PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 17, 2018 -Isnin

 
  HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY MENJEMPUT PEMAIN-PEMAIN UNTUK MENGHIASI DEWAN-DEWAN UNTUK KRISMAS DI DUNIA SIHIR

Friday 07/12/2018



Dari 6 hingga 12 Disember, peminat boleh mengundi untuk memilih perhiasan percutian kegemaran mereka di dalam acara "Krismas dengan Hogwarts Mystery"

LOS ANGELES, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Jam City:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51908643&lang=en

Siapa:




 
  Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpusat di Los Angeles, dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment Portkey Games, sebuah label yang dikhususkan untuk membuat pengalaman mudah alih dan permainan video Dunia Sihir baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling.
    
Apa:





 
  Di dalam permainan mudah alih yang popular itu, Harry Potter: Hogwarts Mystery, pemain mempunyai peluang pertama mereka untuk mencipta sebuah watak dan menghadiri Sekolah Hogwarts bagi Ilmu Sihir dan Kepintaran. Dalam meraikan Krismas di Dunia Sihir, setiap bilik umum Rumah di Hogwarts akan menampilkan pokok Krismas mereka sendiri yang dihiasi dalam warna Rumah masing-masing: merah untuk Gryffindor, hijau untuk Slytherin, biru untuk Ravenclaw dan kuning untuk Hufflepuff.
    
    
   Bermula hari ini, pemain-pemain dijemput untuk menyertai dalam menghiasi percutian di Hogwarts dengan menghantar undian ke atas hiasan pokok kegemaran mereka. Dari 6 hingga 12 Disember, peminat boleh melawat FacebookTwitter atau Instagram Harry Potter: Hogwarts Mystery untuk melihat dan mengundi pada pilihan perhiasan percutian. Pilihan yang paling popular akan dipaparkan pada setiap pokok Krismas Rumah itu yang akan diumumkan secara dalam permainan pada 13 Disember.
    
   Membawa kegembiraan Krismas di Hogwarts kepada dunia Muggle iaitu manusia tanpa kebolehan magik di alam Harry Potter, sebuah video akan dikeluarkan di saluran sosial Harry Potter: Hogwarts Mystery seiringan dengan pendedahan pokok dalam permainan, yang menyoroti kesemua perhiasan percutian dan tema dalam permainan pada Disember ini. Video ini juga akan mengusik sidequest yang mempunyai masa terhad yang menampilkan suku Dunia Sihir yang tercinta, Weasleys. Mengambil isyarat daripada sejarah keluarga itu dengan hadiah buatan tangan, video itu juga akan memberikan petunjuk kerja bertukang sendiri kepada peminat untuk mencipta sebuah replika dunia sebenar bagi perhiasan pokok yang telah menang yang dipaparkan pada aktiviti dalam permainan pada perayaan ini.
    
Petikan:







 
  "Pemain-pemain bagi Harry Potter: Hogwarts Mystery sangat terlibat bukan sahaja di dalam rahsia, membaca mantera kelas-kelas di Hogwarts, tetapi juga ritual dan perayaannya," kata Josh Yguado, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Jam City. "Cuti musim sejuk adalah satu masa yang istimewa di Hogwarts, dan kami menjemput pemain-pemain untuk menyertai kami dalam membawa keseronokan dan perhiasan musim ini ke sekolah legenda itu. Kami amat teruja untuk merayakan percutian itu dengan peminat, dan tidak sabar untuk menantikan lebih banyak pengembaraan di masa hadapan!"
 
    
Latar Belakang:








 
  Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah permainan mudah alih yang pertama di mana pemain dapat mencipta watak dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang pelajar Hogwarts. Di dalam pengembaraan naratif dengan elemen RPG, pemain akan membuat avatar peribadi pelajar, menghadiri kelas, belajar kemahiran magik, dan membentuk persahabatan atau persaingan dengan pelajar lain. Dalam permainan itu, pemain membuat keputusan penting yang mempengaruhi arka cerita watak mereka di Hogwarts. Permainan itu mempunyai sistem pertemuan baharu di mana keputusan dan tindakan pemain mempengaruhi pencarian mereka, dan membolehkan peminat Harry Potter untuk membuat legasi mereka sendiri sebagai ahli sihir perempuan atau ahli sihir lelaki.
    
   Untuk mengambil bahagian di aktiviti perhiasan "Krismas dengan Hogwarts Mystery", dan untuk berhubung dengan peminat lain, sila layari www.facebook.com/HPHogwartsMysterywww.twitter.com/HogwartsMystery, dan www.instagram.com/hphogwartsmystery. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.HarryPotterHogwartsMystery.com/.
    

Nota Editor:
 
  Untuk memuat turun aset sokongan bagi Harry Potter: Hogwarts Mystery, sila layari: https://app.box.com/v/HPHM-HogwartsChristmas2018
    

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51908643&lang=en

Hubungi

Jam City
Sarah Ross, 310-924-1404
sarahr@jamcity.com
atau
Dana Whitney, 415-359-7006
dwhitney@jamcity.com
atau
ONE PR Studio (bagi pihak Jam City di Amerika Syarikat)
Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
510-893-3271
jamcity@oneprstudio.com

Sumber : Jam City

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.