ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERHUBUNG PEMBERHENTIAN OPERASI DAN PENGGUGURAN PERKHIDMATAN MAWAR MEDICAL CENTRE

Tuesday 13/11/2018



PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk laporan akhbar-akhbar arus perdana bertarikh 7 Nov 2018 berhubung arahan pemberhentian operasi dan pengguguran perkhidmatan ke atas Mawar Medical Centre (MMC).

Arahan pemberhentian operasi dan pengguguran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh KKM pada 5 Nov 2018 itu melibatkan semua perkhidmatan kecuali perkhidmatan hemodialisis.

Tindakan tersebut diambil berikutan peletakan jawatan semua pengamal-pengamal perubatan pakar di pusat perubatan berkenaan yang berkuatkuasa 1 Nov 2018 kecuali seorang pakar nefrologi yang telah memberikan notis untuk meletakkan jawatan pada 1 Dis 2018. Notis-notis peletakan jawatan tersebut telah diterima secara rasmi oleh KKM pada 5 Nov 2018.

Peletakan jawatan pakar-pakar tersebut telah menyebabkan pemegang lesen hospital gagal memastikan setiap perkhidmatan yang dilesenkan disediakan oleh pakar yang berkelayakan pada setiap masa.

Perkara ini telah menyebabkan pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Ketiadaan pakar-pakar ini untuk memberikan perkhidmatan yang dilesenkan kepada Mawar Medical Centre akan memudaratkan kepentingan orang awam, sepertimana yang ditetapkan

Susulan itu, KKM telah mengadakan satu perbincangan bersama pihak MMC pada 9 Nov 2018 yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Kementerian telah meneliti penjelasan yang diberikan oleh premis dan sehubungan itu telah mengeluarkan surat bertarikh 12 Nov 2018 untuk memaklumkan keputusan yang berikut:

1. MMC diberikan tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tersebut untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan pelesenan Mawar Medical Centre; dan

2. Arahan Kementerian melalui surat bertarikh 5 Nov 2018 masih terpakai, di mana:

- Pihak MMC perlu mengemukakan permohonan pindaan lesen bagi menggugurkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dilesenkan (SELAIN perkhidmatan hemodialisis), serta menurun taraf jenis kemudahan jagaan kesihatan daripada hospital swasta kepada pusat hemodialisis swasta; dan

- MMC tidak boleh beroperasi tanpa pakar yang berkelayakan, pada BILA-BILA MASA.

3. Sekiranya gagal mematuhi syarat yang dinyatakan di atas, KKM akan mengambil tindakan undang-undang, selaras dengan Akta 586.

KKM ingin menegaskan bahawa apa jua tindakan yang diambil adalah demi menjaga kepentingan dan keselamatan pesakit serta kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan.

YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.