ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SYARIKAT PENERBANGAN TERBAIK DUNIA UNTUK 2019

Wednesday 14/11/2018



AsiaNet 76236

PERTH, Australia, 13 Nov, 2018 /Medianet International-AsiaNet/--

AirlineRatings.com, satu-satunya laman sesawang penarafan keselamatan dan produk di dunia telah mengumumkan Singapore Airlines sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik bagi tahun 2019.

Singapore Airlines diberi penghormatan buat kali pertama untuk kepimpinan pasarannya dalam perkhidmatan dalam penerbangan, jenis pesawat baharu seperti A350 dan 787-10, mengubah reka bentuk dalaman dan pelancaran perkhidmatan tanpa henti Singapura ke New York, serta keselamatan operasi. Faktor-faktor ini telah memastikan syarikat penerbangan ini sebagai pemimpin industri yang jelas.

Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan AirlineRatings.com, diadili oleh tujuh editor dengan pengalaman industri lebih daripada 200 tahun, menggabungkan keselamatan dan audit kerajaan utama, dengan 12 kriteria utama termasuk: umur armada, kajian keuntungan penumpang, penarafan pelaburan, penawaran produk, dan hubungan kakitangan.

Ketua Pengarang www.AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata: "Dalam analisis objektif kami Singapore Airlines muncul nombor satu dalam banyak kriteria audit kami, yang merupakan prestasi yang hebat."

"Selama bertahun-tahun Singapore Airlines telah menjadi standard emas dan kini ia kembali kepada yang terbaik, mengetuai dalam inovasi penumpang dan model pesawat canggih yang baru."

"Para pengarang mengatakan bahawa persaingan di tempat teratas sangat ketat dengan Air New Zealand, Qantas Airways dan Qatar Airways hanya sedikit ketinggalan," kata Encik Thomas.

Air New Zealand memenangi Anugerah Ekonomi Premium Terbaik dan Syarikat Penerbangan Pasifik Terbaik, manakala Qatar Airways memenangi Katering Terbaik dan Kelas Perniagaan Terbaik.

Qantas, memenangi Perkhidmatan Penerbangan Domestik Terbaik, dan anugerah Ruang Istirahat Terbaik.

Singapore Airlines juga meraih Kelas Pertama Terbaik.

Korean Air memenangi Ekonomi Terbaik.

Virgin Australia dipilih sebagai Krew Kabin Terbaik, Emirates, Syarikat Penerbangan Terbaik Timur Tengah/Afrika dan Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik.

QantasLink menggondol Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik dan Philippine Airlines, Syarikat Penerbangan Dengan Peningkatan Paling Baik.

VietJetAir meraih Syarikat Penerbangan Kos Rendah Ultra Terbaik.

Kecemerlangan dalam Perjalanan Jarak Jauh: Delta Air Lines (Amerika), Lufthansa (Eropah), Emirates (Timur Tengah/Afrika) Eva Air (Asia) dan Air New Zealand (Pasifik.).

Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik; Westjet (Amerika), Wizz (Eropah) dan AirAsia / AirAsia X (Asia/Pasifik).

Sepuluh Syarikat Penerbangan Terbaik 2018;

AirlineRatings.com juga telah menamakan Sepuluh Syarikat Penerbangan Terbaiknya: Singapore Airlines, Air New Zealand, Qantas, Qatar Airways, Virgin Australia, Emirates, All Nippon Airways, EVA Air, Cathay Pacific Airways dan Japan Airlines.

Mengenai AirlineRatings.com: http://www.airlineratings.com/about-us.php
 
SUMBER: Airline Ratings Pty Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.