PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 14, 2018 -Rabu

 
  PILIHAN AJC MEMBAWA SEBUAH ANUGERAH EMAS KEPADA ASEAN PADA MAJLIS ANUGERAH GOOD DESIGN YANG BERPRESTIJ: BASIKAL BULUH BUATAN INDONESIA MENERIMA ANUGERAH EMAS GOOD DESIGN

Thursday 08/11/2018



TOKYO, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Basikal buluh Spedagi yang dihasilkan oleh CV Pirani Works, Indonesia, yang telah dipilih oleh Pusat ASEAN-Jepun (AJC: https: www.asean.or.jp/en) sebagai sebahagian daripada program mereka yang bertajuk "Anugerah Good Design: Pilihan Reka Bentuk ASEAN" mencapai satu pencapaian luar biasa untuk memenangi Anugerah Emas bagi Anugerah Good Design 2018, yang diumumkan pada upacara penyampaian anugerah itu yang diadakan di Tokyo pada 31 Oktober, 2018. Anugerah Good Design itu adalah satu daripada anugerah reka bentuk yang paling berpengaruh di dunia yang dikendalikan oleh Institut Jepun bagi Promosi Reka Bentuk (JDP), yang juga dikenali sebagai "G Mark", tiket kepada pengiktirafan dunia bagi produk reka bentuk yang berkualiti.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181107006035/en/ 


AJC, sebuah organisasi antara kerajaan bagi 10 Negara Anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Jepun yang berpusat di Tokyo, telah melancarkan program serantau dua tahun "Anugerah Good Design: Pilihan Reka Bentuk ASEAN" pada tahun fiskal 2017 untuk mempromosikan industri-industri kreatif Negara-negara Anggota ASEAN dengan kerjasama JDP. Objektif program itu adalah untuk berkongsi nilai-nilai "reka bentuk yang baik" sebagaimana yang diiktiraf oleh Anugerah Good Design dengan Negara-negara Anggota ASEAN, dan menggunakan reka bentuk itu sebagai sebuah peranti di dalam menyelesaikan sebahagian daripada isu-isu ekonomi dan sosial dan menyumbang kepada pembangunan lestari1. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan (MSME) bagi meningkatkan reka bentuk produk/perkhidmatan mereka untuk membangunkan cadangan perniagaan yang mewujudkan nilai-nilai baharu dan bagi mendapatkan pemahaman mengenai pasaran reka bentuk Jepun agar dapat meningkatkan kebolehpasaran produk/perkhidmatan mereka di Jepun.

Pada tahun fiskal 2017, Pusat itu menghantar ahli-ahli Jawatankuasa Penghakiman Anugerah Good Design ke kesemua 10 Negara Anggota ASEAN untuk mengadakan seminar dan bengkel bagi membuat pilihan awal bagi produk/perkhidmatan yang memenuhi set kriteria dan standard yang minimum untuk menjadi Reka Bentuk yang Baik. Pada tahun fiskal 2018, calon-calon ASEAN yang terpilih menjalani proses penyaringan terakhir untuk Pemilihan di Tokyo. Hasilnya, sebanyak 22 produk/perkhidmatan dianugerahkan dengan Anugerah Good Design daripada 261 calon dari 10 Negara Anggota ASEAN; dan basikal buluh Spedagi yang dihasilkan oleh CV Pirani Works, yang memenangi Anugerah Emas Good Design, adalah satu daripadanya.2  Sebanyak 22 produk/perkhidmatan juga dipaparkan pada pameran di dewan AJC.

Setelah menerima Anugerah Emas itu, Encik Singgih. S. Kartono, pereka basikal itu berkata bahawa beliau amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij itu; dan bahawa pertimbangan untuk masyarakat/kampung setempat beliau dan alam sekitar adalah merupakan motivasi utama bagi reka bentuk produknya, yang selaras dengan nilai-nilai "reka bentuk yang baik" oleh JDP, dan dianggap sangat ternilai. Melalui program ini, AJC menyokong MSME ASEAN di atas industri kreatif mereka dan memberi inspirasi kepada generasi sekarang dan seterusnya untuk mencapai matlamat pembangunan mapan melalui hasil reka bentuk.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk/perkhidmatan yang mencapai Anugerah Good Design: Pilihan Reka Bentuk ASEAN, sila layari laman web AJC di https://www.asean.or.jp/en/trade/introduce/creativeind2017_summary/ .

Pusat ASEAN-Jepun

Pusat ASEAN-Jepun adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981. Ia telah mempromosikan eksport dari ASEAN ke Jepun dan pada masa yang sama menggiatkan pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.
URL: https://www.asean.or.jp/en/

[1] AJC telah mengetengahkan konsep pembangunan lestari, yang menjadi asas kepada rangka kerja pembangunan global selepas menerima pakai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2015, untuk semua aktiviti mereka.
 
[2] Berikutan penyaringan 4,789 penyertaan, sebanyak 1,353 karya yang memenangi anugerah telah dipilih, termasuk 238 karya dari luar negara. Di antara karya yang memenangi anugerah itu, mereka yang menerima penilaian yang tinggi dari juri dipilih sebagai "100 Good Design Terbaik" dan dianggap sebagai reka bentuk model bagi masa hadapan. Anugerah Emas itu telah diberikan kepada 19 karya yang terbaik di kalangan 100 Good Design Terbaik.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181107006035/en/


Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Junko Nukiyama
TEL +81-3-5402-8118
FAKS +81-3-5402-8003
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Tingkat 1, Bangunan Shin Onarimon, 6-17-19 Shimbashi,
Minato-ku, Tokyo 105-0004 Jepun

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.