ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ACUVA UV LED: MODUL DISINFEKSI AIR YANG PADAT DAN JIMAT TENAGA UNTUK PENYEPADUAN ALAT OEM DI DUNIA

Thursday 08/11/2018



VANCOUVER, British Columbia, 8 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Acuva Technologies, peneraju global dalam teknologi disinfeksi air minuman UVC-LED telah melancarkan Strike, platform modul padat yang boleh disesuaikan untuk disepadukan dengan alat OEM. Teknologi disinfeksi UVC-LED Acuva yang dipatenkan secara global adalah sistem disinfeksi air tersedia yang konsisten, tepat dan sesuai. Rekaan modul keluli tahan karat Strike bebas merkuri, tidak memerlukan penyelenggaraan, menjimatkan dan amat sesuai digunakan.

Modul Strike Acuva direka untuk mencipta persekitaran terkawal yang mempunyai kelajuan air yang sepadan dengan sinaran UV untuk mengoptimumkan disinfeksi mikrob. Teknologi Acuva memaksimumkan kuasa UVC-LED tersedia menerusi lensa optik yang menghalakan alur kuasa UV kolimat ke arah air secara terus di samping menjimatkan tenaga dan melanjutkan hayat LED dengan pengaktifan dan penyahaktifan automatik.

Strike Acuva yang nipis dan padat membolehkannya digabungkan dengan pelbagai jenis alat air pengguna dan komersial yang sebelum ini tidak boleh dilakukan. Ini termasuklah penyejuk/pembahagi air, pancuran minum, pembahagi minuman, pembuat ais/kopi dan kelengkapan air makmal. Selain itu, rekaan modul Strike boleh dibesarkan dan disesuaikan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan kadar aliran OEM dan prestasi disinfeksi.

Sistem swadingin Acuva yang pintar dan menjimatkan tenaga direka supaya tidak memerlukan penyelenggaraan kerana ia tidak mengandungi bahagian bergerak, justeru membolehkannya digunakan secara berterusan tanpa gangguan. Tambahan lagi, teknologi Acuva yang dipatenkan dapat mengelakkan pemendapan mineral dan tidak memerlukan pembersihan dan penggantian yang kerap, tidak seperti lampu UV.

Acuva memberikan sokongan komprehensif di setiap peringkat penyepaduan produk termasuk proses penyepaduan alat, ujian dan sokongan pengguna akhir.

Teknologi Acuva yang bebas merkuri juga mematuhi Konvensyen Minamata, Program Alam Sekitar UN yang mewajibkan produk dan proses untuk orang awam bebas merkuri menjelang 2020. Prestasi disinfeksi Acuva yang baik, ditambah dengan penggunaan tenaga dan penyelenggaraan minimum menjadikannya tawaran yang hebat.  Pulangan pelaburan modul Strike Acuva sudah jelas. Untuk maklumat lanjut tentang produk Acuva termasuk modul Strike baharu, sila lawati www.acuvatech.com.

Pautan ke Imej Produk: http://bit.ly/AcuvaStrike

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan media atau mengatur wawancara, sila hubungi:
Acuva Technologies
media@acuvatech.com
Bebas Tol 1-800-980-8810

Untuk pertanyaan perniagaan dan pelaburan, sila hubungi:
Manoj Singh, CEO
msingh@acuvatech.com

Acuva Technologies ialah peneraju global dalam rekaan dan pengeluaran teknologi disinfeksi air minuman UV LED untuk penyepaduan alat OEM serta sistem lengkap untuk kegunaan rumah, persendirian, marin dan kenderaan rekreasi. Untuk maklumat lanjut, lawati www.acuvatech.com 

SUMBER : Acuva Technologies Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.