ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PERKHIDMATAN AWAN INSURANS SLICE KINI BOLEH DIPEROLEHI DI UNITED KINGDOM & KESATUAN EROPAH

Friday 14/12/2018



NEW YORK, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Slice Labs Inc., sebuah penyedia platform awan insurans atas permintaan yang telah memenangi anugerah, hari ini mengumumkan ketersediaan Perkhidmatan Awan Insurans (ICS) di United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Pelanggan pertama yang menggunakan ICS di United Kingdom adalah Legal & General dengan pelancaran perlindungan perkongsian rumah atas permintaan, bayaran setiap penggunaan. Produk-produk insurans yang disediakan melalui platform Slice ICS itu menawarkan kepada pelanggan dengan pengalaman digital sepenuhnya yang banyak, menarik, yang cepat dan fleksibel.

Sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk memperluaskan ketersediaan global bagi ICS berikutan Siri A Dilanjutkan sebanyak AS$20 Juta USD, syarikat-syarikat insurans di United Kingdom dan Kesatuan Eropah kini dapat melanggan ICS dan melancarkan produk-produk insurans atas permintaan yang disesuaikan dengan lokasi, bahasa, dan demografi.

Cheryl Agius, Ketua Pegawai Eksekutif bagi bahagian Insurans di Legal & General, berkata "Legal & General amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Slice pada produk atas permintaan yang baharu itu, satu perniagaan yang semakin berkembang di Amerika Syarikat dan kini di pasaran United Kingdom."

Orang berpengaruh dalam insurans dan teknologi Eropah Dr Robin Kiera, Ketua Pegawai Eksekutif bagi DigitalScouting menambah, "Transformasi digital telah membawa kepada pengantarabangsaan. Bukan sahaja syarikat-syarikat insurans tetapi juga syarikat permulaan insurans teknologi yang berjaya berkembang merentasi Atlantik. Di Eropah kita sedang melihat peningkatan kes-kes penggunaan bagi kerjasama dan penciptaan bersama di antara syarikat permulaan insurans dan teknologi dan penyandang kini. Kita melihat Slice sebagai pemboleh untuk memperluaskan di pasaran baharu."

Sejak pelancaran platform ICS itu pada Januari 2018, empat syarikat insurans global telah bekerjasama dengan Slice untuk mencuba, menguji dan menggunakan produk insurans atas permintaan mereka sendiri, sama ada dalam pasaran perkongsian rumah mahupun insurans siber.

"Setelah berjaya membuktikan nilai bagi syarikat-syarikat insurans untuk mencipta model insurans digital di Amerika Utara, kami teruja dengan apa yang ICS dapat sampaikan kepada syarikat-syarikat di United Kingdom dan Kesatuan Eropah," kata Tim Attia, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Slice Labs. "Selera pelanggan untuk model perkhidmatan atas permintaan, bayar sambil lalu melangkaui sempadan disebabkan oleh kemajuan yang berterusan bagi data besar dan teknologi AI. Kami membawa kuasa bagi teknologi ini kepada syarikat-syarikat insurans Eropah agar dapat menyampaikan nilai yang lebih mapan kepada pengambil insurans di sebarang demografi dan pasaran."

Maklumat mengenai Slice:

Slice Labs adalah sebuah penyedia platform awan insurans atas permintaan yang terkemuka yang memberi kuasa kepada syarikat insurans untuk menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan melalui model insurans langsung atau ejen insurans tanpa perlu melabur di dalam infrastruktur untuk menyediakan produk insurans atas permintaan tersuai dan bayar sambil lalu. Platform Perkhidmatan Awan Insurans Slice (ICS) dijana oleh teknologi pembelajaran mesin dan data besar termaju bersama-sama dengan kepakaran sains perlakuan Ph.D. ICS adalah asas bagi produk insurans digital baharu yang dikeluarkan secara global oleh syarikat-syarikat insurans utama dan juga merupakan asas bagi produk insurans digital Slice sendiri yang berkhidmat kepada ekonomi baharu. Slice beroperasi di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom. Untuk mengikuti perkembangan Slice, sila layari http://www.slice.is dan ikuti @SliceLabs di Twitter.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181213005058/en/

Hubungi
Emily Kosick
Slice Labs Inc.
pr@slice.is

Sumber : Slice Labs Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.