ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PSCC 2018 PLATFORM BAGI MERANGKA PELAN PERANCANGAN KE ARAH KERAJAAN DIGITAL YANG LEBIH KOMPETEN

Wednesday 14/11/2018


Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan agensi pelaksanaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diwakili Ketua Setiausahanya Datuk Seri Jamil Salleh (dua, kiri) sempena Persidangan dan Pameran Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam (CIO Convex) 2018 (PSCC 2018) di Pusat Konvensyen Tabung Haji, Kompleks Tabung Haji hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) Datuk Dr Mazlan Yusoff (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU Dr Suhazimah Dzazali (kanan)



SEPANG, 14 Nov (Bernama) -- Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Persidangan Teknologi Digital yang mengumpulkan lebih 850 orang Ketua Pegawai dan Pengurus Maklumat Sektor Awam dalam Public Sector CIO Convex 2018 (PSCC2018) bermula 13 sehingga 14 November 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Tabung Haji, KLIA yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Negara. 
 
Menurut YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar, persidangan yang diadakan ini menunjukkan kesungguhan Malaysia mendukung teknologi digital terkini seiring dengan perkembangan dalam Revolusi Perindustrian Keempat atau IR4.0.
 
“Bersesuaian dengan tema yang telah dipilih pada tahun ini iaitu Next-Gen Government: Embracing Innovation and Disruption, innovation dan disruption yang bakal diperkenalkan mampu membantu Kerajaan menyediakan strategi untuk membincangkan keperluan dan menangani cabaran kesan ledakan IR4.0 yang sekaligus dapat membantu Kerajaan menyediakan perkhidmatan yang dapat memberi manfaat bertepatan dengan kehendak senario masyarakat selain dapat membantu menaikan taraf hidup rakyat terutama daripada aspek sosioekonomi,”  kata YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar dalam ucapannya.
 
Tambahnya, reformasi pembangunan digital ini juga bakal menyediakan masyarakat dengan alternatif perkhidmatan yang lebih baik, cepat dan mudah. Reformasi penyampaian perkhidmatan yang dibangunkan secara digital ini juga sudah pasti akan memberikan manfaat yang positif kepada sektor industri dan perdagangan terutamanya dalam penjimatan kos dan pengurusan perniagaan yang lebih sistematik serta selamat.
 
Semasa persidangan, lebih daripada 22 orang penceramah tempatan dan antarabangsa termasuk penceramah-penceramah daripada agensi seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Kementerian Perhubungan Dalam Negeri, Belanda dan Bank Finland akan berkongsi kepakaran dan maklumat dalam teknologi digital terkini seperti blockchain, kepintaran buatan (artificial intelligence) dan sumber terbuka (open source) bersama-sama dengan ketua-ketua pegawai maklumat dalam Sektor Awam bagi menjelaskan kelebihan dan peluang pembangunan digital yang boleh diketengahkan.
 
Persidangan ini turut dimeriahkan dengan Karnival Digital yang disertai oleh syarikat-syarikat antarabangsa seperti Huawei Technologies, Oracle Corporation, dan CISCO System Malaysia serta agensi-agensi awam seperti MAMPU sendiri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan banyak lagi yang mana akan memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman digital.
 
Majlis turut menyaksikan pernyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan Hackathon Data Terbuka dan Hackathon Mobile Apps. Pengiktirafan turut diberikan kepada penerima Anugerah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) dan juga agensi-agensi yang menerima sijil penghargaan daripada projek Government Online Sevice Gateway (GOSG). 
 
Maklumat lanjut mengenai Persidangan Public Sector CIO CONVEX 2018 boleh diperolehi melalui portal http://cioconvex.mampu.gov.my.
 
Disediakan oleh:
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
 
SUMBER : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nur Haneem Binti Mohamad Ali
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat 
Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
Tel:  03-88723138       
Faks: 03-88883566
Emel : pro@mampu.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.