ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  "FESTIVAL FILEM ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU 2018" DIJADUALKAN DARI 2 NOVEMBER (JUMAAT) HINGGA 5 NOVEMBER (ISNIN)

Thursday 01/11/2018



AsiaNet 76003
 
SAPPORO, Jepun, 30 Okt., 2018 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

"Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu 2018" akan diadakan dari 2 November (Jumaat) hingga 5 November (Isnin). Festival ini, yang diadakan di dalam sebuah bangunan terminal di lapangan terbang itu, menandakan ulang tahunnya kelima. Ia adalah sebuah festival bertaraf antarabangsa untuk menggalakkan pertukaran dengan artis-artis domestik dan antarabangsa dan peminat di dalam bidang animasi, yang merupakan sebuah budaya di seluruh dunia, terutamanya yang diadakan di sebuah teater filem di tingkat 4 di terminal domestik.
 
(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201810299695-O3-4VDuNmBc)
 
 
(Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102801/201810299695/_prw_PI1lg_9LGiWck2.jpg)
 
 
Program-program pertandingan merupakan tunggak bagi festival itu. Dalam pertandingan kerja pendek, 76 filem telah dipilih daripada 2,043 karya yang dikemukakan dari 86 buah negara dan wilayah di seluruh dunia manakala 5 filem akan ditayangkan di dalam pertandingan cereka, yang merupakan baharu diwujudkan pada tahun ini.
 
(Foto:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102801/201810299695/_prw_PI2lg_4r24Nyjw.jpg)
 
 
Festival itu juga mempunyai program-program khas. Filem cereka "Liz and the Blue Bird," yang dihasilkan oleh kakitangan bagi filem "A Silent Voice," akan ditayangkan dengan peralatan bunyi yang mantap yang digunakan pada asalnya untuk persembahan muzik secara langsung. Pengarah Naoko Yamada akan melawat festival itu untuk memberikan ucapan di pentas. Wilayah Hokkaido juga akan mengalu-alukan "Homecomings & Naoya Sanuki," sebuah kumpulan yang berpusat di Kyoto yang akan menyampaikan "New Neighbors," satu acara kolaborasi di antara muzik dan filem, buat kali pertamanya. Penayangan "Isle of Dogs" akan disertai oleh satu persembahan akustik secara langsung oleh Homecomings. Di samping itu, festival itu akan menunjukkan pelbagai program lain, termasuk penayangan Bakuon (bunyi ledakan) bagi "5 Centimeters Per Second" oleh Makoto Shinkai, penayangan khas percuma bagi "Summer Camp Island" yang akan disiarkan pada tahun depan di Cartoon Network.
 
YouTube: https://youtu.be/AghD1Z_zwmY

 
Selain itu, di tingkat 2 di Center Plaza di terminal penerbangan domestik, acara-acara yang bayaran masuk adalah percuma seperti pengalaman "selepas rakaman" bagi suara pelakon-pelakon dan bengkel animasi akan diadakan. Sila semak pada laman web rasmi festival itu (http://airport-anifes.jp/en/) untuk maklumat lanjut.
 
SUMBER: Jawatankuasa Eksekutif Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu

--BERNAMA 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.