ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  SUNSHINE COAST MENYALURKAN KOMUNIKASI TERPANTAS AUSTRALIA KE ASIA

Friday 07/09/2018



AsiaNet 75070
 
SUNSHINE COAST, Australia, 7 Sept., 2018/Medianet International-AsiaNet/--
 
Penyambungan telekomunikasi terpantas Australia ke Asia dan kedua terpantas ke Amerika Syarikat akan berlaku dari Sunshine Coast, terima kasih kepada sebuah kontrak kabel dasar laut antarabangsa yang baharu yang telah dipersetujui di antara Majlis Sunshine Coast dan RTI Connectivity Pty Ltd (RTI-C).
 
Datuk Bandar Mark Jamieson berkata Majlis Sunshine Coast adalah kerajaan tempatan yang pertama di Australia untuk mendapatkan sebuah pelaburan di dalam kabel dasar laut antarabangsa dan di dalam dunia yang semakin digital, nilai pelaburan ini untuk masa hadapan rantau ini tidak dapat dibayangkan.
 
"Tidak dapat dinafikan, pelaburan infrastruktur ini akan menghasilkan di dalam titik perbezaan yang signifikan untuk Sunshine Coast," kata Datuk Bandar Jamieson.
 
Projek itu termasuk sebuah kabel optik gentian dasar laut 550km yang akan menghubungkan Sunshine Coast ke kabel dasar laut Jepun-Guam-Selatan Australia (JGA-S)* sepanjang 9600km yang pada masa ini sedang disediakan oleh sebuah konsortium yang melibatkan RTI-C, Google dan AARNet, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
 
Di Guam, kabel JGA-S itu akan bersambung dengan Sistem Kabel SEA-AS, sebuah kabel Rentas Pasifik yang sangat efisien yang akan menjalin hubungan di antara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat bagi lebih 1.5 bilion orang.
 
Pelaburan itu sehingga $35 juta di dalam penyambungan kabel dasar laut dari Sunshine Coast kepada kabel JGA-S serta menyokong infrastruktur berasaskan darat yang dibiayai secara bersama oleh Majlis Sunshine Coast dan Kerajaan Queensland, dengan ramalan projek itu untuk menyediakan sehingga 864 peluang pekerjaan baru dan merangsangkan $927 juta di dalam pelaburan baharu di Queensland.
 
Datuk Bandar Jamieson berkata beliau percaya angka-angka ini adalah bersifat konservatif, berikutan permintaan kami yang tidak pernah mencukupi untuk data dan bahawa trafik data dari Australia semakin meningkat sekurang-kurangnya 40% setahun.
 
"Sunshine Coast akan menyediakan titik penyambungan antarabangsa yang paling pantas, dan paling mampu dimiliki untuk Queensland dan Australia ke Asia, memberikan satu perubahan langkah yang signifikan di dalam daya tarikan Queensland sebagai sebuah lokasi pelaburan," kata Datuk Bandar Jamieson.
 
"Projek ini akan merangsangkan pertumbuhan pelaburan dan peluang pekerjaan di Sunshine Coast terima kasih kepada penyambungan telekomunikasi dan infrastruktur data yang unggul dan boleh digunakan untuk menarik beberapa pengguna data terbesar di dunia ke rantau kami.
 
"Perubahan yang signifikan ini akan mengubah Sunshine Coast dan membuka peluang-peluang yang sangat besar bagi Queensland."
 
Menteri bagi Pembangunan Negeri, Pembuatan, Infrastruktur dan Perancangan Cameron Dick berkata Kerajaan Queensland memperuntukkan $15 juta ke arah projek itu dari Dana Pertumbuhan Pekerjaan dan Wilayah berikutan satu komitmen yang dibuat pada pilihan raya lepas.
 
"Realitinya adalah hanya satu volum kecil telekomunikasi antarabangsa disampaikan melalui satelit, dengan 95 hingga 99 peratus daripada keperluan internet Australia disediakan oleh sejumlah kabel dasar laut yang terhad yang masuk ke Sydney dan Perth – satu risiko dan kekangan bagi penyambungan internet dan kapasiti pusat data komersial Australia," kata Menteri Dick.
 
"Pendaratan sebuah kabel dasar laut di Sunshine Coast bukan sahaja akan mempelbagaikan lokasi pendaratan untuk trafik telekomunikasi, tetapi ia akan juga menyediakan kelajuan, kebolehpercayaan dan penambahbaikan kapasiti untuk seluruh negeri itu.
 
"Sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang moden dan berkembang bergantung pada akses kepada rangkaian komunikasi yang berkelajuan tinggi untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan boleh dipercayai merentasi negeri kita, dari perkhidmatan sosial yang utama kepada telekesihatan di hospital-hospital kita. 
 
"Inisiatif ini akan meningkatkan kesambungan dan kebolehpercayaan bagi rangkaian ini, dan perkhidmatan yang bergantung kepada mereka, sekali gus memberi manfaat kepada semua penduduk Queensland.
 
"Projek penting ini akan mengubah cara Sunshine Coast beroperasi dan membuka peluang-peluang yang besar untuk Queensland."
 
Datuk Bandar Jamieson berkata kebanyakan perhubungan data dan suara di Queensland pada masa ini disalurkan ke Sydney melalui darat, sebelum menuju ke destinasi antarabangsa melalui kabel dasar laut.
 
"Orang ramai tidak menyedari bahawa setiap kali anda membuat satu panggilan telefon antarabangsa atau memindahkan data ke luar negara, setiap kali anda melayari Google, setiap kali anda menyatakan like atau suka pada sesuatu di Facebook, ia tidak melalui satelit," kata Datuk Bandar Jamieson.
 
"Sebenarnya, sebahagian besar trafik suara dan data antarabangsa di Australia bergerak melalui kabel dasar laut.
 
"Untuk mempunyai kesemua pendaratan kabel antarabangsa pantai timur Australia di Sydney bukan sahaja lebih mahal, ia adalah satu risiko perniagaan dan keselamatan kebangsaan yang besar jika kabel-kabel itu rosak pada masa yang sama."
 
Datuk Bandar Jamieson berkata kabel dasar laut antarabangsa – yang akan menyambungkan sebuah stesen pendaratan kabel baharu berhampiran Pusat Bandar Raya Maroochydore - akan meningkatkan kelajuan penghantaran data, memberikan lewahan yang lebih besar dan harus, dari masa ke masa, membawa kepada pengurangan di dalam kos perhubungan antarabangsa untuk perniagaan dan pengguna.
 
"Kabel-kabel baharu dan teknologi baharu mempunyai kecenderungan untuk menurunkan harga dan mewujudkan suatu persekitaran yang lebih cekap.
 
"Pembayar cukai kami akan juga mendapat manfaat daripada perjanjian itu yang telah kami persetujui dengan RTI-C kerana majlis akan menerima satu aliran pendapatan daripada pelanggan yang mengakses rangkaian kabel JGA-S melalui penyambungan kabel Sunshine Coast.
 
"Sekali lagi, majlis kami berada di barisan hadapan dalam memikirkan di luar kotak, dengan memperolehi sumber pendapatan baharu dan mengusahakan peluang-peluang untuk menjana ekonomi dan pertumbuhan peluang pekerjaan sebagai satu dividen utama bagi penduduk kami, sekali gus memastikan kami terus menjadi wilayah yang sihat, pintar, kreatif di Australia.
 
"Ia juga memenuhi satu lagi komitmen utama yang saya buat menjelang pilihan raya kerajaan tempatan 2016.
 
"Boleh dikatakan, kabel dasar laut itu akan menjadi pemimpin di dalam suite perubahan kami yang signifikan untuk rantau ini.
 
"Ladang Solar Sunshine Coast kami – yang merupakan satu lagi usaha perintis oleh kerajaan tempatan; projek Pengembangan Lapangan Terbang Sunshine Coast kami; dan Pusat Bandar Raya Maroochydore – satu-satunya CBD yang sebelum ini  merupakan tapak yang tidak dibangunkan untuk pembangunan komersial di Australia dan bakal menjadi CBD yang paling pesat di Australia, kesemuanya merupakan contoh.”
 
Datuk Bandar Jamieson juga memperakui sokongan Ahli Persekutuan bagi Fairfax, Ted O'Brien, yang menjadi penyokong lama bagi projek ini dan yang telah membantu mendapatkan $250,000 dalam pembiayaan daripada Kerajaan Komanwel untuk satu kajian kemungkinan bagi projek kabel dasar laut itu pada tahun 2016.
 
Ketua Pegawai Eksekutif RTI Russ Matulich berkata pelaburan itu oleh Majlis Sunshine Coast dan Kerajaan Queensland meletakkan Sunshine Coast di peta perniagaan dunia.
 
"Perniagaan memerlukan laluan komunikasi terpantas di antara dua lokasi," kata Encik Matulich.
 
"Mereka memerlukan keupayaan untuk menyimpan data dan kabel baharu ini, dan stesen pendaratan itu di Maroochydore, akan membolehkan perkara ini dilakukan.
 
"Kabel Sunshine Coast itu berada di lokasi yang luar biasa kerana ia menyediakan kepelbagaian fizikal – satu lokasi baharu ke Australia - yang menjadi satu keutamaan yang tinggi untuk tujuan kerajaan dan komersial.
 
"Laluan baharu ini akan menyampaikan trafik ke dalam dan ke luar dari Australia dengan kadar yang lebih pantas daripada laluan Sydney kerana ia secara geografi adalah lebih dekat dengan tanah besar China dan Hong Kong, di mana terdapat lebih 1.1 bilion orang; ke Jepun di mana terdapat beberapa ratus juta orang; dan ke pantai barat Amerika Syarikat di mana syarikat-syarikat besar seperti Facebook, Google dan Amazon ditempatkan.
 
"Berbanding dengan destinasi lain, projek Sunshine Coast itu adalah satu daripada beberapa kabel yang akan dapat menjangkau ke bandar raya besar melalui satu rangkaian – rangkaian RTI."
 
Encik Matulich berkata kabel dasar laut antarabangsa itu akan juga memberi faedah kepada perniagaan kecil kerana ia menyediakan penyambungan, kelajuan dan kelewahan yang lebih baik dan menggalakkan syarikat-syarikat baharu untuk melihat ke arah Sunshine Coast untuk mengambil kesempatan daripada penyambungan kepada infrastruktur komunikasi antarabangsa.
 
"Keseluruhan komuniti itu memperolehi faedah kerana mereka mendapat saki baki daripada manfaat daripada pelaburan yang mengalir masuk ke rantau itu," kata beliau.
 
"Kabel dasar laut antarabangsa memberi impak kepada ekonomi dengan meningkatkan komunikasi, perdagangan dan pendidikan. Semakin banyak bilangan kabel itu, semakin tinggi KDNK per kapita.
 
"Dan lebih banyak pendaratan kabel di suatu lokasi tertentu akan meningkatkan kualiti kehidupan, bukan sahaja untuk rakyat tempatan tetapi juga bagi negara itu."
 
Kabel dasar laut itu, yang akan dibekalkan dan dipasang oleh Alcatel Submarine Network (ASN), dijangka siap pada separuh pertama tahun 2020.
 
Presiden ASN Philippe Piron berkata organisasi itu amat berbangga untuk bekerjasama dengan RTI dan Majlis Sunshine Coast.
 
"ASN sangat gembira kerana teknologi kami akan digunakan untuk memberikan penyambungan yang berkelajuan tinggi ke pantai timur Australia, terima kasih kepada pelaburan oleh Majlis Sunshine Coast."
 
SUMBER: Majlis Serantau Sunshine Coast
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.