ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  GERAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SENI DAN BUDAYA KE-8 (8TH WORLD SUMMIT ON ARTS AND CULTURE)

Wednesday 16/01/2019



PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama International Federation Of Arts Council and Culture Agencies (IFACCA) akan menganjurkan ‘8th World Summit On Arts and Culture’ pada 11-14 Mac 2019 bertempat di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac), Sentul, Kuala Lumpur. Program ini akan melibatkan penyertaan antarabangsa dari 63 buah negara di samping 52 ahli-ahli bersekutu di bawah IFACCA.
 
Persidangan Antarabangsa mengenai Seni dan Budaya ini merupakan program yang di adakan setiap tiga (3) tahun sekali dan julung-julung kali diadakan di Malaysia yang bakal menghimpunkan 78 orang pembentang kertas kerja ternama dari dalam dan juga luar negara yang akan berkongsi maklumat dan kepakaran terkini dalam konteks seni budaya meliputi pelbagai bidang antaranya seperti berikut:
 
a) Pembangunan Teknologi
b) Kepentingan Inovasi
c) Kepelbagaian Budaya Sejagat
d) Perubahan Alam Sekitar
e) Pembuatan Dasar
 
Justeru, persidangan ini wajar dihadiri oleh pembuat dasar, pegawai-pegawai dari agensi-agensi kerajaan mahupun swasta, para profesional dari pelbagai bidang dan kepakaran selain para penyelidik, pengurus dan penggiat seni budaya dari seluruh dunia untuk menangani persoalan serta membincangkan secara konstruktif isu-isu sejagat serta persoalan-persoalan penting dalam ruang lingkup seni dan budaya berdasarkan tema persidangan iaitu ‘Mobile Mind: Culture, Knowledge and Change’.
 
Dalam usaha membangunkan bakat, modal insan dan peluang dalam bidang seni budaya di peringkat antarabangsa, pembangunan profesional dan pendedahan tempatan, CENDANA, sebuah badan yang bertujuan untuk membangunkan dan mempertingkatkan persada seni dan budaya Malaysia sebagai penjana ekonomi negara, telah menyediakan geran penyertaan untuk pemimpin serta pengamal kreatif seni dan budaya di Malaysia yang berminat untuk menyertai 8th World Summit On Arts and Culture di Kuala Lumpur. Pemohon yang berjaya mesti menghadiri program sepenuh masa mulai 11 hingga 14 Mac 2019.
 
Untuk kelayakan bagi mendapatkan geran CENDANA tersebut, pemohon mestilah:- 
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap di Malaysia
  • Seorang individu yang memartabatkan seni dan budaya serta mengamalkan kebudayaan yang aktif di Malaysia, atau kritikal terhadap pembangunan seni persembahan, seni visual dan muzik bebas sekurang-kurangnya satu tahun. Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada artis, koreografer, komposer, penari, pengarah, penerbit atau pemuzik.
  • Memaparkan rekod prestasi projek / kelayakan dalam bidang seni dan budaya yang ketara
  • Mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris
Sebagai salah satu proses pemilihan, pemohon akan dinilai oleh panel penasihat dari CENDANA dengan garis masa kelulusan permohonan seperti berikut- 
  • Tarikh tutup memohon: 23 Januari 2019, 12:00 tengah hari (waktu Malaysia)
  • Semakan dan kelulusan: Jan - Feb 2019 
  • Keputusan Diumumkan: Minggu terakhir Februari 2019 
Borang permohonan yang lengkap dan salinan CV / Resume serta maklumat atau bukti yang menunjukkan penglibatan aktif dalam pembangunan seni dan budaya hendaklah disertakan.  Permohonan perlu diemel kepada joan@cendana.com.my selewat-lewatnya 23 Jan 2019, 12.00 tengah hari (waktu Malaysia)
 
Untuk keterangan lanjut, lungsuri laman sesawang CENDANA seperti berikut:
 
https://www.cendana.com.my/corporate
 
*Pihak CENDANA mempunyai hak untuk menukar apa-apa terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. 


SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000 Faks: 03-88917181
Website: www.motac.gov.my  Emel: info@motac.gov.my
FB: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Instagram: @mymotac

Twitter: @mymotac 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.