PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 14, 2018 -Rabu

 
  ANUGERAH SPIRIT OF ASIA OLEH PUSAT ASIA YAYASAN JEPUN PADA FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO KE-31 DIMENANGI OLEH HUANG HUANG BAGI FILEM BELIAU "WUSHU ORPHAN"

Friday 09/11/2018



AsiaNet 76166

TOKYO, 8 Nov., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Semasa Majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-31 pada 2 November, Pengarah Huang Huang telah memenangi Anugerah Spirit of Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun bagi filem beliau "Wushu Orphan". Anugerah itu diberikan kepada seorang pengarah yang berpotensi dalam bahagian Masa Hadapan TIFF Asia, yang dipilih kerana peluangnya untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa yang menjangkau sempadan kebudayaan dan kebangsaan. Menerima anugerah itu daripada Presiden Yayasan Jepun Hiroyasu Ando, ​​Huang mengucapkan terima kasih kepada juri dan mereka yang sering menonton filem TIFF dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan Cina, sambil menambah, "Saya mungkin pada suatu hari nanti akan menjadi sebahagian daripada 'masa silam Asia,' tetapi buat masa ini, terima kasih di atas anugerah Masa Hadapan Asia ini."

(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201811060052?p=images)
 
Anugerah Filem Masa Hadapan Asia Terbaik telah dimenangi oleh "A First Farewell," yang diarah oleh Lina Wang. Anugerah paling berprestij bagi festival itu, Grand Prix Tokyo, telah diberikan kepada Mikhael Hers untuk filem "Amanda."

Pusat Asia Yayasan Jepun dan TIFF kini berada pada tahun kelima bagi kerjasama mereka. Usaha ini bertujuan untuk memperdalam pemahaman bersama di Asia dengan mempamerkan filem-filem Asia di Jepun dan filem-filem Jepun di Asia, dan dengan membawa bakat Asia ke pentas dunia melalui TIFF.

Tayangan Perdana Sedunia bagi Siri Pelbagai Filem Asia: Asian Three-Fold Mirror
 
Tayangan perdana sedunia "Asian Three-Fold Mirror 2018: Journey," yang kedua di dalam satu siri pelbagai filem Asia, telah diadakan pada 26 Oktober. Projek pengeluaran bersama itu bertujuan untuk memperdalamkan interaksi di antara negara-negara berjiran di Asia, serta memperkayakan pemahaman budaya dan menerokai identiti dan cara hidup Asia.

Pada penayangan perdana itu, tiga pengarah muda, Degena Yun (China), Daishi Matsunaga (Jepun), dan Edwin (Indonesia) telah mempersembahkan filem mereka bersama-sama dengan barisan pelakon mereka: pelakon Indonesia yang popular Nicholas Saputra, seniwati China yang terkenal Jin Chen, pelakon wanita yang sedang meningkat naik Zhe Gong, pelakon Jepun yang kacak Hiroki Hasegawa, pelakon wanita dari Myanmar, Nandar Myat Aung yang membuat penampilan sulung dalam filem cereka, pelakon wanita Indonesia yang popular Agni Pratistha, dan pelakon senegara Oka Antara.

Pusat Asia Yayasan Jepun Menyampaikan CROSSCUT ASIA #05: Soundtrip ke Asia Tenggara

Pusat Asia Yayasan Jepun siri CROSSCUT ASIA mempamerkan filem-filem Asia yang memberi tumpuan kepada negara, pengarah, pelakon atau tema yang tertentu. Pada tahun ini, CROSSCUT ASIA #05: Soundtrip ke Asia Tenggara mempamerkan filem-filem yang memaparkan pelbagai genre muzik yang kaya, mencerminkan sejarah dan Asia Tenggara pada masa kini.

- Simposium: Pengarah-pengarah Bercakap Mengenai "Pawagam Soundtrip" Mereka
Pada 26 Oktober, Garin Nugroho dari "Chaotic Love Poems", Nguyen Quang Dung dari "Go-Go Sisters" dan Treb Monteras II dari "Respeto" menjelaskan pada simposium itu bahawa muzik sentiasa menjadi satu aspek penting di dalam pembuatan filem di seluruh rantau itu.
 
Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-31 ditayangkan dari 25 Oktober sehingga 3 November, 2018.
 
Laman Web Rasmi:
Pusat Asia Yayasan Jepun: https://jfac.jp/en/
Festival Filem Antarabangsa Tokyo: https://2018.tiff-jp.net/en/
"Asian Three-Fold Mirror 2018: Journey": https://asian3mirror.jfac.jp/en/
 
Sumber: Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF)
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.