ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ATPCO DIANUGERAHKAN PATEN UNTUK MODEL PENENTUAN HARGA PENERBANGAN TANPA CACHE

Wednesday 15/08/2018



Menghasilkan Asas Teknologi kepada Alat Pengurusan Hasil Penerbangan Generasi Seterusnya


DULLES, Va., 15 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ATPCO hari ini mengumumkan bahawa mereka telah dianugerahkan Paten #10,032,195 oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat untuk meliputi teknologi baru yang dihasilkan oleh ahli sains data dan arkitek teknikal mereka, yang membenarkan pembinaan harga tiket penerbangan menggunakan pangkalan data graf dan teknik “pengaturcaraan fungsian”. Teknologi ini membenarkan pendekatan unik untuk mengira harga penerbangan yang sebelum ini tidak tersedia.

Harga tiket penerbangan dibina menggunakan komponen data individu yang pelbagai: tambang, jadual penerbangan, cukai dan pelbagai struktur undang-undang dan tadbir urus. Syarikat penerbangan juga menetapkan pengehadan, dikenali sebagai peraturan, untuk menentukan keadaan tambang diberikan, seperti memerlukan penginapan malam Sabtu atau ketika tarikh promosi jualan yang ditentukan awal. Kesemua unsur -unsur ini mestilah dirujuk dan dimasukkan ke dalam harga akhir tiket penerbangan. Pendekatan penentuan harga yang diliputi oleh paten ini membolehkan ATPCO untuk menjana semua harga yang diterbitkan secara global, dalam masa sebenar, bergantung kepada ketersediaan. Ini akan memberikan pembawa dan rakan kongsi saluran syarikat penerbangan gambaran keseluruhan semua harga yang menghasilkan pasaran.

“Pendekatan ini mengekalkan semua pautan pada komponen data asal yang menghasilkan jumlah harga tiket penerbangan. Oleh itu, kami menyahbina harga ke dalam semua komponen setelah ia dihasilkan, serta mengenal pasti semua peraturan peruntukkan yang menjadikan harga layak. Ini merupakan kelebihan yang besar untuk penentuan harga dan kemampuan audit yang kami ingin kecapi,” kata John Murphy, Naib Presiden Teknologi di ATPCO.

Tidak seperti enjin penentu harga tradisional yang digunakan pada hari ini untuk menjual tiket yang memfokus pada mengira tambang paling murah atau “terbaik” dalam pasaran saham, pendekatan ATPCO direka bentuk untuk menyokong pengurusan hasil syarikat penerbangan dan jabatan penentuan harga yang menguruskan semua titik harga yang berbeza-beza yang syarikat penerbangan mahu tawarkan.

“Untuk menyokong keperluan ini, enjin penentu harga perlu mengira harga untuk semua tambang berkemungkinan (bukan hanya yang paling rendah) dan mengawasi semua komponen yang menghasilkan harga tanpa bergantung kepada hasil cache. Hasil cache boleh menjadi lapuk dengan cepat, menghasilkan masalah apabila penganalisis penentu harga syarikat penerbangan mahu melakukan perubahan atau mengaudit cara dan sebab harga tertentu diberikan,” kata Navid Abbassi, Ketua Arkitek di ATPCO.

Mengesan apabila unsur berubah, menguji cara senario dihargakan dan mengesahkan tambang sebelum ia diedarkan dibolehkan oleh teknologi ini, yang menjadi sebahagian daripada komitmen ATPCO dalam meneraju industri syarikat penerbangan menjadi pengedaran generasi yang seterusnya.

Melalui pendekatan yang cepat dan boleh skala yang dibolehkan melalui kerja ini, berjuta maklum balas harga boleh diproses dan dijana dalam masa sebenar tanpa kehilangan konteks data yang mencipta harga ini pada awalnya. Dengan menjadikannya lebih mudah untuk mengubah unsur harga tiket, ATPCO memberikan syarikat penerbangan cara baru dan lebih efisien untuk menguruskan titik harga yang mereka tawarkan dalam sebarang pasaran.

Ikuti ATPCO:
LinkedIn
Twitter
Facebook

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Michael Mazzocco
Ahli Strategi Komunikasi Korporat
ATPCO
Pejabat: +1 703 661 7503
E-mel: mmazzocco@atpco.net

Perihal ATPCO
Terletak secara unik di pusat ekosistem pengagihan penerbangan, ATPCO membolehkan pengurusan data harga penerbangan yang lancar yang menjadikan keseluruhan industri kami berjalan dengan lebih efisien. Kami menguruskan lebih daripada 189.6 juta tambang untuk 439 syarikat penerbangan di 160 negara dan menyokong 5.3 juta perubahan harga tambang secara purata. Oleh kerana ATPCO dimiliki oleh syarikat penerbangan, kami bertindak sebagai rakan kongsi yang bersifat neutral untuk syarikat penerbangan kami bersama-sama dengan agensi pelancongan, enjin carian, sistem pengagihan global dan banyak lagi rakan kongsi lain. Setiap hari, organisasi ini bergantung kepada pentafsir kepimpinan dan portfolio teknologi serta penyelesaian data untuk membantu berjuta penumpang untuk sampai ke destinasi mereka. Ketahui lebih lanjut di atpco.net.

SUMBER : ATPCO

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.