PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 20, 2018 -Sabtu

 
  FESTIVAL BUSAN ONE ASIA 2018, SATU PERISTIWA PENTING BAGI PESTA HALLYU, AKAN DIBUKA PADA 20 OKT BERTEMU BINTANG-BINTANG UTAMA K-POP DI BUSAN

Thursday 11/10/2018



BUSAN, Korea Selatan, Okt 11 (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Festival Hallyu yang terbesar di Asia akan diadakan di Busan dari 20 hingga 28 Oktober.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20181011005291/en/
 
Dianjurkan oleh BANDAR RAYA METROPOLITAN BUSAN, Festival Busan One Asia 2018 (BOF) akan menampilkan K-pop dan pelbagai aspek lain daripada Wave Korea (Hallyu).

Konsert Pembukaan BOF itu akan bermula pada 20 Okt dengan satu barisan bintang K-pop yang termasuk EXO, Wanna One, SEVENTEEN, NCT 127, Celeb Five, Mamamoo, EXID, GFriend, The Boyz, A.C.E. dan (G)I-dle.

Festival selama sembilan hari itu akan berakhir dengan Konsert Penutupan BOF pada 28 Okt dengan persembahan oleh Red Velvet, NCT Dream, Favorite, Dynamic Duo, Rhythm Power, Teen Top, Astro, April, KARD, Mighty Mouth dan Spectrum.

Di samping itu, BOF akan menawarkan konsert percuma kepada orang ramai. 'Konsert Taman BOF,' sebuah konsert berkelah, akan dibuka di Busan Citizens Park dari pukul 6 petang pada 21 Okt. Bawa bekalan berkelah anda sendiri, berehat dan menikmati malam yang dipenuhi dengan muzik secara langsung dari K.will, Chung Ha, NU'EST W, Favorite dan Cherry On Top. 'BOF On-stage', sebuah konsert di Jalan Gunam-ro, Haeundae di Busan dari 25 hingga 27 Okt, akan menampilkan pelbagai genre muzik dari NoBrain, Crying Nut, Zion.T, Paul Kim dan Nilo. 'SNAP,' sebuah pertunjukan magik tanpa lisan, akan diadakan di Pusat Pawagam Busan dari 23 hingga 26 Okt.

Pelbagai program K-budaya mengenai K-kecantikan, K-kesenian dan K-fesyen serta K-pop akan dijalankan di kawasan Gunam-ro sepanjang BOF2018 itu.

Di 'BOF Land,' anda boleh menyertai rancangan temu bual empat orang artis Kim Chung-jae, yang bertanggungjawab mengarahkan reka bentuk festival B.I dan poster, artis webtoon Gian84 dan Joo Ho-min, dan artis jalanan Kim Se-dong. The land adalah juga merupakan satu perbualan latihan fesyen dengan pereka fesyen selebriti Han Hye-yeon dan satu pentas pameran oleh seorang artis baharu.

"BOF2018 adalah sebuah festival untuk menikmati segala-galanya mengenai Hallyu. Oleh itu, kami memperkukuhkan program kebudayaan di mana pelawat boleh mengalami bukan sahaja K-pop tetapi juga aspek lain berhubung K-budaya seperti kesenian, kecantikan dan fesyen. Kami berharap festival ini akan menjadi pesta yang terbaik di Asia agar setiap pengembara ke Busan ingin menikmatinya bersama-sama warga tempatan," kata Kumpulan Projek BOF.

Untuk maklumat lanjut mengenai BOF2018, sila layari laman web mereka  (www.bof.or.kr) atau Facebook (www.facebook.com/BusanOneAsiaFestival).


Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181011005291/en/ 

Hubungi

Bagi pihak Festival Busan One Asia
NPR Comm
LEE KYUNG EUN, +82-10-2325-6113
kelee@nprcom.co.kr

Sumber : Busan One Asia Festival

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.