ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  DATARAN IMPIAN SEIKO -- HAB INTERAKTIF BAGI DUNIA MEMBUAT JAM SEIKO -- DIBUKA DI TOKYO

Monday 07/01/2019



AsiaNet 76944

TOKYO, 7 Jan., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Seiko Watch Corporation dengan bangganya mengumumkan pembukaan Dataran Impian Seiko, sebuah kompleks runcit yang baharu setinggi empat tingkat di tengah-tengah tempat kelahirannya di daerah Ginza, Tokyo. Dataran Impian Seiko membolehkan pengunjung untuk "melihat, merasa dan mengalami" sejarah dan warisan Seiko yang kaya dalam pembuatan jam sejak tahun 1881 menerusi muzium, bilik pameran dan fungsi hiburannya. Menyambut dengan semangat "Omotenashi," satu istilah Jepun yang membawa maksud perkhidmatan dan hospitaliti yang terbaik mungkin, Dataran Impian Seiko adalah satu titik destinasi bagi pengunjung daripada setiap peringkat umur dan sebuah pusat untuk menyampaikan cerita jenama itu di seluruh dunia -- dari Ginza kepada dunia.

(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201812251792?p=images)
Video: https://kyodonewsprwire.jp/attach/201812251792-O1-n846Hi7t.mp4
 
Sebuah muzium kecil di tingkat pertama adalah dalam imej dalaman menara jam Wako yang simbolik. Menara itu adalah satu simbol bersejarah bagi Seiko dan menjadi sebuah mercu tanda kebanggaan bagi Ginza di mana pengasas Seiko Kintaro Hattori menempatkan ibu pejabatnya. Pada tingkat yang lebih tinggi, pelawat boleh menikmati suatu pengalaman membeli-belah di dunia koleksi terkemuka Seiko, Prospex, Presage, Lukia, dan Astron, dengan setiap satu dipaparkan dalam satu tetapan yang anggun berdasarkan kepada identitinya yang unik.

Ginza adalah sebuah daerah di Tokyo yang terkenal kerana glamor kelas tinggi dan mewahnya, dan telah menunjukkan dirinya sebagai sebuah pusat perdagangan dan perniagaan mewah. Dataran Impian Seiko terletak di tengah-tengah daerah itu, yang berfungsi sebagai satu persimpangan jalan untuk kedua-dua pelawat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada satu majlis perasmian pada 19 Disember, 2018, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Seiko Watch Corporation Shinji Hattori berkata, "Seutas jam Seiko bukan semata-mata satu produk perindustrian. Ia boleh menjadi sebuah rakan di dalam perjalanan dan kisah kehidupan seseorang. Ia adalah impian kami bahawa Dataran Impian Seiko menjadi tempat di mana pengunjung dari setiap pelusuk dunia akan mahu mencari rakan yang khusus ini."

Dengan Dataran Impian Seiko, terdapat empat unit perniagaan Seiko di kawasan Ginza: Wako dan Butik Premium Seiko Ginza untuk jam tangan mewah dan atasan (di persimpangan masing-masing jalan ke-4 dan jalan ke-7), dan Butik Seiko (di tingkat 5 kompleks GINZA SIX) untuk pelbagai koleksi global.
 
Dataran Impian Seiko
Alamat: 4-4-10 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061
Waktu operasi: 10:30-19:00 Isnin - Ahad
Bahasa: Jepun, Inggeris, Cina (Mandarin)
Laman web: https://dreamsquare.seikowatches.com
  
Sumber: Seiko Watch Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.