di seluruh dunia yang bekerja secara terus dengan sekolah perniagaan yang menyertai.

Pada Julai, GMAC akan menerbitkan laporan sampingan berkaitan kemahiran yang dicari oleh majikan.

Untuk memuat turun laporan penuh, lawati gmac.com/corporaterecruiters. Untuk grafik sokongan, lawati GMAC News Center.

Perihal GMAC: Graduate Management Admission Council (GMAC) merupakan persatuan bukan untung global untuk sekolah pengajian perniagaan terkemuka. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri yang direka untuk meningkatkan seni dan sains pemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test® (GMAT®) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan dan diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™, untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di India dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif, direka bentuk khusus untuk Program Eksekutif di seluruh dunia. Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat pemadanan School Search dan Graduate Management Admission Search Service (GMASS) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.

GMAC bertapak di Amerika Syarikat dengan pejabat di United Kingdom, India dan Hong Kong. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati www.gmac.com.

Perihal MBA CSEA: Perkhidmatan Kerjaya & Perikatan Majikan MBA (MBA CSEA) ialah perikatan daripada 800+ ahli global profesional pengurusan kerjaya siswazah perniagaan dan majikan. Organisasi ini ialah peneraju global dalam memberikan alatan, membangunkan hubungan dan menyediakan maklumat serta perkhidmatan sokongan yang menghasilkan kejayaan berterusan untuk pejabat perkhidmatan kerjaya siswazah perniagaan dan majikan. Untuk maklumat lanjut tentang MBA CSEA, lawati: www.mbacsea.org.

Perihal EFMD: Rangkaian pembangunan pengurusan EFMD terdiri daripada hampir 900 ahli institusi daripada akademia, perniagaan, perkhidmatan awam dan pakar perundingan merentasi 88 negara di seluruh dunia. EFMD menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk persidangan dan seminar di seluruh dunia, tinjauan dan penyebaran pengetahuan, peningkatan kualiti dan pentauliahan melalui EQUIS, EPAS, EOCCS dan CLIP, juga program pementoran EDAF dan sistem penilaian impak BSIS. Untuk maklumat lanjut tentang EFMD, sila lawati www.efmd.org.

HUBUNGAN MEDIA:
Tania Hernandez-Andersen
Pengarah Kanan, Komunikasi Jenama Korporat
+1 (703) 668-9638 Pejabat
+1 (571) 294-4059 Tel. Bimbit
thernandez-andersen@gmac.com

Infographics accompanying this announcement are available at: 

http://resource.globenewswire.com/Resource/Download/d2be6c96-2fe0-477e-b63f-3255ee8017fe

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/31430a6f-c620-4d45-950b-40cc0e6e3e87

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ee3f5eb0-449d-4176-af1f-18d0f1aec5a3

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b8a71216-a29c-4539-936c-e5797c94cd1d

Sumber : Graduate Management Admission Council

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.