ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​KERTAS BIRU BERHUBUNG PENILAIAN MENGENAI PELABUHAN PELAYARAN CHINA PADA TAHUN 2018 DIKELUARKAN

Monday 14/01/2019



AsiaNet 77039
 
BEIJING, China, 14 Jan., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Kertas biru yang pertama berhubung penilaian mengenai pelabuhan pelayaran China pada tahun 2018 telah dikeluarkan di Beijing pada Rabu, bertujuan untuk membimbing pelabuhan-pelabuhan pelayaran domestik China bagi memperbaiki kemudahan teknikal, peralatan dan perkhidmatan dan melonjakkan industri pelayaran ke tahap baharu di dalam pembangunan.

Laporan itu telah disusun bersama oleh China Waterborne Transport Research Institute di bawah Kementerian Pengangkutan dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di bawah Agensi Berita Xinhua.

Menurut laporan itu, pasaran pelayaran domestik sedang memasuki satu peringkat baharu di dalam pembangunan yang mantap dan berkualiti tinggi daripada satu peringkat pembangunan yang pesat. Dari segi infrastruktur, pelabuhan-pelabuhan pelayaran China telah menjadi peneraju di antara pelabuhan pelayaran di peringkat global. Walau bagaimanapun, dalam bidang operasi pelabuhan pelayaran dan perkhidmatan pelabuhan, satu jurang yang besar masih wujud berbanding dengan pelabuhan-pelabuhan matang di peringkat antarabangsa.

Laporan itu menunjukkan bahawa pelabuhan pelayaran China berkembang tidak seimbang. Shanghai Wusongkou International Cruise Terminal, Shenzhen Shekou Cruise Home Port, Tianjin International Cruise Home Port, dan Xiamen International Cruise Center menikmati kelebihan yang jelas berbanding dengan pelabuhan-pelabuhan domestik yang lain, dengan berada pada kedudukan di tingkat pertama.
 
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=328162

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.