ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  HANGZHOU XIAOSHAN: MEMBINA LINGKARAN EKOLOGI UNTUK EKONOMI PAMERAN DAN MEMBANGUNKAN PENGANTARABANGSAAN BAGI KAWASAN BANDAR DAN PENCERGASAN SEMULA LUAR BANDAR

Friday 14/12/2018



AsiaNet 76759

HANGZHOU, China, 14 Dis., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sidang Kemuncak G20 dirasmikan di Buenos Aires, ibu negara bagi Argentina, pada 30 Nov., yang telah menarik perhatian seluruh dunia. Hanya dua tahun yang lalu, Sidang Kemuncak G20 Hangzhou telah dianjurkan dengan jayanya oleh sebuah bandar raya timur China, Hangzhou, yang juga telah menarik perhatian seluruh dunia. Daerah Xiaoshan di Bandar Raya Hangzhou, di mana terletaknya tempat utama bagi Sidang Kemuncak G20 Hangzhou, telah membangunkan industri konvensyen dan pameran mewah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mempercepatkan pembinaan lingkaran ekologi untuk ekonomi pameran, dan meningkatkan penyepaduan dan pembangunan bagi pengantarabangsaan kawasan bandar dan pencergasan semula luar bandar.

Xiaoshan terletak di bahagian selatan Delta Sungai Yangtze, yang menikmati ekonomi daerah yang paling aktif di China. Dengan ekonominya yang maju, ia disenaraikan pada kedudukan kesepuluh dari 100 daerah teratas di China pada tahun 2018. Ketika pengaruh Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan semakin meningkat di kawasan itu dan hab kereta api bersepadu Hangzhou telah dibina, status Xiaoshan sebagai sebuah hab serantau telah mula bertapak.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan ke Pusat Ekspo Antarabangsa Hanghzou, tempat utama bagi Sidang Kemuncak G20 Hangzhou mengambil masa setengah jam. Sejak Sidang Kemuncak G20 Hangzhou diadakan pada September, 2016, dengan beberapa pensijilan antarabangsa diperolehi secara berturut-turut daripada beberapa organisasi, seperti Union of International Associations, Xiaoshan bukan sahaja merupakan lokasi bagi tempat utama untuk Sidang Kemuncak G20 Hangzhou, tetapi juga kawasan itu, di mana kebanyakan tempat ditetapkan untuk Sukan Asia Hangzhou 2022.

Dengan kemudahan perkakasan yang sempurna, sangat berpengalaman dalam penerimaan pameran dan pengalaman pelancongan pameran yang unik, industri konvensyen dan pameran di Xiaoshan telah mencapai pembangunan yang mendadak, baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Dalam tempoh 10 bulan pertama bagi tahun semasa, Xiaoshan telah mengadakan 56 pameran pelbagai skala dan 7,415 persidangan daripada semua jenis, 70% daripadanya adalah merupakan persidangan antarabangsa.

"Industri konvensyen dan pameran di Xiaoshan disasarkan pada pengantarabangsaan, perindustrian dan penjenamaan," kata pengarah bagi Biro Pelancongan Xiaoshan, Hangzhou. "Pada masa akan datang, kami akan membina Xiaoshan menjadi kawasan konvensyen dan pameran yang paling dinamik dan teguh di China, dengan meningkatkan populariti jenamanya sebagai 'bilik sambut tetamu China Timur' dan 'Ruang Tamu Antarabangsa'."

Sebagai sebuah kawasan aktiviti yang penting untuk pelancongan di Hangzhou, yang merupakan sebuah bandar raya pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa, Xiaoshan memberi sepenuhnya kepada kelebihan sumber pelancongan mereka, bermula dari sudut pandangan "konvensyen dan pameran besar", dengan memberi tumpuan kepada industri pelancongan dan rekreasi, memudahkan penyepaduan industri pelancongan dan konvensyen dan pameran, dan dengan itu satu corak yang saling menguntungkan bagi pembangunan industri pelancongan dan konvensyen dan pameran yang diselaraskan telah terbentuk.

Pada Disember lalu, selepas satu persaingan yang sengit, Xiaoshan berjaya memperkenalkan organisasi pelancongan antarabangsa yang pertama, Perikatan Pelancongan Dunia, dan menempatkan ibu pejabatnya di Kawasan Indah Xianghu. Pada September tahun ini, Xiaoshan telah menganjurkan satu siri acara bersama dengan Perikatan Pelancongan Dunia, di mana jenama konvensyen antarabangsa itu yang diberi nama "Xianghu" membuat kemunculan sulung di sebuah platform antarabangsa.

"Pembangunan industri konvensyen dan pameran mewah telah mengemukakan keperluan yang lebih tinggi bagi persekitaran ekologi Xiaoshan," kata pengarah bagi Biro Pelancongan Xiaoshan. Pada pendapat beliau, Xianghu dapat menonjol dalam persaingan untuk menarik Perikatan Pelancongan Dunia agar menetap di sana, terutamanya disebabkan oleh kelebihan ekologi mereka. Pihak berkuasa yang berkaitan di Xiaoshan dan Hangzhou telah melindungi dan membangunkan Xianghu selama 13 tahun dengan jumlah pelaburan yang mencakupi lebih dari 30 bilion yuan.

Dengan mengambil contoh daripada perlindungan dan pembangunan Xianghu, Xiaoshan sedang mempercepatkan pembinaan lingkaran ekologi itu untuk ekonomi pameran. Sementara itu, perkembangan pesat bagi industri konvensyen dan pameran dan pelancongan telah membawa kepada peningkatan di dalam industri inap desa. Ekonomi inap desa itu dalam pelbagai mod perniagaan telah menjadi satu tonggak baharu untuk pembinaan luar bandar yang indah di Xiaoshan.

Di Bandar Heshang di selatan Xiaoshan, sebuah rumah penginapan inap desa yang diberi nama "Hai niao tian di" (yang bermaksud "sebuah dunia yang mengandungi burung laut") menikmati populariti yang tinggi di kalangan pelancong domestik dan asing dan telah dinamakan "Rumah Penginapan Inap Desa Paling Popular" oleh Persatuan Hotel China. Ia telah diubahsuai daripada sebuah rumah ala Cina yang berusia satu abad. Bahagian luarannya mengekalkan gaya seni bina Huizhou klasik yang tradisional, sementara ruang dalamannya dilengkapi dengan semua jenis peralatan moden. Pelancong boleh terlena ketika asyik mendengar bunyi daun-daun buluh pada waktu malam dan terjaga daripada tidur kepada kicauan burung pada waktu pagi. Mereka boleh membuka tingkap untuk menikmati pemandangan indah di kawasan desa tradisional China.

Bergantung kepada landskap semula jadi, kebudayaan rakyat, bandar-bandar dan kampung-kampung purba dan sumber-sumber lain, beberapa buah perkampungan dan bandar di Daerah Xiaoshan telah mengubah kawasan desa menjadi tempat-tempat yang indah, rumah ladang menjadi rumah-rumah tamu, produk-produk pertanian menjadi komoditi pelancongan, yang membantu memperkayakan penduduk tempatan dan mencergaskan kawasan desa. Pada masa ini di Xiaoshan, sekelompok kampung yang indah dengan gaya yang berbeza dan penuh pesona semakin berkembang dengan pesat.

"Kebanyakan daripada kampung-kampung di sini mempunyai daya tarikan desa tempatan dan fungsi kehidupan bandar yang bergaya," kata Sarunas, seorang warga Lithuania, yang telah menetap di Hangzhou untuk satu tempoh masa yang lama.

Pada awal tahun ini, kerajaan bagi Daerah Xiaoshan telah melancarkan Pelan Tindakan Lima Tahun untuk Strategi Pencergasan Semula Luar Bandar, dengan mencadangkan bahawa menjelang Jun, 2022, semua kampung yang telah bertapak di seluruh Daerah itu haruslah diliputi sepenuhnya dengan sebuah versi yang dipertingkatkan bagi kawasan luar bandar yang indah dengan "kampung-kampung yang indah, penduduk yang kaya raya, industri yang makmur dan masyarakat yang hidup harmoni".

"Arus pada 18 Ogos adalah satu persembahan yang penuh gilang-gemilang yang tidak terdapat di tempat lain." Selama beribu-ribu tahun, Sungai Qiantang telah memukau tidak terkira banyaknya pengunjung dengan arusnya yang unik dan luar biasa. Pada hari ini, Xiaoshan, yang terletak di tebing selatan di Sungai Qiantang, menggunakan tempoh peluang yang penuh bersejarah itu bagi "pasca sidang kemuncak dan pra Sukan Asia" dan berdiri di hadapan untuk membina sebuah bandar raya antarabangsa yang moden dengan ciri-ciri bandar raya yang terkenal di dunia.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Daerah Xiaoshan, Bandar Raya Hangzhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.