ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  'KUASA SOLEKAN' -- SHISEIDO MELANCARKAN GENRE BAHARU DI DALAM FILEM: HIBURAN SOLEKAN

Monday 29/10/2018



AsiaNet 75904

TOKYO, 26 Okt., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

SHISEIDO mempersembahkan "The Party Bus", sebuah filem dalam talian yang memperluaskan sempadan imaginasi untuk menarik minat penerokaan baharu ke dalam kecantikan dan ekspresi diri melalui 'Kuasa Solekan'. Apabila teknologi bertemu dengan kreativiti di dalam medium filem, suatu pengalaman visual yang serba baharu dikonsepsikan, meningkatkan sesuatu yang biasa kepada suatu genre yang baharu: Hiburan Solekan.

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201810249502?p=images)
 
Filem Itu
"The Party Bus" adalah filem kedua dan terkini daripada filem asal SHISEIDO yang berasaskan web – sebuah susulan kepada pemenang anugerah "High School Girl?" yang mana telah memperoleh lebih daripada 10 juta tontonan YouTube sejak ia dikeluarkan pada tahun 2015. Dengan menampilkan makhluk mitos di dalam sebuah kisah yang sangat bertenaga mengenai keberanian peribadi dan pendedahan, "The Party Bus" dicipta daripada imaginasi Pengarah Show Yanagisawa yang diiktiraf secara kritis untuk meraikan keindahan individu dan memperjuangkan ekspresi diri sebenar dalam bentuk yang paling tulen. Dengan mempamerkan teknologi animasi 3D ultra-tepat Jepun, filem itu merakamkan kesegaran sebuah dunia fantasi dalam satu cara yang sangat mendalam.

Jalan Cerita
"The Party Bus" berkisar kepada tiga protagonis, Puteri Kaguya, kekasihnya Dracula dan Samurai Zombie yang penuh misteri. Filem itu bermula dengan Puteri itu, air mukanya menggambarkan suatu pergelutan dalaman, dan mendedahkan perasaan beliau terhadap kedua-dua Dracula dan Samurai Zombie. Air mata konflik telah bergabung dengan warna-warna solekannya untuk memberikan kehidupan kepada animasi magik dengan kuasa transformatif. Ketika satu interaksi aktiviti yang mempesonakan berlaku terhadap ciri-ciri beliau, beliau sedar mengenai perasaannya yang sebenar dan berlari ke dalam pelukan Samurai Zombie.  Satu pandangan penghargaan. Sebuah ciuman.

Barisan Pelakon
"The Party Bus" menampilkan bakat baharu, termasuk Elena An yang beraksi sebagai Puteri Kaguya. Berasal daripada keturunan Rusia-Korea, Elena An sangat terkenal kerana bakatnya sebagai seorang model dan kemahiran berlakon yang sedang muncul. Rina Fukushi, bekas pemenang Wanita Terbaik untuk Tahun berkenaan Vogue Jepun, beraksi sebagai Samurai Zombie, manakala penari, model dan koreografer ENDo memainkan peranan sebagai Dracula.

Di tengah-tengah "The Party Bus" adalah satu rayuan untuk 'Membuat Kisah Anda Sendiri' dengan menonjolkan kecantikan individu. Dengan memanfaatkan 'Kuasa Solekan,' heroin menemui satu ekspresi peribadi yang unik yang memperkasakannya dengan keberanian untuk mencartakan laluannya sendiri dan mengikuti keinginannya yang sebenar.

"The Party Bus"
-YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=J3DDjKMWkTw
-Laman Web: https://www.shiseido.co.jp/gb/thepartybus/
 
Pembuatan "The Party Bus"
 -YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=tLxEVVLcbAQ
 
Maklumat mengenai Jenama SHISEIDO
SHISEIDO telah ditubuhkan pada tahun 1872 sebagai sebuah inovator sejati -- farmasi ala Barat yang pertama di Jepun. Hari ini, jenama itu masih begitu berinovatif seperti ia berada di peringkat awal, sentiasa berusaha memperluaskan sempadan kecantikan -- sekarang di skala global. Dengan menggabungkan ilmu sains dan estetika Jepun, SHISEIDO telah menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai jenama kosmetik yang utama dengan berakar umbi di Jepun. Dijual di 88 buah negara dan wilayah, penawaran penjagaan kulit, solekan dan wangi-wangian global jenama itu termasuk penjagaan kulit berprestasi tinggi, satu barisan penjagaan dari sinar matahari, dan satu barisan produk untuk lelaki.
 
Sumber: SHISEIDO Co., Ltd.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.