ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  GMAC MELANCARKAN INISIATIF 'BELAJAR DI CHINA' SEMPENA PERKONGSIAN DENGAN 11 SEKOLAH PERNIAGAAN TERKEMUKA CHINA

Friday 22/06/2018



BEIJING dan HONG KONG, 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 22 Jun, Graduate Management Admission Council (GMAC) berganding bahu dengan 11 sekolah perniagaan terkemuka di China untuk melancarkan inisiatif “Belajar di China”. Perkongsian ini menandakan pembukaan platform interaktif untuk pelajar antarabangsa di 20 rantau Belt and Road (B&R) untuk meneroka peluang di China dan mendapatkan pengajian tinggi dalam bidang berkaitan perniagaan. Inisiatif “Belajar di China” bertujuan untuk memenuhi permintaan pelajar antarabangsa yang semakin meningkat serta menjulang China sebagai destinasi pengajian bertaraf dunia dan hab pendidikan perniagaan global.

Portal dalam talian  “Belajar di China” (www.studyinchinamba.com) yang dilancarkan secara rasmi hari ini membolehkan pelajar mengetahui dengan lebih lanjut tentang perihal pembelajaran dan menetap China. Laman web bahasa Inggeris yang baru direka itu menghubungkan bakal pelajar dengan sekolah perniagaan yang terlibat dan menawarkan akses maklumat untuk membantu mereka memilih sekolah yang sesuai bagi pembelajaran mereka di China.  Gerbang GMAC membimbing pemohon antarabangsa dari rantau Belt and Road di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah menerusi langkah yang diperlukan untuk mula belajar di salah satu negara dengan ekonomi paling dinamik di dunia. Ia menawarkan maklumat terperinci dan nasihat orang dalam tentang sekolah dan program yang tersedia, termasuklah struktur program antarabangsa, gambaran keseluruhan sukatan pelajaran, keperluan pemasukan, masa permohonan, kemudahan kampus, biasiswa dan bantuan kewangan. Pelajar juga boleh memilih untuk menghubungi sekolah dengan mudah untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui portal sehenti GMAC.

Untuk memberi imbasan kepada peluang hebat yang tersedia, GMAC akan mengadakan pertandingan “Belajar di China” dari 22 Jun hingga 31 Ogos. Peserta perlu menghantar esei pendek tentang sebab-sebab mereka mahu belajar di China untuk memenangi perjalanan pergi balik ke China. Tiga pemenang terpilih akan memenangi penerbangan kelas ekonomi dan penginapan kampus untuk melawat sekolah perniagaan yang dimahukan serta merasai sendiri pengalaman sekolah dan kehidupan kampus.

Rakan kongsi baharu inisiatif dengan sekolah perniagaan paling berprestij China yang terletak di Beijing, Shanghai dan Hong Kong. Institusi dengan ranking tinggi tersebut termasuklah Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University; China Europe International Business School; CUHK Business School, The Chinese University of Hong Kong; School of Management, Fudan University; HKUST Business School, The Hong Kong University of Science and Technology; Guanghua School of Management, Peking University; Business School, Renmin University of China; School of Economics and Management, Tsinghua University; BiMBA Business School of the National School of Development, Peking University; Cheung Kong Graduate School of Business; dan HKBU School of Business, Hong Kong Baptist University.

En. Sangeet Chowfla, Presiden dan CEO GMAC mengumumkan bahawa GMAC berbesar hati untuk mencipta peluang pendidikan perniagaan untuk bakal pelajar. Beliau percaya yang “Langkah ini akan menemukan bakat luar negara dengan peluang yang tepat untuk cemerlang di sekolah dan program perniagaan terkemuka China di samping memberikan sokongan menyeluruh kepada pelajar sepanjang tempoh masa pengajian luar negera mereka.” En. Chowfla menekankan pemerhatian GMAC selama beberapa tahun ini bahawa China mempunyai potensi “untuk menjadi destinasi pembelajaran paling popular.” Menurut beliau, inisiatif “Belajar di China” bertujuan untuk meningkatkan profil sekolah perniagaan di China dan mempamerkan nilai pendidikan perniagaan kepada calon antarabangsa.

Profesor Lu Xiongwen, Dekan Fakulti Pengurusan di Fudan University melahirkan ucapan tahniah atas pelancaran inisiatif baharu tersebut dan mengalu-alukan bakal pelajar yang ingin datang belajar di China. Beliau memetik peribahasa Cina yang bermaksud, “Amalan lebih mendalam daripada pengetahuan teori,” menandakan bahawa program-program ini akan membuka pintu kepada pemahaman baharu. “Saya percaya pengalaman pengajian ini akan menunjukkan kepada anda gambaran keseluruhan trend ekonomi China pada masa kini dan akan datang, keunikan model perniagaan China dan juga ciri berbeza pasaran China dan pasaran global,” kata Prof. Lu. “Anda juga akan memperolehi peluang untuk mempelajari dan menghargai budaya China yang dipenuhi sejarah beribu tahun lamanya.”

Professor Kar Yan Tam, Dekan HKUST Business School juga memberi komen tentang inisiatif tersebut. “China akan kekal sebagai enjin pertumbuhan besar dunia pada masa akan datang, dengan pembaharuan untuk membolehkan ekonominya memupuk potensi baharu dan untuk inisiatif Belt and Road membawakan momentum berterusan kepada rantau itu.” Beliau juga menekankan bahawa “Pelajar bukan sahaja perlu menerima pendidikan perniagaan antarabangsa terbaik demi mendapatkan perspektif global, mereka perlu mencari peluang untuk merasai keaktifan China. Hong Kong ialah bandar antarabangsa yang dinamik di mana pelajar boleh merasai campuran unik Timur dan Barat. Bandar tersebut juga terletak di barisan hadapan pendidikan perniagaan dan menawarkan pengalaman pembelajaran yang kaya dan pelbagai bagi menyediakan pelajar untuk kerjaya yang mekar di China dan lebih lagi.”

Inisiatif “Belajar di China” adalah contoh usaha berterusan GMAC untuk mempromosikan pendidikan perniagaan di seluruh dunia. Rangkaian ini berfungsi sebagai jambatan dalam komuniti B&R untuk memperkasa laluan profesional pelajar sebagai bakal tokoh perniagaan dan perusahaan di China dan luar negara.

Perihal GMAC:  Graduate Management Admission Council (GMAC) merupakan persatuan bukan untung global untuk sekolah pengajian perniagaan terkemuka. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri yang direka untuk meningkatkan seni dan sains pemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test® (GMAT®) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan dan diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™, untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di India dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif, direka bentuk khusus untuk Program Eksekutif di seluruh dunia. Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com menerima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat carian Carian Sekolah dan Graduate Management Admission Search Service (GMASS) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.

GMAC bertapak di Amerika Syarikat dengan pejabat di United Kingdom, India dan Hong Kong. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati www.gmac.com.

Hubungan media: 
Yolanda Kwok, Pengarah Rantau, China Besar, GMAC
ykwok@gmac.com
Susanna Lee, Pengarah Bersekutu, Pemasaran, China Besar, GMAC
slee@gmac.com
 
SUMBER : Graduate Management Admission Council

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.