ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PROJECT44 DAN GATEHOUSE LOGISTICS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN EKSKLUSIF

Wednesday 17/10/2018



Kerjasama Multinasional Menyampaikan Ketampakan Pengangkutan Merentasi Eropah dan Amerika Utara


CHICAGO & NØRRESUNDBY, Denmark, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- project44 (p44) dan Gatehouse Logistics bersama-sama mengumumkan hari ini bahawa mereka telah memeterai satu perjanjian multinasional dan eksklusif yang akan menyediakan akses yang dijamin selamat dan dibenarkan kepada rangkaian ketampakan terbesar merentasi Amerika Utara dan Eropah. Kesudahannya, mempercepatkan kemampuan bagi kedua-dua penyedia teknologi untuk menyampaikan penyelesaian ketampakan merentasi pelbagai mod pengangkutan dan geografi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181017005211/en/

Ketampakan rantaian bekalan hujung ke hujung sangat penting bagi organisasi global yang kompleks yang ingin memantau operasi global, meningkatkan kecekapan dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan. Perkongsian multinasional ini yang pertama seumpamanya menyediakan ketampakan ke dalam proses pengangkutan utama, sekali gus memastikan organisasi global dapat melihat dengan tepat dan bertindak balas secara aktif terhadap semua peristiwa di dalam rantaian bekalan mereka pada "kelajuan fikiran."

Ketua Pegawai Eksekutif Gatehouse Logistics Jesper Bennike mengulas bahawa, "project44 dan Gatehouse Logistics telah memperjuangkan kepentingan berhubung data kesetiaan tinggi selama bertahun-tahun. Kerjasama ini sejajar dengan janji teras kedua-dua buah syarikat untuk menyampaikan enjin ketampakan global yang paling komprehensif yang dikuasakan hanya oleh maklumat yang selamat, berkualiti tinggi dan tepat masa."

Sejak tahun 1992, Gatehouse Logistics telah menerajui cara di dalam perkongsian data dengan selamat merentasi rantaian bekalan itu, dengan membawa ketampakan logistik di dalam dan ke luar yang amat diperlukan. ghTrack adalah sebuah perkhidmatan perkongsian data perkakasan agnostik yang mematuhi GDPR, neutral yang membolehkan Gatehouse Logistics untuk membina rangkaian terbesar sistem telematik merentasi Eropah. Begitu juga, project44 telah dengan cepat menjadi peneraju di dalam ketampakan termaju Amerika Utara dengan membina rangkaian penyedia kapasiti yang terbesar dan paling inklusif yang disambungkan melalui ELD, telematik, sambungan API secara langsung, pengesanan tanpa aplikasi atau aplikasi telefon pintar.

Dengan kerjasama ini, pelanggan project44 dan Gatehouse Logistics kini mempunyai akses segera dan boleh dilakukan ke satu rangkaian yang terdiri daripada 175,000 pembawa multimodal - yang terdiri daripada 90,000 pembekal kapasiti di Amerika Utara dan 85,000 di Eropah. Proses pelaksanaan telah juga dipercepatkan untuk memastikan penyatuan yang pantas dan tak bergesek bagi semua pelanggan dan masa yang pantas untuk nilai.

"Ketampakan adalah inisiatif rantaian bekalan nombor satu. Kami telah melihat jumlah syarikat yang paling tinggi dari Amerika Utara dan Eropah yang melabur di dalam platform ketampakan tepat masa untuk digunakan sama ada secara kendiri atau dengan sebuah TMS, CRM, WMS atau ERP," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif project44 Jett McCandless. "Perkongsian ini mempercepatkan kelajuan di mana pengeluar, peruncit, penyedia e-dagang, pengedar, pengangkut barang, dan 3PL boleh dengan jayanya merealisasikan manfaat daripada ketampakan hujung ke hujung dengan bekerja bersama satu penyedia ketampakan tunggal bagi semua penghantaran tanpa mengira lokasi geografi."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian eksklusif ini atau menjadualkan sebuah demonstrasi, sila layari https://get.project44.com/ghl-partnership/ . Pemimpin-pemimpin eksekutif dari project44 dan Gatehouse Logistics akan menghadiri Persidangan Rantaian Bekalan Antarabangsa ke-35 di Berlin (17-19 Oktober, 2018) yang dihoskan oleh BVL. Editor-editor yang menghadiri Persidangan BVL dijemput ke satu majlis resepsi di Gartenlounge II pada 14:00 pada 17 Oktober untuk satu taklimat eksklusif.

Maklumat mengenai project44:

project44 adalah platform ketampakan termaju yang terkemuka di dunia untuk pengangkut dan syarikat logistik pihak ketiga. project44 menghubung, mengautomasi dan menyediakan ketampakan ke dalam proses pengangkutan utama untuk mempercepatkan pemahaman dan memendekkan masa yang diperlukan bagi mengubah wawasan tersebut ke dalam bentuk tindakan. Dengan menggunakan kuasa platform project44 yang berasaskan awan, organisasi dapat meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos, meningkatkan prestasi perkapalan, dan menyampaikan suatu pengalaman yang luar biasa seakan Amazon kepada pelanggan mereka. Dihubungkan ke lebih 175,000 pembawa di seluruh dunia dan mempunyai liputan yang komprehensif bagi semua peranti ELD dan telematik di pasaran, projek44 menyokong kesemua mod pengangkutan dan jenis perkapalan, termasuk Bungkusan, Peringkat Terakhir dalam sesuatu Proses, Kurang daripada Muatan Trak, Volum Kurang daripada Muatan Trak, Muatan Trak, Rel, Intermodal, dan Lautan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.project44.com.

Maklumat mengenai GateHouse Logistics A/S:

GateHouse Logistics adalah pemilik jenama bagi ghTrack, satu perkhidmatan perkongsian data berasaskan awan yang sepenuhnya neutral dan bebas yang menerajui cara data kritikal perniagaan dikongsi dengan selamat merentasi ke seluruh rantaian bekalan. Ia juga merupakan asas yang paling sesuai untuk industri pintar yang baru muncul termasuk pembangunan IoT. ghTrack membawa ketampakan yang tepat masa hujung ke hujung yang sudah lama dinanti-nantikan kepada kesemua pemegang kepentingan di dalam rantaian bekalan. Ia mengagregatkan kedudukan dan data sensor dari semua mod pengangkutan dan menyampaikan mereka sebagai satu aliran data bersatu dan logik untuk integrasi mudah ke dalam mana-mana sistem perniagaan. ghTrack adalah perkhidmatan perkongsian data yang paling meluas digunakan di Eropah, selamat dan mematuhi GDPR. Sila layari www.ghTrack.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181017005211/en/

Hubungi

Hubungan Media Amerika Utara:
project44
Ally Lynch, Naib Presiden Pemasaran
Telefon: 1-312-300-4899
E-mel: ally@project44.com
atau
Hubungan Media Eropah:
GateHouse Logistics
Mette Lilkær, Pengurus Jualan & Pemasaran Strategik
Talian darat: + 45 7020 1909. Telefon bimbit + 45 2920 2383
E-mel: mdl@gatehouse.dk

Sumber : project44

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.