ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ISU GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH

Tuesday 31/07/2018



KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan memandang serius laporan muka depan akhbar The Star pada 29 Julai 2018 yang bertajuk “A sex predator is in the house”.

Laporan ini memaklumkan bahawa terdapat seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah Hospital KKM di Lembah Klang yang telah beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa orang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.

Hasil mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini (30 Julai 2018), KKM memutuskan untuk menubuhkan sebuah Badan Penyiasatan Bebas (Independent Inquiry Body) yang menggabungkan KKM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Pihak KKM seterusnya telah menjalankan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh lewat petang tadi bagi membincangkan tindakan yang wajar diambil.

Susulan pembongkaran kes ini, lebih ramai pegawai perubatan termasuk pelatih perubatan siswazah tampil membuat aduan yang serupa kepada pejabat Menteri Kesihatan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui pelbagai saluran. 

KKM menyeru semua mangsa yang menghadapi kekerasan atau gangguan di tempat kerja sama ada dalam bentuk fizikal, verbal, mental atau seksual untuk membuat laporan terus kepada Menteri Kesihatan di alamat emel drdzul@moh.gov.my.

KKM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan ini.

Sekian, terima kasih.

YB DR. DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.