ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MPP GLOBAL MENGHUBUNGKAN JURANG INOVASI DENGAN MEMUSATKAN PENGURUSAN PELANGGAN FIZIKAL DAN DIGITAL DAN PENGEBILAN DALAM SATU PLATFORM AWAN

Friday 18/01/2019



WARRINGTON, UK, 18 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MPP Global, syarikat teknologi yang menyediakan eSuite, platform pengurusan pelanggan & pengebilan paling pintar di dunia, mengumumkan pelancaran kefungsian penting baharu yang membolehkan organisasi media mencipta dan menguruskan jualan langganan fizikal dengan lancar. Hal ini menjadikan eSuite penyelesaian pengurusan langganan fizikal dan digital yang lengkap.

Pembangunan kefungsian pertama dalam industri ini didorong oleh cabaran yang biasa dihadapi oleh penerbit apabila menguruskan berbilang sistem untuk mengerahkan langganan cetakan dan digital terberkas. Ini tidak fleksibel untuk penerbit dan mengurangkan pilihan untuk pelanggan mereka, yang mengehadkan keupayaan untuk mencipta dan menawarkan berkas langganan digital dan cetakan dengan lancar.

Walaupun langganan digital dalam kalangan pelanggan meningkat, cetakan masih merupakan hampir 90% daripada hasil edaran secara global. Untuk mendorong hasil pembaca dengan berjaya, penerbit memerlukan kefungsian untuk melaksanakan strategi langganan cetakan dan digital yang saling melengkapi. Ini juga memastikan penerbit berada di kedudukan yang baik untuk sebarang perubahan terhadap penerimaan yang lebih banyak untuk langganan digital-sahaja, model perniagaan berdasarkan artikel dan masa, pada masa hadapan.

Sistem pengurusan langganan digital-sahaja yang digunakan oleh kebanyakan penerbit tidak mampu untuk memenuhi keperluan langganan cetakan dengan jayanya, dan begitu juga sebaliknya. Memenuhi kehendak langganan digital dan fizikal menyebabkan ramai penerbit mengguna pakai platform berbeza, yang memerlukan sumber operasi tambahan dan menyebabkan penambahan kos.

Infrastruktur legasi yang tidak fleksibel, ditambah dengan penamatan sokongan daripada vendor utama untuk langganan fizikal dan cetakan juga telah menjadikannya bertambah sukar bagi organisasi media untuk melancarkan langganan berkas, dan mengerahkan atau mengubah pakej produk pada masa nyata.

Sebagai tindak balas terhadap isu ini, MPP Global telah berusaha dengan para pelanggan medianya yang ramai untuk membangunkan set ciri yang kaya untuk eSuite, yang mendayakan pelancaran pakej cetakan, digital dan berkas yang berjaya dalam masa beberapa minit, menggunakan platform awan tunggal.

eSuite kini menawarkan pengurusan langganan lengkap untuk berkas, yang termasuk gabungan produk digital, cetakan dan fizikal. Ini melenyapkan keperluan untuk penyepaduan kompleks antara sistem luaran yang berbeza dan menghasilkan keberkesanan operasi yang dipertingkatkan, masa ke pasaran yang lebih cepat dan kos pemilikan yang berkurangan.

Organisasi media boleh mengerahkan produk dan perkhidmatan baharu dengan cepat dan mudah, mengakses sistem pusat tunggal untuk pelanggan, pengurusan dan pelaporan pemenuhan dan kelayakan.

Paul Johnson, CEO & Pengasas Bersama MPP Global berkata: “Kami sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran Langganan Fizikal, iaitu keluaran terbesar tunggal untuk ciri baharu setakat ini bagi platform eSuite. Kemas kini ini direka daripada pengalaman kami yang meluas dalam industri media, terutamanya dalam sektor Penerbitan, OTT dan Sukan yang memberikan pasukan produk kami maklumat yang diperlukan untuk membangunkan kefungsian yang menyokong keseluruhan kitaran hayat pelanggan digital dan fizikal.

“Dengan kemas kini ciri Langganan Fizikal, pelanggan kami boleh mencipta berkas produk digital dan fizikal dipratentukan atau mendayakan pelanggan untuk mencipta berkas mereka sendiri menggunakan kefungsian kart yang diperkemas. Untuk sektor Penerbitan, kami menggabungkan jadual penerbitan bagi menyediakan keupayaan untuk mengurus tarikh penerbitan unik secara fleksibel untuk pelanggan kami. Jadual penghantaran yang fleksibel juga boleh disediakan, supaya pelanggan boleh memilih untuk membuat penghantaran pada sebarang hari dan kekerapan; contohnya pada hujung minggu atau pada hari minggu sahaja. Ciri lain termasuklah cuti umum langganan, penghalaan penghantaran sementara dan berbilang alamat.

“Dengan penambahan kefungsian ini ke dalam enam modul komprehensif eSuite, Langganan Fizikal benar-benar menggabungkan pengurusan lengkap kedua-dua pelanggan fizikal dan digital dalam satu platform berpusat.”
 
Ketahui lebih lanjut: http://www.mppglobal.com/introducing-esuite-for-physical-and-digital-demo


Nota untuk Editor

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.mppglobal.com atau hubungi:
Paul Rose, Naib Presiden, Pemasaran di MPP Global
+44 (0) 844 873 1418 atau paul.rose@mppglobal.com

SUMBER: MPP Global

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.