ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  ​MIKIMOTO MENGUMUMKAN PELANCARAN KOLEKSI BARANG KEMAS BERKUALITI TINGGI YANG BAHARU, "JEUX DE RUBANS," DI KEDAI PARIS

Friday 06/07/2018



AsiaNet 74273

TOKYO, 6 Julai, 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Sebagai sebahagian daripada Minggu Fesyen Paris Haute Couture Musim Luruh/Musim Sejuk 2018/2019, K. Mikimoto & Co., LTD. telah mempersembahkan sebuah koleksi barang kemas berkualiti tinggi yang baharu, "Jeux de Rubans," di kedainya di Paris.

Tahun 2018 menandakan 125 tahun sejak pengasas Mikimoto, Kokichi Mikimoto berjaya di dalam pembiakan mutiara. Tahun ini Mikimoto juga mendapat penghormatan kerana dipilih menjadi ahli rasmi "Haute Joaillerie" bagi "Federation de la Haute Couture et de la Mode."

Pada Khamis, 5 Julai 2018, menjelang satu pelancaran di Jepun pada 29 September, syarikat itu mencerminkan penghargaan ini dengan menjadikan kedai mereka di 8 Place Vendome di Paris sebagai tempat untuk pertunjukan perdana Jeux de Rubans, sebuah koleksi baharu bagi Barang Kemas berkualiti tinggi yang menggambarkan motif abadi riben dengan satu sentuhan khayalan kemewahan. Kedai itu dihiasi dengan kemewahan untuk acara itu bagi tujuan memperagakan penciptaan baharu Mikimoto yang paling mempesonakan sebagai satu-satunya jenama barang kemas berkualiti tinggi di Asia.

Maklumat mengenai Mikimoto:
Pada tahun 1893, pengasas Mikimoto, Kokichi Mikimoto telah berjaya dalam mencipta mutiara biakan yang pertama di dunia. Sejak itu, untuk selama lebih dari satu abad, syarikat itu terus menawarkan barang kemas yang berkualiti luar biasa. Ia adalah satu daripada sebilangan kecil syarikat di dunia yang mempunyai sebuah sistem bersepadu dari pengeluaran sehingga kepada penjualan yang membolehkannya untuk memastikan kawalan mutu dan menggabungkan ketukangan yang sangat halus dengan reka bentuk moden yang serba canggih.

Dedikasi mereka yang berterusan kepada impian sepanjang hayat Kokichi Mikimoto, untuk menghiasi leher kesemua wanita di seluruh dunia dengan mutiara, telah membolehkan syarikat itu mendapat reputasi sebagai wakil tukang emas Jepun. Dengan beribu pejabat di Tokyo, Mikimoto adalah sebuah syarikat barang kemas terkemuka Jepun yang dihormati di seluruh dunia dengan kehadiran di seluruh dunia termasuk Paris, New York, London, Beijing, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

(Foto 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/201807055713-O1-al7XzS25)
(Foto 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/201807055713-O2-vN5VtR4N)
(Foto 3: https://kyodonewsprwire.jp/img/201807055713-O3-55m7gZCi)
 
Laman web rasmi: https://www.mikimoto.com/en/index.html
  
Sumber: K. Mikimoto & Co., LTD.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.