ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​PROJEK PELABURAN €1.6 BILION MEREALISASIKAN VISI KILANG BESAR BATERI LITHIUM WERKS

Thursday 18/10/2018



THE HAGUE, Netherlands, 18 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com), syarikat simpanan tenaga dan bateri bersama Perbadanan Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi China telah menandatangani perjanjian awal untuk membina kilang bateri sebesar 60 hektar di Delta sungai Yangtze. Keseluruhan pelaburan yang diperlukan dianggarkan sebanyak €1.6 bilion.

Kilang Lithium Werks dan kemudahan berkaitan akan menghasilkan sel bateri untuk bateri ion litium yang bakal memudahkan peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga bersih untuk mengurangkan pengeluaran CO2.

Lithium Werks menjangka akan mencapai kapasiti pengeluaran 500 jam gigawatt setahun menjelang 2030 untuk menyumbang ke arah dunia neutral karbon.

“Kami akan terus berkembang secara organik dan menerusi pemerolehan, di samping itu dengan bantuan rakan kongsi, kami akan memberikan produk simpanan tenaga mengikut permintaan yang semakin meningkat pada masa dunia beralih ke tenaga bersih,” kata Koolen.

“Kita memerlukan simpanan tenaga yang mapan, bersih, boleh diharap dan selamat. Bateri adalah elemen penting dalam proses peralihan tenaga. Bateri membolehkan kita menyimpan tenaga angin dan suria supaya boleh digunakan pada bila-bila masa ,” kata Kees Koolen, pengerusi lembaga Lithium Werks.

Perjanjian itu yang ditandatangani oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menandakan permulaan rancangan Lithium Werks untuk membina kilang-kilang besar di seluruh dunia yang merupakan sebahagian daripada program 15-20 tahun, serupa dengan model perniagaan jangka panjang industri angin dan suria.

Lithium Werks akan mengembangkan pasaran simpanan tenaga dengan pesat dan hasilnya dijangka akan melebihi $1 bilion pada 2020.

Pada dekad seterusnya sahaja, kami menjangkakan permintaan untuk bateri akan bertambah sebanyak sepuluh kali ganda.* Industri bateri perlu bersedia dengan membina kilang untuk memberikan kapasiti melebihi 10,000 jam gigawatt dalam tiga dekad seterusnya.

“Kami bersyukur dan gembira untuk bekerja dengan rakan kongsi kami, pihak yang pertama menyokong strategi kami untuk membina kilang di China. Pelaksanaan yang pantas amat ditekankan, hal ini ditunjukkan melalui permit bangunan dan proses undang-undang lain di China yang disiapkan dalam 100 hari. Negara-negara dan rakan kongsi lain dijemput untuk menyertai supaya pembinaan di lokasi lain boleh dipercepatkan. Kami bekerja rapat dengan pelanggan demi memenuhi keperluan simpanan tenaga khusus mereka, dan kami teruja untuk menjalin hubungan perniagaan baharu.” kata Koolen.

Lithium Werks komited untuk memberikan simpanan tenaga yang mampu menyediakan elektrik janaan tenaga boleh baharu pada bila-bila masa pelanggan memerlukannya, lantas melancarkan peralihan global daripada bahan api fosil kepada tenaga bersih.

Lithium Werks bekerja dengan organisasi pembangunan serantau, Oost NL yang telah melabur dalam syarikat tersebut, dan University of Twente yang sedang membina kampus penyelidikan. Ia dijangka akan mempunyai kira-kira 2,000 orang jurutera dan pakar lain yang mengkhusus dalam simpanan tenaga, pengangkutan dan perisian pintar menjelang 2025.

"Pelaburan yang besar diperlukan untuk peralihan tenaga sebenar. Kerajaan negara China telah mengorak langkah ke arah tenaga bersih. Komitmen mereka menunjukkan bahawa bateri memainkan peranan penting dalam hal ini,” kata Victor van der Chijs, rektor University of Twente.

“Lithium Werks, berserta University of Twente sebagai rakan kongsi penyelidik, ialah syarikat yang penting dengan visi yang jelas untuk dunia mapan. University of Twente telah melabur dalam penyelidikan tenaga lestari sejak bertahun-tahun, termasuk kajian bahan baharu yang mampu mencetuskan inovasi dalam teknologi bateri,” katanya.

Marius Prins, CEO Oost NL berkata: "Perkembangan ini menunjukkan bahawa Lithium Werks mampu menjadi syarikat yang memberi sumbangan kepada cara kita menguruskan tenaga dan storan tenaga di seluruh dunia. Sebagai syarikat pembangunan, kami ialah antara yang pertama melabur dengan Lithium Werks. Kami yakin bahawa penyelidikan tenaga dan aktiviti R&D Lithium Werks akan mengukuhkan lagi ekonomi Netherland Timur.”

*)  Capgemini Research Institute, 2018

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks ialah syarikat bateri ion litium yang pesat berkembang dengan kemudahan pengilangan di Netherlands dan China dan pejabat di AS, Netherlands, Ireland Utara, Great Britain dan Norway. Lihtium menyediakan sel, modul dan sistem pengurusan tenaga untuk pasaran seperti industri, pengangkutan, marin dan tenaga bersih.

Hubungan Media:
https://lithiumwerks.com/media-relations/
LWmarketing@LithiumWerks.com
Marloes Eshuis +31 (0)611331598,
Jorn Madslien +44 (0) 20 3151 7540

Hubungan pelabur:
Investor.Relations@LithiumWerks.com
Bart Morselt +31 (0)74 8200010

Sumber : Lithium Werks

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.