ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD ANJUR SHOC4SCHOOL 2018

Thursday 20/09/2018


Gambar berkumpulan sempena Program SHOC4School bersama Yang Berusaha Encik Idris Bidin, Pegawai Pendidikan Dearah Kemaman dan Encik Alias Mamat, Ketua Pegwai Eksekutif PETRONAS Chemicals LDPE Sdn Bhd



SHOC4school beri pendedahan keselamatan pengurusan bahan kimia
 
KERTIH, 20 Sept (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) melalui operasi di Kertih Integrated Petrochemcial Complex (KIPC) diwakili anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS Chemicals LDPE Sdn Bhd, PETRONAS Chemicals Ethylene Sdn Bhd dan PETRONAS Chemicals Polyethylene Sdn Bhd semalam menganjurkan program SHOC4School untuk lebih kurang 70 peserta daripada 17 sekolah, di sini.
 
Program SHOC4School yang diperkenalkan pada 2015 ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para guru dan petugas makmal tentang kaedah yang betul dan selamat bagi pengurusan bahan kimia di makmal sekolah. Tahun ini, SHOC4School telah diperluaskan kepada pelajar Sains tingkatan 4 memandangkan mereka mula mengambil mata pelajaran kimia.
 
Mengulas lebih lanjut mengenai program tersebut, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCG, Datuk Sazali Hamzah berkata, “SHOC4School adalah antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat PCG yang memberi tumpuan kepada pendidikan, komuniti serta alam sekitar. Sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, PCG mengambil pendekatan berkongsi ilmu pengetahuan pakar-pakar dalaman syarikat yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan bahan kimia”.
 
Tambah beliau, “Modul SHOC4School direka khas bagi menyesuaikan keperluan sekolah serta menepati peraturan pengendalian bahan kimia yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Malaysia seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). PCG turut mengatur program seumpamanya untuk pelanggan-pelanggan kami melalui program Product Stewardship bagi menghindari penyalahgunaan bahan kimia.”
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan menghasilkan ciptaan kreatif daripada plastik untuk kegunaan kehidupan harian. Selain itu, ceramah mengenai penggunaan plastik oleh Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) turut diatur bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengunaan plastik secara berhemah serta kaedah kitar semula, pengunaan semula dan pengurangan pembuangan sisa plastik.
 
“Usaha kami melalui SHOC4School telah mendapat perhatian serta anugerah platinum daripada Majlis Industri Kimia Malaysia tahun lalu. PETRONAS Chemicals LDPE turut merangkul Anugerah Emas untuk kategori yang sama bagi dua tahun berturut-turut sebelum itu. Penghargaan ini menjadi dorongan buat kami untuk terus berusaha mendidik masyarakat setempat untuk menjadi pengguna bahan kimia yang bijak dan selamat,” ujar Ketua Loji PETRONAS Chemicals LDPE, Alias Mamat, ketika ditemui pada program tersebut.
 
SHOC4School telah meliputi hampir kesemua daerah di Terengganu termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu dan disertai lebih kurang 300 guru, pembantu makmal dan pelajar.
 
PETRONAS Chemicals Group Berhad
 
PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terulung di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Kami merupakan pengendali loji bersepadu bertaraf dunia daripada pengeluaran bahan mentah sehingga kepada produk hiliran. Dengan jumlah kapasiti melebihi 12 juta tan metrik setahun (mtpa), aktiviti perniagaan kami melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjualan beraneka produk bahan kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol serta produk bahan kimia dan derivatif asas. Disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad dengan pengalaman selama tiga dekad di dalam industri petrokimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.
 
PCG adalah antara 10 syarikat daripada 200 syarikat terbesar mengikut permodalan pasaran, yang tersenarai dalam Indeks FTSE4 Good Bursa Malaysia (F4GBM). Kami terus komited untuk memastikan amalan perniagaan kami adalah selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG).
 
Maklumat lanjut boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my
 
Sumber : PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nur Akmal Ahmad
Hubungan Media dan Editorial
Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran 
Tel: +(603) 2331 5000, +(603) 2392 7356
Faks: +(603) 2331 3008, M: + (6) 016 220 4056
Emel: nurakmal.ahmad @petronas.com.my


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.