ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PEMBAHAGIAN TEMPAT KERJA DIGITAL BAHARU: TEMPAT KERJA DIGITAL YANG BERJAYA DI SINGAPURA MEMACUKAN PENGLIBATAN, DAYA PENGELUARAN DAN PENGEKALAN BAKAT PEKERJA DENGAN KESAN POSITIF PADA KEUNTUNGAN

Wednesday 27/06/2018

AsiaNet 74157

SINGAPURA, 27 Jun 2018 /Medianet-AsiaNet/

-- Rakyat Singapura melihat Kecerdasan Buatan dan IoT sebagai kunci kepada masa hadapan mereka

Kunci untuk mengekalkan pekerja digital agar produktif dan melibatkan diri dan mengekalkan bakat yang terbaik? Lengkapkan mereka dengan teknologi terkini, demikian menurut satu kajian baharu oleh Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) yang meneroka pentingnya untuk menggerakkan keupayaan digital masa kini dan masa hadapan di tempat kerja.

Pembahagian Tempat Kerja Digital Baharu: Mengapa sebuah Tempat Kerja yang Dibolehkan oleh Teknologi adalah Kritikal kepada Kejayaan Perniagaan telah meninjau pendapat 1,003 orang dewasa di Singapura (April 2018) dan mendapati satu "jurang digital" yang signifikan di antara majikan berdasarkan kepada teknologi yang digunakan oleh pekerja mereka di dalam pekerjaan mereka -- "pemimpin teknologi" dan "teknologi yang ketinggalan di belakang". Kajian itu meneliti kesan manusia terhadap trend tempat kerja digital baharu.

Sorotan utama daripada hasil kajian Singapura itu:
- Teknologi yang ketinggalan di belakang mengakibatkan kekecewaan dan pergeseran pekerja – 56 peratus daripada rakyat Singapura yang bekerja untuk teknologi yang ketinggalan di belakang berasa negatif terhadap majikan mereka – 40 peratus mengatakan bahawa teknologi yang mereka gunakan di tempat kerja membuat mereka berasa kecewa dengan majikan mereka dan 16 peratus mengatakan bahawa ia membuat mereka mahu bekerja di tempat lain.
- Peranti adalah titik keperitan terbesar bagi pekerja di organisasi yang teknologi mereka ketinggalan di belakang – 42 peratus daripada pekerja digital di dalam organisasi yang teknologi mereka ketinggalan di belakang mengadu bahawa mereka terhalang daripada menjadi lebih produktif oleh peranti yang ketinggalan zaman, berbanding dengan hanya 22 peratus pada organisasi yang menerajui teknologi.
- Singapura melakukan lebih baik daripada purata global, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan – Hanya 35 peratus rakyat Singapura menggambarkan majikan mereka sebagai mendahului pesaing mereka di dalam menggunakan “pemimpin” teknologi yang lebih tinggi daripada purata global sebanyak 31 peratus; Walau bagaimanapun, ia masih mewakili lebih sedikit daripada satu pertiga daripada jumlah pekerja.
- Keselamatan perlu menjadi satu keutamaan di Singapura – Pergerakan "Membawa Peranti Anda Sendiri" ke tempat kerja, membolehkan akses yang lebih besar kepada maklumat syarikat dan membawa bersamanya potensi risiko keselamatan. Tujuh puluh peratus daripada pekerja digital di Singapura mengatakan bahawa mereka memuat turun aplikasi dan laman web yang tidak disokong oleh kumpulan IT di organisasi mereka kerana ia adalah "lebih baik daripada apa yang disediakan oleh syarikat saya" atau "syarikat mereka tidak menyediakan satu alternatif." Ini berbanding dengan purata global sebanyak 63 peratus. Tambahan pula, 77 peratus pekerja digital di Singapura mengakui menggunakan penyelesaian yang memintas protokol keselamatan - enam mata peratusan lebih tinggi berbanding dengan purata global.
 
Kaji selidik itu juga mendapati bahawa 72 peratus daripada pekerja digital Singapura menggunakan komputer riba (berbanding dengan 56 peratus di peringkat global) dan 71 peratus mempunyai keupayaan untuk bekerja dari jauh (berbanding 60 peratus di peringkat global). Lima puluh lima peratus daripada pekerja digital menggunakan telefon pintar peribadi mereka untuk bekerja, menunjukkan bahawa terdapat satu keinginan yang jelas untuk teknologi yang membolehkan mereka menjadi lebih mudah alih.

"Penyelidikan itu menekankan bagaimana tempat kerja digital merangkumi suatu ekosistem manusia, budaya, teknologi dan proses yang luas – bukan hanya tentang sejauh mana kecanggihan IT anda atau sama ada anda boleh log masuk dari rumah," kata Encik Leon Sayers, Ketua Amalan Perunding, Unisys Asia Pasifik. "Bagaimana anda bekerja menentukan tempat kerja anda – dan sebaliknya. Untuk mencapai transformasi digital yang berjaya majikan harus mengambil satu pendekatan yang holistik untuk perubahan organisasi."

Hubung kait di antara Teknologi, Produktiviti dan Keuntungan Walaupun banyak pemimpin perniagaan tahu bahawa pekerja yang tidak berpuas hati membebankan mereka dari segi kewangan, ramai yang akan terkejut melihat betapa tinggi sebenarnya kos itu. Organisasi yang melabur di dalam pekerja mempunyai 4.2 kali keuntungan purata berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.[1] Dan impak terhadap kadar keuntungan untuk menggantikan pekerja bergaji biasanya diramal enam hingga sembilan bulan gaji secara purata[2].

"Kos untuk tidak melibatkan pekerja di tempat kerja mempunyai kesan yang nyata. Produktiviti peribadi adalah satu motivasi utama yang tidak hanya memberi kesan kepada keupayaan pekerja untuk melaksanakan tugas mereka dengan cekap, tetapi juga bagaimana penglibatan dan komitmen mereka kepada majikan mereka. Mereka bentuk dan melaksanakan sebuah tempat kerja digital yang efektif memerlukan pengurusan perubahan organisasi dan perundingan yang berkesan untuk memastikan pekerja mempunyai teknologi yang betul untuk melakukan pekerjaan mereka, dan mereka selesa menggunakannya," kata Encik Sayers.

Impak kepada teknologi baru muncul di tempat kerja – rakan atau musuh? Pekerja-pekerja Singapura meramalkan Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet untuk Segala-galanya (IoT) sebagai mempunyai potensi terbesar untuk memperbaiki persekitaran kerja dalam tempoh lima tahun akan datang. Keghairahan sedemikian sememangnya menyebabkan mudah untuk naik radang - 55 peratus pekerja di organisasi pemimpin teknologi percaya kerja mereka boleh dilakukan sepenuhnya oleh mesin dalam tempoh lima tahun akan datang (lebih awal daripada 44 peratus di seluruh dunia).

"AI memberi manfaat kepada sektor-sektor dengan protokol keputusan yang jelas seperti penilaian permohonan kad kredit. Sedangkan industri yang bergantung kepada pekerja dapat memantau situasi di lapangan, seperti pekerja sosial atau polis, akan mendapat manfaat daripada loT. Pekerja tidak perlu takut kepada teknologi baru muncul yang hebat ini – organisasi-organisasi yang memodenkan teknologi dan proses perniagaan mereka dengan cara yang betul akan berada pada kedudukan yang terbaik untuk memimpin. Inovasi teknologi akan meningkatkan tempat kerja, dengan manusia dan mesin bekerja bersama untuk meningkatkan produktiviti," kata Encik Sayers.

Muat turun laporan lengkap mengenai hasil kajian Singapura dan global atau butiran mengenai metodologi penyelidikan di sini:
http://outreach.unisys.com/DigitalWorkplaceDivideSingapore?src=pr.
 
Muat turun Infografik Pembahagian Tempat Kerja Digital Baharu dan maklumat lain di sini: https://www.unisys.com/digitalworkplacedivide/singapore.
 
[1] Kajian Harvard Business: Mengapa Jutaan Wang Yang Kita Belanjakan terhadap Penglibatan Pekerja Menghasilkan Faedah Yang Sedikit kepada Kita
(https://hbr.org/2017/03/why-the-millions-we-spend-on-employee-engagement-buy-us-so-little)
[2] PeopleKeep: Pengekalan Pekerja – Kos Sebenar bagi Kehilangan Seorang Pekerja
(https://www.peoplekeep.com/blog/bid/312123/employee-retention-the-real-cost-of-losing-an-employee)
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengoperasian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari www.unisys.com.sg. Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysAPAC) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Hubungi:
Lisa Richardson
Unisys
+61-402-896-829
lisa.richardson@unisys.com
 
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
 
SUMBER: Unisys Australia 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.