ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PAMERAN BUKU ANTARABANGSA SHARJAH 2018 MERAIKAN BUDAYA DAN PEMBACAAN DENGAN 2.23 JUTA ORANG PELAWAT

Wednesday 14/11/2018



SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perayaan ketiga terbesar di dunia, Pameran Buku Antarabangsa Sharjah (SIBF), telah memaparkan satu lagi rekod pencapaian dalam edisi tahunan ke-37 mereka. Dengan bertemakan 'A Tale of Letters', acara itu merupakan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan bagi pencinta buku, yang mempunyai akses kepada 20 juta buku, kesemuanya di bawah satu bumbung.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20181113006044/en/
 
Dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Buku Sharjah (SBA) di amiriah Sharjah, ibukota kebudayaan bagi Emiriah Arab Bersatu (UAE), SIBF 2018 telah menyaksikan kehadiran 2.23 juta orang pelawat dalam tempoh 11 hari, termasuk 230,000 pelajar sekolah yang datang dari seluruh pelusuk negara itu.

Pameran Buku Antarabangsa Sharjah menjadi tuan rumah kepada 1,874 penerbit dari 77 buah negara yang membawa masuk 1.6 juta judul, 80,000 daripadanya dilihat pada pameran itu buat pertama kalinya. Ia juga menawarkan pentas kepada 1,800 acara yang merangkumi bicara selebriti penulis, seminar, menandatangani buku, puisi dan bercerita, teater, seni, hiburan dan lebih banyak lagi.

Aktiviti ini telah menjana daya tarikan media sosial yang tidak dapat ditandingi, dengan menerima sebanyak 2.7 bilion impresi. Hashtag SIBF #SIBF18 telah mencapai 300 juta pengguna melalui 70,000 pos pada akaun media sosial rasmi mereka.

Program Orang yang Diraikan SIBF, yang bertujuan untuk membina jambatan budaya di antara UAE dan dunia, mempunyai Jepun di bawah pemerhatian pada tahun ini.

Pada tahun ini, pameran itu telah menyaksikan edisi kelima bagi Persidangan Perpustakaan tahunan SIBF/ALA yang dianjurkan dengan kerjasama di antara Pihak Berkuasa Buku Sharjah dan Persatuan Perpustakaan Amerika (ALA). Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih 400 pustakawan dan ahli akademik dari rantau itu dan dunia, yang mengambil bahagian di dalam lebih 25 perbincangan panel dan acara rangkaian, untuk membincangkan perubahan peranan bagi perpustakaan dalam era digitalisasi.

Persidangan Penerbit SIBF selama tiga hari itu, yang diadakan sebagai pendahulu kepada acara 11 hari itu, melibatkan 486 penerbit dengan perbincangan panel, dan 3,000 "Mesyuarat Mencari Padanan". Mesyuarat-mesyuarat ini telah menghasilkan di dalam penandatanganan 2,884 perjanjian hak terjemahan.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181113006044/en/

Hubungi

National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk, +971 52 617 2111

Sumber : Sharjah

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.