ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TCL X10 MEMENANGI ANUGERAH TV 8K BERPRESTIJ DI CES 2019

Thursday 17/01/2019



LAS VEGAS, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, antara tiga buah jenama televisyen yang utama dan syarikat elektronik pengguna yang terkemuka di dunia, telah menerima penghargaan dengan pelbagai anugerah di Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2019 di Las Vegas. Penghargaan penting yang dimenangi oleh TCL termasuk “Anugerah Emas TV 8K Terbaik untuk Tahun itu” bagi TV 8K TCL X10 QLED dan “Jenama CE Global 50 Terbaik 2018-2019” oleh International Data Group (IDG).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190113005058/en/

TCL juga memenangi “15 Terbaik Peranti Bersambung Pintar Global 2018-2019”, “15 Terbaik Jenama Telefon Pintar Global 2018-2019”, dan “Anugerah Inovasi Telefon Pintar Keselamatan Global Terbaik untuk Tahun itu” bagi BlackBerry KEY2 mereka oleh IDG, dan “Peningkatan Utama dalam Penguasaan Pasaran di Amerika Utara” dalam kategori TV LCD oleh NPD Group.

“Kami sangat teruja untuk menerima anugerah ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan kami di dalam memacukan inovasi jenama dan menawarkan kepada pengguna produk-produk pintar yang pelbagai, dan terkemuka di dalam industri yang memberi inspirasi kepada sebuah kehidupan kreatif,” kata Shaoyong Zhang, Pengurus Besar bagi Pusat Produk, TCL Electronics. “Kami komited untuk menjadikan kehidupan lebih pintar dengan matlamat untuk menyampaikan suatu pengalaman hiburan yang muktamad kepada pengguna kami.”

TV 8K TCL X10 QLED 75-inci itu mempunyai kualiti gambar yang bertaraf dunia dan bunyi peringkat teater dan menyokong pelbagai fungsi pintar yang dikuasakan oleh Android TV™ dengan Google Assistant terbina dalam. Ia menggunakan resolusi 8K dan teknologi paparan Quantum Dot yang terkini dari TCL dan menggunakan teknologi pengimejan Dolby Vision®. Ia juga mempunyai sebuah bar bunyi premium dari teknologi audio Onkyo dan Dolby Atmos®, dengan sebuah sistem pintar terbina dalam yang membolehkan pengguna untuk dengan mudah mencari kandungan melalui kawalan suara yang mudah. Bar bunyi Al bersepadu itu membolehkan sistem bunyi untuk berfungsi secara bebas apabila TV ditutup.

Di CES 2019, TCL melancarkan TV Perdana Siri-8, TV 8K QLED mereka yang pertama untuk pasaran Amerika Syarikat. Syarikat itu juga mengumumkan ia telah menyertai Persatuan 8K sebagai ahli pengasas dan melancarkan platform Al berjenama baharu mereka, TCL AI-IN.

* Ciri-ciri produk, spesifikasi dan masa pelancaran tempatan berbeza di wilayah-wilayah yang berlainan.

Maklumat mengenai TCL Electronics

Beribu pejabat di China, TCL Electronics Holdings Limited (HKSE: 01070) adalah satu daripada tiga buah syarikat terkemuka di dalam industri TV global, dengan melibatkan diri di dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan pengedaran bagi produk elektronik pengguna. TCL Electronics berusaha untuk membina sebuah ekosistem yang menyeluruh untuk TV pintar yang menyediakan pengguna dengan suatu pengalaman yang unggul dengan produk dan perkhidmatan pintar mereka.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190113005058/en/

Hubungi

TCL Electronics
Rachel Wu
rachel.wu@hkstrategies.com

Sumber : TCL Electronics Holdings Limited
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.