ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​41 BANDAR RAYA BERSATU SEMULA DI SHENYANG MEMBINCANGKAN PEMBANGUNAN HIJAU DI PERSIDANGAN PERSATUAN BANDAR RAYA MUSIM SEJUK DUNIA KE-18 UNTUK DATUK BANDAR

Friday 14/09/2018



AsiaNet 75194

SHENYANG, China, 14 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Persidangan Persatuan Bandar raya Musim Sejuk Dunia ke-18 untuk Datuk Bandar (Persidangan WWCAM) telah diadakan di Shenyang pada 12 Sept, 2018. Persidangan itu menjemput 41 kumpulan bandar raya dan 52 kumpulan dewan perniagaan dari 30 buah negara, menurut Kerajaan Perbandaran Shenyang. Dengan bertemakan "bandar raya musim sejuk, kehidupan yang lebih baik", WWCAM menyiasat ke dalam perancangan dan pengurusan pembinaan bandar musim sejuk, dan pembinaan dan pembangunan hijau bagi bandar raya pintar. WWCAM akan juga membuat pembaharuan, selain menggalakkan pertukaran dan kerjasama di antara bandar raya musim sejuk agar dapat menyelesaikan masalah pembangunan di seluruh dunia. 

Sejak Persidangan WWCAM yang pertama diadakan di Sapporo, Jepun pada tahun 1982, ia telah diadakan setiap dua tahun selama 36 tahun. Membina di atas kejayaan masa lampau, persidangan ini memecahkan batasan bandar raya anggota dan mengundang dengan penuh mesra wakil-wakil bandar raya musim sejuk dari negara-negara yang menghadapi cabaran yang sama merentasi lima benua, menyuntik semangat baharu ke dalam pertukaran di antara bandar raya di dunia.

"Bandar raya yang berada pada garisan lintang dan ketinggian yang tinggi menghadapi masalah pemanasan, lalu lintas dan alam sekitar yang lebih teruk. "Semasa persidangan itu, Lara Fritts, Pengarah bagi Jabatan Pembangunan Ekonomi di Salt Lake City berkata: "Bandar raya Salt Lake merancang untuk menggunakan 100% tenaga yang boleh diperbaharui bagi sokongan elektrik komuniti dan mengurangkan 80% daripada gas rumah hijau menjelang tahun 2040, sekali gus membolehkan setiap rakyat untuk menikmati udara segar dalam keadaan musim sejuk yang dingin. Diilhamkan oleh Pelan Sumber kami, kerajaan Shenyang berada dalam kerjasama yang erat dan mendalam dengan kami untuk mengubah daripada sumber berasaskan arang kepada tenaga yang boleh diperbaharui."

Pada persidangan itu, 15 datuk bandar atau wakil dari Sapporo, Jepun; Seoul, Korea Selatan; Vancouver, Kanada; dan Clermont-Ferrand, Perancis, memperkenalkan pengalaman dan pencapaian bandar raya mereka, dan memberikan cadangan yang berkaitan untuk membina bandar raya pintar baharu dengan kualiti dan kecekapan yang lebih tinggi, dan membangunkan bandar raya hijau dengan pembangunan yang lebih mapan. 

48 persatuan perniagaan dari 18 buah negara dan 60 perusahaan yang berkaitan dari Liaoning, termasuk Kumpulan Ambo dari Amerika Syarikat, Dewan Perdagangan dan Industri Sapporo dari Jepun, Kumpulan Orrin dari Finland, Dewan Perdagangan Kesatuan Eropah, Kumpulan Shenyang Broad dan Kumpulan Pelancongan Shenyang, telah menghadiri Mesyuarat Kerjasama Perniagaan Bandar raya Musim Sejuk, dengan kira-kira 150 orang turut mengambil bahagian. Semasa mesyuarat itu, lebih 20 perusahaan asing dan lebih 50 perusahaan China menjalankan penyambungan projek satu dengan satu mengenai pelancongan, IT, perlindungan alam sekitar dan bidang lain.

"Menjadikan Kehidupan Lebih Baik", dengan jelas memaparkan bukan sahaja harapan yang baik dan bersungguh-sungguh memburu orang di seluruh dunia untuk kehidupan yang lebih baik, tetapi juga tidak dapat mengelakkan tanggungjawab sejarah bagi pengurusan bandar. Jiang Youwei, Datuk Bandar Shenyang, berkata bahawa Shenyang sanggup mengukuhkan perhubungan dan pertukaran dengan bandar raya lain, memperdalamkan kerjasama praktikal dan menggalakkan pembangunan mampan dan sihat bagi bandar raya itu. Sementara itu, sebahagian besar datuk bandar dan wakil dewan perdagangan turut menyatakan kesediaan mereka untuk mengukuhkan perhubungan dengan Shenyang, dengan bersungguh-sungguh mengembangkan projek industri pelancongan kebudayaan antarabangsa, dan berkongsi pengalaman dan pencapaian bagi perancangan bandar secara tepat, pembangunan secara halus dan pengurusan yang padu.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Shenyang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=319339
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.