ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  INDEKS HARGA KOPI XINHUA-YUNNAN (PU'ER) DIPERKENALKAN SECARA RASMI DI BEIJING

Wednesday 07/11/2018



AsiaNet 76088

BEIJING, China, 7 Nov., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

 
Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) dari Agensi Berita Xinhua, kerajaan bagi Bandar raya Pu'er dan Bursa Kopi Antarabangsa Yunnan telah bersama-sama mengeluarkan Indeks Harga Kopi Xinhua-Yunnan (Pu'er) di Beijing pada 1 November.

Indeks itu bertujuan untuk meningkatkan pengaruh jenama itu serta ketampakan di peringkat antarabangsa bagi kopi yang dihasilkan di barat daya Wilayah Yunnan di China dan menyediakan rujukan bagi  pemantauan kerajaan, penanaman saintifik dan keputusan perdagangan.

Sistem indeks itu merangkumi Indeks Harga Komposit Xinhua-Yunnan (Pu'er) dan Indeks Harga Barangan Tunggal Xinhua-Yunnan (Pu'er). Ia mengambil sampel biji kopi mentah yang dihasilkan di lima kawasan pengeluaran utama kopi di Pu'er, Dehong, Baoshan, Lincang dan Xishuangbanna di Yunnan.

Sebagai pangkalan penanaman kopi yang terbesar di China, Yunnan memerlukan satu sistem indeks harga yang berwibawa, berpengaruh dan saksama untuk menggambarkan trend di dalam industri kopi, dan pengeluaran indeks harga kopi akan dengan teguh mempromosikan peluasan dan peningkatan rantaian industri kopi Yunnan serta pengurangan kemiskinan yang disasarkan melalui industri itu, kata Zhang Guohua, naib gabenor bagi Wilayah Yunnan.

Pengeluaran indeks itu sudah tentu akan memainkan satu peranan penting di dalam panduan harga dan pasaran, menggerakkan ke hadapan pembangunan industri kopi Yunnan, meningkatkan pendapatan bagi penanam kopi dan menggalakkan perkembangan pasaran kopi China secara teratur, kata Liu Zhengrong, naib presiden dan setiausaha agung bagi Agensi Berita Xinhua.

Data itu menunjukkan bahawa Indeks Harga Komposit Xinhua-Yunnan (Pu'er) telah menunjukkan satu trend yang menurun sejak tempoh asas (3 November, 2017). Indeks itu melaporkan 812.69 mata pada 12 Oktober, 2018, susut 3.59 mata berbanding dengan tempoh sebelumnya dan 187.31 mata atau 18.73 peratus dari 1,000 mata dalam tempoh asas itu.

Ia juga menunjukkan bahawa biji kopi yang berkualiti tinggi mempunyai ruang premium yang besar dan ketahanan yang kuat untuk susut dalam harga. Berbanding dengan tempoh asas itu, biji kopi halus sekunder menyaksikan kenaikan sedikit sebanyak 3.72 peratus pada 12 Oktober, manakala jenis lain pula menyaksikan penurunan lebih daripada 10 peratus, menunjukkan bahawa penanaman biji kopi yang berkualiti tinggi adalah arah bagi pembangunan industri masa hadapan.

CEIS adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya Agensi Berita Xinhua. Sebagai institusi profesional yang pertama di China yang mempelajari, mengeluarkan dan mengendalikan indeks komposit, Indeks Xinhua bagi CEIS telah komited untuk membina empat sistem produk: Indeks Harga Xinhua, Indeks Tema Xinhua, Indeks Penilaian Xinhua dan Indeks Kewangan Xinhua, dan melancarkan satu siri produk yang berpengaruh.
 
Sumber: CEIS
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=323569 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.