ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LI ZHENGUO: PV AKAN MENJADI SUMBER TENAGA PALING MURAH DI KEBANYAKAN TEMPAT DI DUNIA

Tuesday 10/07/2018



AsiaNet 74307

BERLIN, 10 Julai, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 9 Julai, pada Forum Kerjasama Ekonomi dan Teknikal Sino-Jerman ke-9 yang diadakan di Berlin, Jerman, Li Zhenguo, Presiden bagi LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. (LONGi), sebuah syarikat industri PV China yang terkemuka, telah membuat satu ucapan utama untuk Forum Bertemakan Transformasi Tenaga dan Pemuliharaan Tenaga, dengan mengatakan bahawa dalam tempoh tiga tahun akan datang solar PV akan menjadi sumber tenaga paling murah di kebanyakan tempat di dunia.

Beliau berkata, memandangkan fotovoltan dan penyimpanan tenaga menyediakan sumber tenaga paling murah, impian bagi "Solar untuk Solar" dapat direalisasikan di masa hadapan. Menjelang tahun 2050, PV akan menjadi sebuah industri yang menjanakan ribuan gigawatt (GW) setahun.

LONGi adalah pengeluar produk fotovoltan silikon monohabluran solar yang terbesar di dunia. Sejak penubuhannya, ia sentiasa memberi tumpuan kepada teknologi kristal tunggal dan terlibat di dalam wafer silikon monohabluran, sel dan modul kristal tunggal, mengagihkan loji kuasa fotovoltan dan loji kuasa fotovoltan tanah. Dalam kedudukan triatlon Photon, LONGi mempunyai indeks kesihatan kewangan terbaik dengan menduduki tempat pertama dan satu daripada indeks kestabilan kewangan yang terbaik.

LONGi mempunyai sebuah pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terdiri daripada lebih 450 orang dan telah memperoleh 260 paten kebangsaan. Sejak penyenaraiannya pada tahun 2012, syarikat itu telah melabur sebanyak AS$385 juta dalam penyelidikan dan pembangunan, menduduki tempat pertama di dalam industri fotovoltan global. Sebagai pembekal terbesar wafer dan komponen monohabluran di dunia, LONGi pada tahun 2017 mempunyai pendapatan operasi sebanyak AS$2.556 bilion, keuntungan bersih sebanyak AS$557 juta, dan jumlah aset sebanyak AS$5.14 bilion.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.longi-solar.com/
 
Sumber: LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. (LONGi)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=315658 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.