ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LONDON MEMANTAPKAN KEDUDUKAN DI HADAPAN, NEW YORK MELONJAK PANTAS DAN TOKYO MENGEKALKAN TEMPAT KETIGA DALAM KEDUDUKAN GLOBAL

Thursday 18/10/2018



Laporan GPCI 2018 Yayasan Peringatan Mori menempatkan 44 bandar raya yang paling menarik di dunia

TOKYO, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia, mengikut susunan itu, di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2018 yang diterbitkan hari ini oleh Institut Yayasan Peringatan Mori bagi Strategi Bandar, sebuah badan penyelidikan yang diwujudkan oleh  Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo. Laporan tahunan GPCI itu telah menempatkan 44 bandar raya utama dari segi "daya tarikan," atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia, sejak tahun 2008. Bandar raya itu dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori: Ekonomi, R&D, Interaksi Budaya, Sesuai untuk Didiami, Persekitaran dan Mudah untuk Diakses.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181017005307/en/


London berdiri sendiri, New York melonjak dengan pantas, Tokyo mewujudkan pemisahan dan Paris pulih
Empat bandar raya teratas kekal tidak berubah dari tahun lepas, dengan London, New York, Tokyo dan Paris mengekalkan kedudukan satu hingga empat mereka masing-masing. London terus melonjak ke hadapan dan turut meningkatkan markah mereka dengan terus memanfaatkan momentum yang tidak berkurangan daripada Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2012. Bandar raya itu menaik-taraf kategori paling lemah mereka yang terdahulu, Sesuai untuk Didiami, dan terus menunjukkan kekuatan yang luar biasa di dalam Interaksi Budaya. Walaupun ketidakpastian wujud berhubung keputusan United Kingdom untuk keluar dari Kesatuan Eropah, kekuatan yang seimbang merentasi beberapa kategori telah memberikan London potensi untuk mengubah cabaran kepada peluang, sekali gus memperluaskan kedudukannya di hadapan dan meneruskan ke hadapan sebagai bandar raya pada kedudukan paling atas.
 
Dengan krisis kewangan global akhirnya telah reda, New York menandakan kenaikan markah satu tahun mereka yang paling tinggi sejak ranking GPCI dimulakan, apabila ia meraih manfaat daripada penilaian yang kukuh dalam Persekitaran Permulaan dan Kepelbagaian dalam Pilihan Tempat Kerja. New York juga mengekalkan kedudukan mereka di tempat teratas di dalam kedua-dua bidang Penyelidikan & Pembangunan, dan Ekonomi berikutan keputusan yang lebih baik dalam Kadar Cukai Korporat. Potensi impak negatif terhadap pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat disebabkan oleh geseran perdagangan boleh mempengaruhi kedudukan masa depan New York, dan Persekitaran dan Sesuai untuk Didiami kekal sebagai kelemahan yang ketara. Tokyo, yang berada dalam 10 tempat teratas dalam semua kategori kecuali Persekitaran, telah berjaya memasuki kedudukan 10 teratas dalam kategori Sesuai untuk Didiami dengan Jumlah Jam Bekerja yang lebih baik. Tokyo telah meningkatkan skor mereka pada setiap tahun sejak tahun 2015, tetapi agak rendah di dalam Komitmen terhadap Tindakan Iklim dan merosot dari tempat ke-12 kepada tempat ke-29 di dalam Persekitaran. Seperti London pada tahun 2012, Tokyo berharap untuk membina di atas markah mereka sebelum dan selepas menganjurkan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik pada tahun 2020. Paris, selepas merosot ke tempat keempat berikutan beberapa serangan pengganas pada tahun 2015, telah pulih untuk meningkatkan markah keseluruhan mereka, termasuk dalam Bilangan Pelawat Asing. Dengan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024 di Paris kini rasmi, Paris besar kemungkinan akan bersaing dengan Tokyo untuk pertumbuhan yang berkaitan dengan Sukan.

Sorotan Lain (Bandar raya dari tempat ke-5)
Singapura (#5), secara tradisinya mantap dalam Kebebasan Ekonomi, Kadar Cukai Korporat, dan Persidangan Antarabangsa, kini menduduki di tempat pertama di seluruh dunia dalam Kepuasan Kehidupan Pekerja dan pertama di Asia untuk Persekitaran Permulaannya. Penambahbaikan dalam Jumlah Pelawat Asing dan markah tinggi dalam Bilangan Penduduk Asing telah meletakkan Singapura sebagai hab perniagaan antarabangsa yang terkemuka di Asia.
 
Amsterdam (#6) terus disenaraikan secara positif sebagai sebuah bandar raya yang menyokong, bersiap siaga dari segi teknologi untuk perniagaan. Bandar raya itu adalah yang pertama dalam Kesediaan ICT dan kelapan dalam Persekitaran Permulaan, dan telah dinilai sebagai menawarkan kualiti hidup yang tinggi, termasuk kedudukan kedua dalam Kepuasan Kehidupan Pekerja hanya di belakang Singapura. Amsterdam, bersama-sama dengan jiran berdekatan Frankfurt (#15), juga mendapat ranking yang tinggi dalam Mudah untuk Diakses (keseluruhan ke-6).
 
Seoul (#7) sekali lagi mendapat markah yang tinggi di dalam Penyelidikan dan Pembangunan, ketiga dalam Bilangan Penyelidik, kelima dalam Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan, dan kedua dalam Jumlah Paten. Dalam kategori Persekitaran, ia mendahului semua bandar raya Asia di dalam Komitmen terhadap Tindakan Iklim (keseluruhan ke-14) dan Kadar Kitar Semula Sisa (keseluruhan di tempat pertama).
 
Berlin (#8) mencapai kedudukan teratas dalam Sesuai untuk Didiami dan keseluruhan keenam dalam Interaksi Budaya di atas peluang mereka yang banyak dalam kategori ini. Berlin memiliki kekuatan dalam Persekitaran, dengan mendahului Eropah (keseluruhan keempat) dalam Kadar Kitar Semula Sisa dan pertama di kalangan 10 teratas (keseluruhan kelima) dalam Liputan Hijau.
 
Hong Kong (#9) adalah kelima keseluruhan dalam kategori Ekonomi. Dasar-dasar yang mesra perniagaan meletakkan bandar raya itu di tempat pertama di dalam Kebebasan Ekonomi dan kedua dalam Kadar Cukai Korporat. Berikutan pelabuhan mereka yang berfungsi dengan baik, Hong Kong berada di tempat pertama dalam Aliran Pengangkutan Antarabangsa. Ia juga di tempat pertama di Asia (keseluruhan ketiga) dalam Universiti Terunggul di Dunia.
 
Sydney (#10) mencatatkan tempat kelima dalam Kebebasan Ekonomi dan ketujuh dalam Kepelbagaian Pilihan Tempat Kerja. Ia juga cemerlang dalam Persekitaran, menduduki tempat pertama di kalangan 10 teratas dalam GPCI. Kualiti udara mereka yang sangat baik telah dinilai di tempat pertama dalam Ketumpatan SO2 dan NO2 dan keempat dalam Ketumpatan SPM. Sydney juga berada di tempat keenam dalam Komitmen terhadap Tindakan Iklim.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181017005307/en/


Hubungi
Untuk maklumat lanjut:
Yayasan Peringatan Mori
Institut untuk Strategi Bandar
Peter Dustan, +81-3-6406-6800
Faks: +81-3-3578-7051
info@mori-m-foundation.or.jp
http://mori-m-foundation.or.jp/english/ius2/gpci2/
atau
Hubungan untuk Media Antarabangsa
Weber Shandwick
Reina Matsushita / Kaya Tanabe,
Tel: +81-(0)80-2375-0295 / +81(0)90-7726-7027
E-mel: moribldg@webershandwick.com

Sumber : Yayasan Peringatan Mori

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.