ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  NADIA MURAD AKAN BERUCAP PADA PERSIDANGAN SHARJAH YANG BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN PELUANG-PELUANG BAGI BELIA MENA

Thursday 18/10/2018



Persidangan 'Melabur di dalam Masa Hadapan' menawarkan satu platform antarabangsa kepada suara-suara muda di wilayah itu

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di saat-saat menjelang satu daripada persidangan utama di wilayah MENA yang dikhususkan untuk menangani cabaran-cabaran pembangunan dan isu-isu kemanusiaan, edisi ketiga bagi Persidangan 'Melabur di dalam Masa Hadapan' (IIFMENA) yang dijadualkan pada 24 dan 25 Oktober di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu, akan menyaksikan penyertaan aktivis hak asasi Manusia dari Iraq dan pemenang hadiah keamanan Nobel 2018, Nadia Murad.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181017005371/en/

Dengan rakan-rakan utama UNHCR, UNICEF, UNDP dan NAMA-PBB Wanita, IIFMENA 2018 akan menonjolkan perhatian kepada cara kerajaan, masyarakat madani, organisasi antarabangsa, akademik, sektor swasta dapat bekerjasama untuk melibatkan kalangan belia di wilayah itu agar lebih berkesan di dalam proses perundingan, membuat dasar dan keputusan, agar membolehkan satu pendekatan yang lebih inklusif dan bersifat penyertaan di dalam menangani cabaran dan menawarkan penyelesaian yang praktikal dan berskala.

Ini adalah kali pertama sejak aktivis hak asasi manusia Iraq berusia 25 tahun itu menerima Hadiah Keamanan Nobel 2018 bahawa beliau akan membuat satu penampilan umum rasmi di Sharjah, UAE, di IIFMENA 2018 yang diadakan di bawah tema 'Belia – Cabaran Krisis dan Peluang-peluang Pembangunan', dan dianjurkan oleh organisasi kemanusiaan global yang berpangkalan di UAE, The Big Heart Foundation (TBHF).

Penulis muda bagi buku yang bertajuk The Last Girl: My Story of Captivity, and My Fight Against the Islamic State, berkata: "Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada satu inisiatif yang berusaha untuk menangani penderitaan golongan belia di wilayah MENA dan untuk membawa bersama pemimpin-pemimpin dan pakar-pakar global bagi memerangi krisis belia di sini. Saya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan peluang bagi menggunakan pentas global ini bagi berhubungan dengan berjuta-juta orang muda, yang sama seperti saya, yang menjadi mangsa peperangan, keganasan dan kekejaman dan memberi mereka harapan kepada satu masa depan yang lebih baik dengan berkongsi cerita saya dengan mereka. Jika saya boleh melakukannya, begitu juga mereka."

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://iifmena.org/

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181017005371/en/

Hubungi

National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk, +971 52 617 2111

Sumber : Sharjah
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.