ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  CHTF 2018 AKAN DIBUKA DI SHENZHEN PADA 14 NOVEMBER, DENGAN "GALERI MASA" UNTUK MEMAPARKAN MEMORI 20 TAHUN

Monday 12/11/2018



SHENZHEN, China, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-tech Cina 2018 akan diadakan dengan tema "Konsep Pembangunan Baru untuk Pertumbuhan Berkualiti Tinggi" di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen pada 14-18 November, 2018.

Sejak penubuhannya pada tahun 1999, CHTF telah menjadi jendela penting bagi sektor berteknologi tinggi China dan platform perdagangan berteknologi tinggi yang paling berkesan, yang dikenali sebagai "Pameran Sains dan Teknologi No. 1 China". Pada majlis ulang tahun ke-20, CHTF akan mengundang penggemar teknologi di seluruh dunia untuk mengkaji semula sejarah acara itu dan perkembangan luar biasa industri berteknologi tinggi China dalam tempoh 20 tahun yang lalu menerusi "Galeri Masa" yang menggabungkan dokumen sejarah yang kaya dan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian.

CHTF 2018 akan mempersembahkan pameran berteknologi tinggi, pameran komprehensif dan pameran profesional nasional. Pameran berteknologi tinggi nasional ini dianjurkan oleh kementerian-kementerian kebangsaan. Pameran yang komprehensif akan mempamerkan produk yang dibawa oleh perusahaan, universiti, institusi penyelidikan saintifik, pusat inovasi dan pusat inkubasi. Pameran profesional akan meliputi bidang IT, pemuliharaan tenaga, perlindungan alam sekitar, tenaga baru, bangunan hijau, bahan-bahan baru, kesihatan perubatan pintar, sains dan teknologi aeroangkasa, fotoelektrik, bandar pintar, pembuatan maju, integrasi ketenteraan dan orang awam, teknologi sensor dan aplikasi IT.

Lebih daripada 1,000 produk dan teknologi baru akan diperkenalkan termasuk peranti demonstrasi terapi proton yang dicipta oleh Institut Fizik Gunaan Shanghai, dan penyelesaian pandu-sendiri yang pertama di dunia dengan radar laser.

Encik Su Yanwei, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Penganjur CHTF, berkata CHTF 2018 akan menyediakan kawasan pameran seluas 120,000+m² dan menarik rekod 61 peserta delegasi dan 3000+ peserta dari 41 negara atau institusi antarabangsa termasuk 36 negara "Belt and Road".

Negara-negara Latin Amerika dan Caribbean menunjukkan semangat tertentu tahun ini dengan Chile, Cuba, dan Peru untuk mempamerkan buat kali pertama. Terdapat juga beberapa delegasi profesional luar negara termasuk Perikatan Industri China-Jerman 4.0, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun dan delegasi dari Daejeon Korea.

Selain itu, sebilangan besar pegawai kerajaan, ahli terkenal, sarjana, dan eksekutif korporat akan datang ke pameran itu, termasuk pegawai kanan dari Argentina, Belgium, Switzerland, dan Rusia, eksekutif kanan dari Microsoft, Amazon, SAP, Accenture, dan Philips, serta pemenang Hadiah Nobel, ahli akademik dan ahli ekonomi.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20181111005070/en

Hubungi

Jawatankuasa Pengajur CHTF
Cik Peggie Wang
overseas@chtf.com

Sumber : Pameran China Hi-tech
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.