ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  KEBAKARAN DI UPTOWN SHAH ALAM BERJAYA DIKAWAL

Monday 12/11/2018



SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- Dianggarkan sebanyak 35 lot perniagaan terbakar dijilat api di Uptown Shah Alam Seksyen 24 dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi ini.
 
Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, “Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak bomba dan polis buat masa ini masih lagi menjalankan siasatan punca kebakaran serta jumlah kerugian lot mangsa yang terlibat”
 
“PKNS akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan segera setelah semua isu berkaitan keselamatan, pendawaian dan struktur bangunan diatasi"
 
“Bagaimanapun, PKNS masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa sebelum sebarang tindakan dapat dibuat”.
 
“Memandangkan siasatan oleh pihak bomba dan polis masih dijalankan, PKNS akan menutup tapak Uptown Shah Alam buat sementara waktu untuk proses siasatan sehingga diberitahu kelak”, katanya lagi.
 
Memetik kenyataan Tuan Yusri Basri, Ketua Zon 1 Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.37 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 5.43 pagi dan seterusnya api berjaya dikawal pada jam 5.50 pagi.
 
“Operasi ini melibatkan seramai 38 orang anggota daripada tiga Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Shah Alam (19 anggota), Subang Jaya (11 anggota) dan Kota Anggerik (8 anggota) yang berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 7.03 pagi”, tambah beliau.
 
Sementara itu, Md Razuan Abdullah (Penyelia Uptown Shah Alam) berkata, “Semasa kejadian, semua lot perniagaan telah ditutup berikutan waktu perniagaan adalah sehingga jam 3.00 pagi”
 
“Insiden ini melibatkan 35 lot perniagaan daripada 140 lot di Blok A. Keseluruhan lot perniagaan di Uptown Shah Alam adalah sebanyak 436 lot”.
 
PKNS memberi perhatian serius akan insiden ini dan tindakan sewajarnya akan dilaksanakan setelah segala proses siasatan selesai.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Haji Ishak Hashim

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS
Tel: 03-5525 0326/ 0329/ 012-6633 651
Emel: ishak@pkns.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.