ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  AIRLINERATINGS.COM MENAMAKAN SYARIKAT PENERBANGAN PALING SELAMAT DI DUNIA UNTUK TAHUN 2019

Friday 04/01/2019



AsiaNet ​76924

PERTH, Australia, 3 Jan., 2019/Medianet International-AsiaNet/ --


AirlineRatings.com (www.AirlineRatings.com) satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia telah mengumumkan Qantas sebagai syarikat penerbangan mereka yang paling selamat untuk tahun 2019.

AirlineRatings.com juga telah mengumumkan Dua Puluh syarikat penerbangan Utama mereka yang paling selamat dan sepuluh syarikat penerbangan tambang murah yang paling selamat daripada 405 syarikat penerbangan yang dipantau oleh mereka.

Dua puluh utama itu adalah terdiri daripada syarikat penerbangan yang terkenal dan mengikut di dalam susunan abjad adalah: Air New Zealand, Alaska Airlines, All Nippon Airways, American Airlines, Austrian Airlines, British Airways, Cathay Pacific Airways, Emirates, EVA Air, Finnair, Hawaiian Airlines, KLM, Lufthansa, Qantas, Qatar Airways, Scandinavian Airline System, Singapore Airlines, Swiss, and United Airlines dan kumpulan syarikat penerbangan Virgin (Atlantik dan Australia).
 
Syarikat-syarikat penerbangan ini berada pada kedudukan terdepan di dalam industri itu dan berada di barisan hadapan dari segi keselamatan, inovasi dan reka bentuk dan pelancaran pesawat baharu, kata Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas.

"Sebagai contoh, Qantas dari Australia telah diiktiraf oleh Persatuan Piawaian Pengiklanan Britain dalam satu kes ujian pada tahun 2008 sebagai syarikat penerbangan yang paling berpengalaman di dunia."

"Ia adalah sesuatu yang luar biasa bahawa Qantas telah menjadi syarikat penerbangan yang utama di hampir kesemua kemajuan keselamatan operasi dalam tempoh 60 tahun yang lalu dan tidak mempunyai sebarang insiden kematian di dalam era kapal terbang jet," kata Encik Thomas.

"Akan tetapi Qantas tidak bersendirian. Syarikat penerbangan yang sudah lama wujud seperti Hawaiian dan Finnair juga mempunyai rekod yang sempurna di dalam era kapal terbang jet."

Sebagai respons kepada kepentingan awam, editor-editor AirlineRatings.com juga telah mengenalpasti sepuluh syarikat penerbangan tambang murah mereka yang utama.

Mereka adalah mengikut abjad: Flybe, Frontier, HK Express, Jetblue, Jetstar Australia / Asia, Thomas Cook, Volaris, Vueling, Westjet dan Wizz.
 
Dalam membuat pemilihan mereka AirlineRatings.com telah mengambil kira pelbagai faktor kritikal yang termasuk; audit dari badan-badan pentadbiran dan persatuan-persatuan peneraju penerbangan; audit kerajaan; rekod kemalangan dan insiden serius syarikat penerbangan, hayat armada dan keuntungan.

AirlineRatings.com juga mengumumkan penarafan mereka yang paling rendah bagi syarikat penerbangan (satu bintang dan dua bintang) yang merupakan; Ariana Afghan Airlines, Bluewing Airlines, Kam Air, Tara Air dan Trigana Air Service.

Maklumat mengenai AirlineRatings.com
AirlineRatings.com menilai produk keselamatan dan dalam penerbangan dari 405 buah syarikat penerbangan dengan menggunakan sistem penarafan tujuh bintang mereka yang unik. Ia digunakan oleh berjuta-juta penumpang dari 232 buah negara dan telah menjadi standard industri untuk penarafan keselamatan dan produk. Pasukan jabatan pengarang itu adalah merupakan satu daripada yang paling berpengalaman di dunia dengan memenangi 50 anugerah dan 28 buku industri.
 
SUMBER: AirlineRatings.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.