ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  KUMPULAN CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT MENGUMUMKAN PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU BAGI RANTAU ASEAN

Friday 14/12/2018



Bekas CEO Rantau ASEAN, Alejandro Echegorri dilantik sebagai Ketua Pegawai Pelaburan Principal Rantau Asia

Kuala Lumpur, Malaysia, Bangkok, Thailand, Jakarta, Indonesia & Singapura, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan CIMB-Principal Asset Management hari ini mengumumkan pelantikan Juan Ignacio Eyzaguirre Baraona sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu di Rantau ASEAN, bagi kumpulan syarikatnya, termasuk CIMB-Principal Asset Management Berhad dan CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd di Malaysia, PT CIMB-Principal Asset Management di Indonesia, CIMB-Principal Asset Management Company Limited di Thailand dan CIMB-Principal Asset Management Pte Ltd di Singapura. Pelantikan beliau adalah tertakluk pada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Jabatan Imigresen.
 
Kumpulan syarikat CIMB-Principal Asset Management dimiliki bersama oleh Principal Financial Group (Principal) dan CIMB Group Holdings Berhad (CIMB). “Kami amat teruja kerana selari dengan  perkembangan perniagaan  kami di Asia Tenggara, syarikat turut melakukan perubahan yang akan terus mempertingkatkan keupayaan kami,” menurut Pedro Borda, Presiden bagi Principal International di Asia Selatan dan di India. "Pengalaman Juan selama 30 tahun dalam pengurusan aset, perbankan, insurans dan dana pencen akan mengukuhkan usaha kami dalam membantu para pelabur di seluruh rantau Asia Tenggara membuat perancangan serta pelaburan bagi simpanan dan persaraan jangka panjang mereka."
 
Mulai Februari 2019, Alejandro Echegorri selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rantau ASEAN bagi kumpulan syarikat CIMB-Principal Asset Management semenjak Mac 2015, akan memulakan tugas beliau sebagai Ketua Pegawai Pelaburan bagi Principal International di Asia.
 
“Pelantikan ini akan melihat Alejandro bekerjasama dengan pasukan pelaburan di peringkat kumpulan syarikat CIMB-Principal Asset Management dan di Asia, untuk meningkatkan keupayaan Principal dalam mencapai prestasi yang cemerlang bagi para pelanggan, pemegang berkepentingan dan pelabur kami,” kata Luis Valdes, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, Principal International.
 
Untuk maklumat lanjut, layari www.cimb-principal.com. 

Tentang CIMB-Principal Asset Management Berhad
 
Beribu pejabat di Malaysia, CIMB-Principal Asset Management Berhad merupakan syarikat pengurusan aset yang terulung dan mempunyai keupayaan pelaburan serantau. Ditubuhkan pada 1995, ia merupakan salah sebuah syarikat pengurusan aset yang terbesar di Malaysia, dan turut beroperasi di Singapura, Indonesia dan Thailand.
 
Kumpulan syarikat CIMB-Principal merangkumi CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd di Malaysia, PT CIMB-Principal Asset Management di Indonesia, CIMB-Principal Asset Management Company Limited di Thailand dan CIMB-Principal Asset Management Pte Ltd di Singapura.
 
Pada Oktober 2018, Aset Di Bawah Pengurusan bagi kumpulan ini berjumlah MYR 80 bilion, dan merupakan salah sebuah syarikat pengurusan aset terbesar di rantau ini, dengan penyelesaian pengurusan aset yang menyeluruh. Ia menghasilkan dan mengedar rangkaian dana unit amanah yang komprehensif, dan menguruskan mandat portfolio yang sesuai bagi syarikat korporat dan kerajaan, institusi, serta dana pencen. Pasukan pelaburan integrasi serantau Kumpulan ini berkhidmat secara profesional dan berdedikasi untuk menawarkan kepakaran dalam pelaburan ekuiti, pendapatan tetap, pengurusan wang tunai, dan pengurusan dana yang patuh Syariah melalui CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd.
 
CIMB-Principal dimiliki bersama oleh Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan universal yang terulung di Asia Tenggara; dan Principal Financial Group, U.S.A., syarikat perkhidmatan kewangan global Fortune 500 terkemuka yang tersenarai di Nasdaq.  
 
Principal dan simbolnya, dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan bagi Principal Financial Services, Inc., anggota Principal Financial Group.

Hubungi: 

Kim Thean Soo, Principal International South Asia,
+603 20842032, kim.theansoo@principal.com

Sumber : Principal

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.