ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ISU PENJUALAN UDANG GALAH MURAH YANG DIDAKWA MEMUDARATKAN KESIHATAN

Wednesday 15/08/2018



KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan laporan pihak media massa pada 13 Ogos 2018 berkaitan isu lambakan udang galah murah di Malaysia yang didakwa telah menyebabkan gatal-gatal, badan bengkak, bengkak hidung, mata berair serta cirit-birit dan muntah.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus menjalankan pemantauan ke atas makanan di pasaran tempatan dan di semua pintu masuk negara. Sejak 1 Januari 2005, semua konsainan udang (termasuk udang galah) yang diimport perlu disertai dengan Sijil Kesihatan yang memberi jaminan bahawa konsainan udang tersebut adalah bebas daripada bahan terlarang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa (Competent Authority) negara pengeksport terlibat. Sekiranya Sijil Kesihatan ini tidak disertakan, konsainan udang berkenaan tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagi tujuan pemantauan, pada tahun 2017 sejumlah 183 sampel udang import telah diambil di pintu masuk negara manakala sejumlah 56 sampel udang import telah diambil di pintu masuk negara bagi tempoh Januari sehingga Julai 2018. Kesemuanya telah didapati mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Di dalam isu penjualan udang galah murah ini, KKM akan terus meningkatkan pemantauan ke atas produk tersebut di pintu masuk negara dan di pasaran
tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan. Di samping itu, KKM juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani.

Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab
pihak terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi
perundangan makanan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa manamana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada
dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang
kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat,
atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 OGOS 2018


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam 
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8883 3675 / 019-3265122
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.