ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  UXIN AKAN MELAPORKAN HASIL KEWANGAN KEDUA SUKU TAHUN 2018 PADA 22 OGOS 2018

Friday 10/08/2018



BEIJING, 10 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Uxin Limited ("Uxin" atau "Syarikat") (Nasdaq: UXIN), platform e-dagang kereta terpakai terbesar di China, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melaporkan keputusan kewangan suku tahun 2018 yang belum diaudit pada hari Rabu, 22 Ogos 2018, sebelum waktu pasaran A.S.

Pasukan pengurusan Uxin akan mengadakan panggilan persidangan pada pukul 8:00 pagi Waktu Timur A.S, (8:00 malam waktu Beijing/Hong Kong) pada 22 Ogos 2018, berikutan pengumuman keputusan suku tahun.

Maklumat dail masuk untuk panggilan persidangan langsung adalah:
A.S.:+1 8665194004 atau +1 8456750437
Antarabangsa:+65 67135090
Tanah Besar China:400-6208038 atau 800-8190121 
Hong Kong:800-906601 atau +852 30186771
ID Persidangan:2295489

Rakaman panggilan persidangan boleh diakses melalui telefon pada nombor berikut sehingga 6 September 2018:
A.S.: +1 646 254 3697
Antarabangsa:+61 2 8199 0299
ID Persidangan: 2295489

Siaran web langsung dan arkib panggilan persidangan boleh didapati di bahagian Perhubungan Pelabur laman web Uxin di http://ir.xin.com/.

Perihal Uxin

Uxin Limited (Nasdaq: UXIN) ialah platform e-dagang kereta terpakai terbesar di China. Misi Uxin adalah untuk membolehkan orang ramai membeli kereta pilihan mereka, tidak kira di mana mereka berada atau apa bajet mereka. Uxin membolehkan pengguna dan peniaga membeli dan menjual kereta menerusi platform dalam talian dan luar talian bersepadu inovatif yang menangani setiap langkah urus niaga dan merangkumi keseluruhan rantaian nilai. Kehadirannya dalam talian disokong oleh rangkaian luar talian bagi lebih daripada 670 pusat perkhidmatan di lebih 270 bandar di seluruh China.

Untuk pertanyaan pelabur, sila hubungi:

Trista Ren
Hubungan Pelabur Uxin
Tel: +86 10 5691-6765
E-mel: ir@xin.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Rory Macpherson
Brunswick Group
Tel: +86 21 6039-6388
E-mel: uxin@brunswickgroup.com

SUMBER Uxin Limited.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.