PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

September 25, 2018 -Selasa

 
  EKSPO GAYA HIDUP ASIA 2019 DILANCARKAN DI BANGKOK

Friday 14/09/2018



Pameran baharu memperagakan produk gaya hidup untuk peluang-peluang import/ eksport di pasaran ASEAN dan global
 
BANGKOK, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan mengambil ilham daripada inisiatif One Belt One Road, Ekspo Gaya Hidup Asia 2019 akan tiba di Bangkok pada tahun hadapan. Platform baharu ini akan mempromosikan satu aliran bebas perdagangan, menggalakkan penyatuan pasaran dan menjalin perhubungan baharu di rantau ASEAN.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180913006170/en/
 
Dianjurkan oleh COMASIA Limited dan dianjurkan bersama oleh N.C.C. Exhibition Organizer Co., Ltd., ekspo perdagangan itu, yang diadakan dari 21 hingga 23 Ogos 2019 di BITEC Bangkok, akan menyediakan kepada pedagang, syarikat perdagangan, e-dagang, dan penjual dalam talian dengan satu peluang untuk mengimport produk-produk gaya hidup ke ASEAN dan bagi mengeksport produk buatan ASEAN ke peringkat serantau dan global. Lima ratus ruang pameran akan memperagakan produk-produk yang mencakupi daripada hadiah, elektronik pengguna, alat permainan, aksesori, peralatan dapur, kesenian, kraftangan dan peralatan rumah.
 
Selaras dengan inisiatif One Belt One Road, Ekspo Gaya Hidup Asia 2019 akan menyerlahkan perhatian terhadap produk-produk ASEAN dan menyediakan satu platform untuk menyokong perniagaan ASEAN di dalam pasaran global yang berdaya saing.
 
"Ekspo Gaya Hidup Asia 2019 akan berlangsung di Thailand berikutan bukti kelayakan yang tidak dapat ditandingi berhubung pameran perdagangan oleh negara itu. Ekspo baharu ini akan mempamerkan pelbagai jenis produk gaya hidup dan akan menawarkan potensi besar kepada firma-firma rantau itu untuk memasuki pasaran global import dan eksport yang berdaya saing," kata Encik Sakchai Pattarapreechakul, Presiden, N.C.C. Exhibition Organizer Co., Ltd.
 
Ekspo Gaya Hidup Asia 2019 adalah pameran sampingan daripada Pameran Oktober Hong Kong, satu siri yang sangat popular bagi acara-acara perdagangan sumber yang terbesar dan paling penting di Asia.
 
"Seperti Pameran Oktober Hong Kong yang dikendalikan oleh COMASIA Limited, penekanan Ekspo Gaya Hidup Asia 2019 adalah bagi memberi tumpuan kepada perdagangan ASEAN, memberikan satu peluang kepada firma-firma ASEAN untuk merebut peluang daripada inisiatif One Belt One Road dengan membuat perhubungan dan rakan perdagangan baharu di rantau itu dan seterusnya," kata Encik Peter Cheung, Pengarah, COMASIA Limited.
 
Ekspo Permainan Elektronik dan Peralatan Hiburan Asia akan diadakan secara serentak di Dewan 99 di BITEC.
 
Maklumat mengenai Ekspo Gaya Hidup Asia 2019
 
Ekspo Gaya Hidup Asia adalah satu pameran baharu yang memperagakan produk gaya hidup untuk peluang-peluang import/ eksport di pasaran ASEAN dan global. Platform itu akan diadakan di BITEC di Bangkok dari 21 hingga 23 Ogos 2019 dan akan mempamerkan produk yang terdiri daripada hadiah, elektronik pengguna, alat permainan, aksesori, peralatan dapur, kesenian, kraftangan dan peralatan rumah. Maklumat lanjut: https://www.asialifestyleexpo.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180913006170/en/
 
Hubungi
Spark Communications
Jerome Richard
+66909025407
jerome@spark.co.th
 
Sumber : Ekspo Gaya Hidup Asia 2019
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.