ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA MULAKAN PENGHANTARAN GEGANTI FOTO UL508 YANG DIPERAKUI UNTUK PERALATAN KAWALAN PERINDUSTRIAN

Thursday 12/07/2018



TOKYO, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") telah memperolehi pensijilan standard keselamatan Amerika Syarikat  UL508 bagi lapan produk geganti foto berikut: siri pakej 4pin SO6 "TLP172GM", "TLP176AM", dan "TLP3122A"; dan siri pakej DIP4 "TLP240A", "TLP240D", "TLP240G", "TLP240GA", dan "TLP240J".

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180712005258/en/

Geganti foto yang diperakui ini, yang kesemuanya boleh didapati secara komersial, boleh digunakan di dalam peralatan kawalan perindustrian yang memerlukan pensijilan UL508, yang membolehkannya sesuai untuk digunakan dalam pelbagai peralatan yang dipasarkan di seluruh dunia. Geganti foto itu juga diperakui oleh NRNT[1] .

Standard UL508 itu termasuk piawaian yang ketat untuk alat ganti. Keadaan pepejal geganti (SSR) adalah satu daripada kategori untuk alat ganti, dan suhu resin di dalam sesebuah SSR adalah terhad kepada 105ºC (had atas)[2]. SSR harus beroperasi pada suhu sehingga kepada had atas. Dengan menggunakan produk-produk UL kami yang diperakui, syarikat-syarikat boleh mengeluarkan kelengkapan kawalan yang mematuhi piawaian UL dan mengekalkan margin reka bentuk haba yang diperlukan untuk SSR.

Aplikasi
  • Peralatan perindustrian (PLC, antara muka I/O, pelbagai kawalan penderia, dan lain-lain.)
  • Sistem automasi bangunan (pemanasan, pengudaraan, dan penyaman udara (HVAC), termostat, dan lain-lain.)
  • Penggantian geganti mekanikal (sistem AC24 sehingga 400V, sistem DC24 sehingga 125V)
Ciri-ciri
  • Diluluskan UL508 (NRNT)
  • Diluluskan UL1577
  • Suhu kes (maksimum): Tc=105°C

Table
 

Nota:
[1] Kategori produk UL: Suis kawalan perindustrian, peralatan kawalan keadaan pepejal bagi muatan bukan bermotor
[2] Sekatan suhu untuk plastik (epoksi)
[3] Pilihan peletakan permukaan tersedia.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan geganti foto.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180712005258/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.